Written by AbangNara | May 24th, 2013

Yeah ~~ Berita baik buat Mahali Jasuli terutamanya dan lelaki-lelaki di luar sana yang meminati Tasha Shilla amnya. Si gadis manis ini sudah melafazkan kesediaannya untuk bergelar seorang isteri. Adakah anda sudah bersedia untuk masuk meminang?

tasha shilla

Siapa yang taknak jadikan Tasha Shilla sebagai isteri kan? Dahlah cantik, bekerjaya dan comel pulak tue. Mesti ramai yang gembira dengan berita ini kan? Yang penting anda masih ada peluang kerana hubungan Tasha dengan Mahali hanya sekadar kawan. Kata Tasha Shilla kepada MalaysianDigest:-

Hubungan kami macam biasa, macam sebelum ni. Masih berkawan dan mengenali hati budi masing-masing. Sebenarnya saya masih buka pintu hati saya untuk mana-mana lelaki dengan syarat lelaki itu betul-betul ikhlas, serius dan dah bersedia dengan tanggungjawabnya untuk berkeluarga. Saya tak ada masa nak bercinta-cinta. Saya sekarang dah ready nak bergelar isteri

mahali

Malah Tasha mengakui yang dia berkawan dengan ramai orang dan melayan kawan-kawannya sama rata. Jadi ini bermakna anda ada peluang lagi untuk berkawan dan mendapat layanan special. Untung-untung terus dapat jadi suami Tasha Shilla. Kata Tasha Shilla:-

Bukan hanya dengan dia (Mahali) saja kawan lelaki saya. Saya kawan dengan ramai orang. Mungkin sebab ramai orang kenal dia. Bagi saya, saya layan kawan-kawan saya sama rata. Dia sebenarnya tak berapa selesa bila cerita-cerita hubungan kami dihebah-hebakan. Dia risau dan sedikit sebanyak menganggu fokusnya. Dia juga bimbang kalau nanti, katakan dia tidak mampu beraksi dengan baik di padang, orang akan salahkan saya pula dan menganggap kononnya hubungan kami membuatkan prestasinya menurun.

Apa-apa hal pun tahap respek Abang Nara terhadap Mahali semakin bertambah selepas membaca kata-kata Tasha Shilla di atas. Memang bagus si Mahali ini mementingkan karier bola sepaknya. Namun kalau memang dah ada hati kepada Tasha, Abang Nara nasihatkan cepat-cepatlah Mahali masuk meminang. Takut melepas kang!!!

Written by AbangNara | April 17th, 2013

Alang-alang sudah bercerita mengenai Neelofa di bawah, apa kata Abang Nara sambung sedikit mengenai Neelofa dan ABPBH2012. Secara jujur, Abang Nara agak kecewa atas kegagalan Neelofa merangkul sebarang anugerah walaupun tercalon sehingga 4 kategori.

neelofa
Walaupun tewas, Neelofa tidak terkilan dan mengakui yang bukan rezekinya kali ini untuk menang. Kata Neelofa:-

Lofa tidak ada rasa kecewa sebab kita tahu yang kak Fara pernah menang sebelum ini. Bagi Lofa, peminat Lofa dah cuba yang terbaik. Mungkin Lofa perlu masa untuk perbaiki pengacaraan Lofa. Atau mungkin belum masanya Lofa menang. Lofa tak merajuk dan mungkin itu bukan rezeki

neelofa

Salah satu kontroversi yang berlaku di ABPBH2012 ialah reaksi Tasha Shilla yang dikatakan “over” ketika mengumumkan kemenangan Fara Fauzana. Apabila ditanya mengenai hal ini, Neelofa memberitahu yang dia tidak melihat apa yang telah terjadi. Kata Neelofa:-

Sejujurnya Lofa tak tengok reaksi Tasha ketika tu sebab Lofa tengah bersedia di belakang pentas untuk catwalk. Keesokan harinya, kak Fara Fauzana menghubungi saya dan bertanya, “adik, awak okay dengan Tasha Shilla?” Lofa tanya, kenapa pula? Kemudian kak Fara kata, Tasha tak sepatutnya buat reaksi macam tu… dia tak tahu ker kita ni baik. Lofa cakap, “takper, biarlah”. Lofa langsung tak tengok bagaimana reaksi dia ketika itu dan Lofa cuma ada tengok komen-komen di Instagram yang mengatakan dia berlaku biadap dan Lofa tak mahu bersuara apa-apa. Bagi Lofa, Lofa tetap hormati dia.

neelofa

Sikap sebegini harus dipuji dan patut diamalkan oleh setiap insan. Kalau tak berjaya, usaha lebih keras lagi. Dan tak perlu membesar-besarkan perkara yang remeh. Kepada Neelofa, teruskan usaha anda. Tingkatkan lagi mutu lakonan dan pengacaraan. Moga suatu hari nanti bakat anda akan diakui orang ramai.

Written by AbangNara | April 11th, 2013

Selepas ber”sayang-sayang” di Twitter baru-baru ini, Tasha Shilla tampil menerusi suratkhabar Kosmo hari ini untuk menjelaskan hubungannya dengan pemain bola sepak, Mahali Jasuli. Pasti ramai yang tertanya-tanya kan?

tasha mahali

Menurut Tasha, Mahali adalah antara lelaki yang paling rapat dengan dirinya. Kata Tasha:-

Seperti apa yang disebut Mahali (kami dalam proses mengenali hati budi), saya juga akui memang kami sedang berkawan. Dia juga merupakan antara lelaki yang paling rapat kerana saya memang jenis suka berkawan. Hubungan rapat saya dengan dia tidak akan membuatkan hati sesiapa yang tersinggung kerana gosip dengan Datuk J sebelum ini adalah tidak benar.

tasha

Mengenai penggunaan perkataan “sayang”, Tasha memberitahu yang dia sememangnya menggunakan perkataan tersebut kepada peminatnya.

Memang di Twitter, saya akan panggil semua peminat-peminat dengan perkataan sayang. Itu tanda penghargaan saya kepada peminat. Mahali juga salah seorang peminat saya. Sebab itulah itu saya memanggil dia sebagai sayang. Saya memang menghargai dan gembira apabila mendapat tahu seorang pemain bola sepak berbakat seperti Mahali meminati lakonan saya

Abang Nara lepas ini nak cuba nasib bermain Twitter dengan Tasha Shilla pulak. Mana tahu dapat berbalas menggunakan kata ganti diri “sayang”. Mahu kena pelempang dengan bini Abang Nara kalau dia tahu. Hehehe. Semoga hubungan Tasha dan Mahali akan berkembang dan mana tahu, berkahwin satu hari kelak. Sama-sama kita doakan.

pama

P.S: Buat anda yang tidak berkesempatan untuk membeli majalah Pa&Ma di kedai buku, boleh membelinya secara online di Emall Karangkraf. Selepas pembelian dilakukan, anda boleh membacanya di smartphone atau iPad anda. Lebih murah, lebih mudah dan lebih pantas. Cubalah sekarang!!!

Written by AbangNara | April 8th, 2013

Amboi romantiknya Mahali Jasuli dan Tasha Shilla ini. Nampak gaya macam dah couple pun ada jugak. Siap bersayang-sayang di Twitter lagi. Adakah mereka berdua sudah officially jadi pasangan kekasih? Hanya mereka yang tahu.

mahali dan tasha shila

Kalau tak silap Abang Nara status ini dibuat oleh Tasha Shilla ketika Mahali menjaringkan gol menentang JDT baru-baru ini. Pasti Mahali nampak lebih bersemangat apabila ada gadis secantik Tasha yang menyokong kerjayanya. Sebelum ini Tasha telah berkongsi gambar dirinya dan Mahali dengan caption “Happy birthday to u my baby big boy?????”.

mahali dan tasha shila

Patutlah semalam masa kat ABPBH wajah Tasha Shila nampak berseri-seri. Semoga hubungan mereka berdua akan ke fasa seterusnya. Bercinta bercinta jugak, prestasi tue kenalah jaga. Tak gitu? Hehehe.

P.S: Sejarah hidup Superman