Written by AbangNara | November 9th, 2010

gambar sambutan hari jadi tengku ratu haidar

Kagum sungguh kami melihat gambar sambutan majlis hari jadi Tengku Ratu Haidar, anak kepada Que Haidar dan Linda Jasmine ini. Terasa kemeriahan dan keceriaan majlis tersebut walaupun hanya tengok dari gambar-gambar sahaja. Yang penting Que dan Linda maintain handsome dan cun. Ditambah pulak dengan kecomelan Tengku Ratu Haidar, memang majlis ini boleh dikatakan perfect.

Oh ye, pelakon pujaan ramai Datin Sofea Jane pun turut hadir untuk meraikan Tengku Ratu Haidar. Still maintain cun melecun walaupun hanya mengenakan make up yang nipis. Kalau tak caya leh tengok lagi gambar-gambar sekitar majlis sambutan hari jadi Tengku Ratu Haidar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada Mstar.

P.S: Video dalam 10 cakap 1 nombor nie boleh buat urat kentut putus.

 
Written by AbangNara | February 28th, 2010

tengku ratu haidar

Akhirnya penantian para wartawan-wartawan hiburan untuk melihat gambar Tengku Ratu Haidar, anak Que Haidar dan Linda Jasmine dah pun berakhir semalam. Disebabkan ada rezeki lebih, Que dan Linda buat satu majlis khas untuk memperkenalkan anak diorang nie. Tema kaler warna putih lagi tue. Melambangkan kesucian rasanya.

Rasanya trend artis-artis Malaysia sekarang nie memang akan buat satu majlis khas untuk perkenalkan anak diorang. Takperlah. Nama pun artis. Duit mesti banyak. So kiranya tak membazir lah. Lagipun nama pun anak artis. Mesti kena popular sikit. Lantaklah diorang. Duit diorang yang habis bukan duit kita kan?

Sekarang nie rasanya semua peminat hiburan Malaysia tengah tak sabar menanti bila Ziana Zain nak buat majlis kenalkan anak kembar dia pulak. Sementara nak menunggu tue, korang tengok dulu gambar Tengku Ratu Haidar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Gambar ehsan Mstar.

 
Written by AbangNara | October 27th, 2009

Tengku Ratu Haidar. Wah, glemer sungguh nama itu. Tak terpikir dek fikiran kami yang rakyat biasa ini. lepas ni akan ada trend baru menamakan anak macam itu. Mesti comel lote putih gebu anak Linda & Que Haidar ni…tengok mak nya lah yer.

Linda selamat melahirkan Tengku Ratu Haidar semalam, di Gleaneagles Ampang. Que Haidar masuk dalam bilik bedah temankan isterinya, yeah memang inilah lelaki gentleman yang kita boleh contohi.  Sesapa yang ada pengalaman gempak di bilik bersalin boleh share mana tau ada tips-tips yang berguna.

Gambar baby Ratu belum ada ya, kena tungguuuu~~

Tahniah Linda Jasmine & Que Haidar daripada kami semua di Beautiful Nara….