Written by serenity | December 26th, 2012

Pernah ada pembaca BeautifulNara.com yang meminta untuk kami menampilkan gambar terbaru bekas penyanyi kelahiran TV3, Eisya yang terkenal dengan lagunya yang bertajuk Nurani. Tak pernah dengar lagu Nurani? Silakan ke YouTube. Kebetulan pula kami ada menerima gambar Eisya yang terbaru jadi kami kongsikan gambar-gambar beliau dengan anda di sini.

Buat pengetahuan anda, Eisya sudah bersara dari nyanyian sejak berkahwin dengan suaminya, malah semalam pada hari Krismas, genap sepuluh tahun perkahwinan mereka. Hasil perkongsian hidup mereka, telah dikurniakan dengan tiga orang anak, dua lelaki dan yang bongsu perempuan.

Jadi kepada peminat Eisya yang pernah menghubungi kami untuk perkembangan terbaru Eisya, diharap berpuas hati dengan gambar-gambar ini. Apa yang nyata, Eisya tetap maintain comel dan muda walaupun sudah memasuki umur 3.0 series.

Written by serenity | December 26th, 2012

Ramai yang tidak mengetahui pelakon Avaa Vanja yang kali terakhir dilihat dalam filem melalui Hantu Kak Limah Balik Rumah arahan Mamat Khalid telah hampir tiga tahun melangsungkan perkahwinan dengan seorang lelaki kacukan India-Inggeris, Aamil Sulaiman.
Kami telah menerima kiriman e-mel gambar perkahwinan Avaa dan gambar terbaru anak Avaa iaitu Merlissa yang kini berusia hampir setahun untuk dikongsikan bersama pembaca BeautifulNara.com

Memang comel anak Avaa, dan adalah diharapkan perkahwinan Avaa dan Aamil akan berkekalan hingga ke akhir hayat dan Merlissa akan membesar menjadi insan yang berguna pada bangsa dan negara. Amin.

Written by serenity | September 18th, 2012

Semenjak drama bersiri Adam dan Hawa disiarkan, nama Nadiya Nisaa semakin meletup. Kalau sebelum ini dia kurang mendapat perhatian, kini dia mula menghiasai dada-dada akhbar dan juga laman-laman blog. Nadiya yang sebelum ini berlakon dalam pelbagai filem dan drama mula mengumpul peminat tersendiri. Kami menerima kiriman e-mel dari pembaca yang tidak mahu dikenali, gambar-gambar keluarga Nadiya Nisaa. Nadiya Nisaa telah berkahwin pada tahun 2010 dengan Saiful Razman Mohd Kassim dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Omar.


Photobucket

Photobucket

Photobucket


Semoga kebahagiaan keluarga Nadiya akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Lagi tujuh gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

***

Bazar Seni Industri Budaya akan diadakan lagi pada 22 dan 23 September 2012, mulai 2.00 petang hingga 10.00 malam. Kali ini program ini akan menampilkan Ismail Jejaka, tarian muzik hip hop, seni persembahan pasukan sorak, tarian berkumpulan dan banyak lagi.

Sekiranya anda ingin mencungkil bakat anda (nyanyian, tarian, lawak dan sebagainya) juga, jangan lupa walk-in pada pukul 2.00 petang, 23 September (Ahad) atau hubungi Haris di 02-2052 3600 untuk keterangan lanjut.