Written by AbangNara | February 5th, 2014

Tasha Shilla memang seringkali dikaitkan dengan ramai lelaki di luar sana. Kalau dulu pemain bola sepak kebangsaan, Mahali Jasuli dikatakan bercinta dengannya, kini seorang peninju Muay Thai pula dikatakan mempunyai hubungan dengan si cantik manis ini. Menariknya kali ini Tasha Shilla tidak segan silu berkongsi gambar dengan si peninju yang bernama Hans ini menerusi akaun Instagramnya.

hans tasha shilla

Malah ketika menjalani penggambaran di Korea baru-baru ini, Tasha Shilla telah berkongsi gambar di bawah dengan caption yang menampakkan sedikit kejiwangan. Adakah Tasha Shilla memang benar-benar bercinta dengan Hans atau sekadar teman tapi mesra? Caption yang ditulis ialah:-

Sometimes the people who are thousands of miles away from you can make you feel better then people right beside u

hans tasha shilla

Di dalam gambar sambutan hari jadinya baru-baru ini juga, Hans hadir dan kelihatan sangat mesra dengan Tasha Shilla. Malah ketika mengikuti aktiviti senaman di taman KLCC, lelaki ini turut dipeluk mesra oleh Tasha. Nampak gaya memang mereka berdua dalam fasa percintaan. Sama-samalah kita nantikan pengakuan. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Pulau Pinang tempat makan terbaik 2014

 
Written by serenity | February 9th, 2013

Pengacara dan pelakon popular, Neelofa Mohd Noor, telah menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 24 yang jatuh esok, 10 Februari dengan keluarganya 7 Februari lepas.

Nampaknya ulangtahun kelahiran Neelofa kali ini bermakna kerana dia memberitahu Utusan Malaysia yang dia sudah pun meminta maaf daripada Tasha Shila dan berbaik-baik dengan pelakon itu baru-baru ini.

Secara kebetulan bertemu dan sempatlah bertegur sapa. Nak sembang lama tidak boleh sebab kami ada urusan. Pada kesempatan itu juga, Lofa sempat minta maaf atas komen yang diberi terhadapnya sebelum ini.

Lofa hormatlah dengan Tasha, sebab dia bukan seorang pendendam. Dia terima kemaafan Lofa. Sekarang ini dada rasa lapang dan fikiran tenang sebab kemelut dengan Tasha sudah selesai.

Begitulah bila sudah bertambah umur, kebanyakan manusia memang mahu membuka lembaran baru dalam hidup. Perkara lepas yang tidak baik biarkan berlalu, asalkan ada kemahuan untuk menjadi lebih baik dan berubah ke arah minda yang lebih positif.

Neelofa juga khabarnya ada menyatakan hasrat untuk berlakon dengan Tasha Shila.

Tahniah diucapkan kepada Neelofa dan Tasha Shila kerana mempunyai jiwa yang besar untuk meminta maaf, memaafkan dan berdamai. Dua-dua punya bakat dan potensi yang besar dalam industri seni, jadi rugilah kalau terus bermasam muka, tak gitu?

Mungkin ada majalah atau akhbar yang akan mengadakan sesi fotografi dengan dua orang bakat ini dan menampilkan mereka di muka hadapan bersama-sama, sah MeleTOP! Kredit gambar We Love Neelofa. Lagi tiga gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | October 8th, 2012

Tasha Shila adalah antara pelakon baru yang kontroversi. Sebelum ini pernah kecoh seketika apabila Tasha telah digosipkan menari tarian ghairah di sebuah disko, yang dinafikan oleh beliau. Selepas itu Tasha juga menerima kritikan kerana mengaku sering ke kelab malam untuk menenangkan fikiran.

Kemudian Tasha telah memenangi Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 untuk kategori Artis Baru Terbaik. Timbul juga cakap-cakap yang mempertikaikan kemenangan beliau yang tidak dijangka sehingga muncul pula kontroversi apabila seorang artis yang turut bertanding dalam kategori yang sama dengan Tasha Shila memberikan komen tentang ‘undi diri sendiri’ dan seterusnya meleret kepada kontroversi-kontroversi yang lain pula.

Namun gosip yang telah beredar agak lama dalam industri hiburan ialah tentang Tasha ditaja oleh seorang individu bergelar ‘Datuk J’ yang dikatakan telah menghadiahkan Tasha dengan kereta BMW. Semalam, Kosmo! telah menyiarkan gosip terbaru tentang Tasha yang dikatakan telah berparti di sebuah disko minggu lepas bersama rakan-rakan dan juga ‘Datuk J’.

Tasha bagaimanapun menafikan gosip terbaru itu dalam temu ramah dengan Kosmo! apabila ditanya sama ada benar yang dia telah berparti dengan Datuk J:

Itu pun sudah nama gosip, sesiapa boleh cakap saya macam-macam. Sudah tentu ia tidak benar. Sudah 10 hari saya berada di Brunei. Pulang sekejap (semalam, selama sehari) ini pun untuk Anugerah Blockbuster 2012. Saya sekarang sibuk kerja bukan ke mana-mana disko.

Apabila ditanya apa yang dilakukannya di Brunei, Tasha menjawab:-

Saya menjalani penggambaran drama bersiri Erna Suraya selama 10 hari di Brunei. Ia merupakan produksi syarikat di negara itu. Sebelum itu saya berada di Cameron Highlands untuk drama yang sama. Untuk drama ini, saya sering berada (menjalani penggambaran) di beberapa tempat lain lagi seperti di Legolands, Johor.

Mengenai gosip terbaru ini, Tasha menyatakan:-

Cerita ini tentu dibuat-buat oleh pihak yang menyampaikan kepada pengetahuan media yang ingin lihat saya jatuh. Tidak benar sama sekali saya ada penaja. Datuk J pun saya tidak tahu dia siapa, macam mana cerita ini timbul pun saya tidak tahu kerana saya tidak berada di Kuala Lumpur dalam tempoh yang dikatakan saya ke disko itu.

Siapakah sebenarnya Datuk J?

Saya tidak tahu. Apa yang saya tahu, saya kerja keras untuk cari duit. Hari-hari saya ada kerja dengan berada di lokasi penggambaran, malas saya hendak layan gosip berkenaan.

Komen Tasha tentang pencipta gosip pula ialah:-

Ia adalah lumrah apabila saya berada dalam dunia seni. Saya malas hendak ambil kisah gosip tidak benar sebegitu sebab saya tahu ramai yang hendak jatuhkan kerjaya saya.

Dalam perkembangan lain, Tasha yang baru memenangi Anugerah Blockbuster untuk Heroin Baru Terhebat (Ratu The Movie), akan ke lokasi untuk drama 28 episod slot Akasia pada bulan November dan berada di Abu Dhabi untuk drama Cinta Abu Dhabi.

Written by serenity | June 12th, 2012

Presiden Seniman, Zed Zaidi mendakwa  tawaran berlakon buat Neelofa, Tasha Shila dan Anzalna akan disekat sekiranya didapati bersalah oleh jawatankuasa disiplin yang bakal ditubuhkan oleh Persatuan Seniman Malaysia (Seniman)  sekiranya ketiga-tiga pelakon tersebut terus berbalah seperti yang dilaporkan mStar Online.

Sekarang ini semakin ramai artis terutamanya bakat baru gemar meluahkan rasa tidak puas hati terhadap artis lain atau bergaduh sesama sendiri menerusi ruangan laman sosial seperti ‘Facebook’ dan ‘Twitter’.

Pertelagahan antara Tasha, Anzalna dan Neelofa adalah contoh terbaru, dan kelakuan itu menunjukkan mereka terlalu mengikut emosi. Sebab itu pihak Seniman bersikap tegas dan akan menubuhkan jawatankuasa tersebut secepat mungkin.

Dengan langkah menyekat tawaran berlakon untuk mereka, ia akan memberi pengajaran kepada mereka dan artis-artis lain agar hal sebegini tidak akan timbul lagi pada masa akan dating.

Tidak dapat dipastikan sejauh mana syarikat tempatan akan mematuhi sekatan ini seandainya ia dikuatkuasakan kelak kerana produksi biasanya mengambil pelakon-pelakon ini kerana mereka sedang laris dan boleh menyumbang kepada jumlah penonton drama atau filem. Namun begitu, Zed Zaidi menambah:-

Buat masa ini pihak kami tidak boleh masuk campur melainkan artis-artis ini yang datang kepada Seniman untuk selesaikan masalah.

Bagaimanapun, andai kata kes mereka terlalu serius sehingga dibawa naik ke mahkamah, pihak kami akan campur tangan untuk menyelesaikannya.

Apakah pendapat anda, adakah tindakan yang bakal dilakukan oleh Zed Zaidi ini berpatutan? Sila maklumkan pendapata anda di ruangan komen.