Written by AbangNara | January 14th, 2013

Malam semalam telah pun berlangsung majlis resepsi terakhir perkahwinan Apek dan Leuniey. Untuk anda yang tidak tahu, tidak termasuk majlis pernikahan, ada 3 majlis resepsi yang dilangsungkan oleh pengantin baru ini. Memang besar-besaran sungguh.

gambar resepsi apek dan leuniey

Majlis resepsi yang dianjurkan di Hotel Royale Chulan Damansara ini diserikan lagi dengan kehadiran penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza. Muncul dengan imej barunya bertudung litup, Datuk Siti turut membuat satu persembahan istimewa buat pasangan mempelai ini.
gambar resepsi apek dan leuniey
8 lagi gambar sekitar majlis resepsi perkahwinan Apek dan Leuniey di Hotel Royale Bintang Damansara dengan membaca entri ini sepenuhnya. Info dan gambar asal daripada MIG Online.

P.S: Reaksi muka ketika bersin

 
Written by AbangNara | January 13th, 2013

11 Januari iaitu hari Jumaat yang lepas merupakan hari jadi yang ke 34 buat penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza. Banyak peminat yang tertanya-tanya adakah beliau kini bertudung litup sepenuhnya apabila gambarnya dengan gaya tersebut diupload di Instagram.

siti kini tudung litup

Jawapannya ialah memang benar kini Datuk Siti Nurhaliza bertudung penuh. Bukan lagi seperti dahulu. Berita baik ini telah disahkan oleh Siti sendiri kepada Berita Harian:-

nilah imej Siti untuk usia 34 tahun dan Siti harap penampilan baru ini akan terus kekal sampai bila bila

siti kini tudung litup

Alhamdulillah. Pastinya orang yang paling gembira dengan berita ini ialah Datuk K, Datuk Siti Nurhaliza sendiri dan peminat-peminat beliau. Semoga imej ini akan kekal sehingga bila-bila. Dan semoga perubahan ini akan memurahkan lagi rezeki Datuk Siti Nurhaliza. Sama-samalah kita doakan.

siti kini tudung litup

3 lagi gambar Siti Nurhaliza bertudung penuh dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | December 17th, 2012

Rasanya semua orang tahu yang Datuk K, suami kepada Siti Nurhaliza mengalami kecederaan yang agak teruk akibat jatuh ketika menunggang motosikal di New Zealand baru-baru ini. Dilaporkan yang Datuk K mengalami kecederaan pada bahu, tangan dan kaki.
datuk k
Akibat kemalangan tersebut, Datuk Siti Nurhaliza terpaksa membatalkan konsertnya di Banjarmasin dan terus terbang ke New Zealand untuk menemani suami tercinta. Sebentar tadi, menerusi akaun Twitter CTNurhaliza, Datuk Siti memberitahu yang pembedahan terhadap suaminya telah berjalan dengan lancar.
datuk k

Semoga proses pemulihan yang akan dijalani oleh Datuk K berjalan dengan lancar. Sama-samalah kita doakan agar beliau cepat sembuh. Kepada Datuk Siti dan keluarga, bertabahlah dengan dugaan ini. Pasti ada hikmah yang besar di sebaliknya.

P.S: Senarai carian Google sepanjang tahun 2012.

Written by AbangNara | December 13th, 2012

Malang tidak berbau. Berita sedih buat Siti Nurhaliza diterima hari ini apabila Datuk K mengalami kemalangan ketika berada di New Zealand. Datuk K patah bahu kiri dan mengalami kecederaan di tangan dan kaki akibat kemalangan yang melibatkan motosikalnya.

Datuk K kemalangan

Namun begitu keadaan Datuk K dilaporkan stabil dan tidak membimbangkan. Siti Nurhaliza yang sepatutnya mengadakan konsert terakhirnya di Banjarmasin terpaksa membatalkan persembahan tersebut untuk terbang ke New Zealand demi menjenguk suaminya.

datuk k

Datuk K berada di New Zealand atas urusan perniagaan dan menghabiskan masa terluang di waktu petang dengan menunggang motosikal di sekitar Queenstown. Semoga kecederaan yang dialami oleh Datuk K akan pulih dengan cepat. Sama-samalah kita doakan. Info Mstar Online.