Written by AbangNara | August 10th, 2012

Ingin berjumpa dengan rakan-rakannya di sebuah pusat hiburan, Sharifah Sofia yang telah berhijab sejak 1 Julai lalu telah dihalau keluar. Berjaya memasuki disko tersebut, Sharifah Sofia dipandang pelik oleh wanita-wanita yang berada di dalamnya dan akhirnya diminta keluar oleh pekerja disko yang mengenali dirinya.

sharifah sofia disko

Menceritakan pengalamannya kepada Mstar Online, Sharifah Sofia berkata:-

Saya fikir apa salahnya wanita bertudung seperti saya untuk masuk pusat hiburan? Semasa di dalam pusat itu, kebanyakan wanita menunjukkan reaksi pelik terhadap saya sehinggalah pekerja di situ meminta saya keluar sedangkan mereka kenal dengan saya. Masa itu saya tahu kenapa orang memandang, sebab saya pakai tudung. Tetapi saya bukannya mengambil minuman keras ataupun buat perkara yang tidak senonoh pun?

Dan setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. Selepas kejadian itu, Sharifah Sofia merujuk dan membaca semula buku panduan agama. Akhirnya Sharifah Sofia memahami yang dia harus menjauhi tempat sebegitu untuk berhijrah dengan lebih sempurna. Sesungguhnya pengalaman sebegini pastinya memberikan pengajaran yang sangat berguna kepada Sharifah Sofia. Tak gitu?

Written by AbangNara | July 2nd, 2012

Seorang demi seorang selebriti wanita Malaysia mengambil langkah untuk berhijrah dan memakai tudung sepenuhnya. Yang terbaru, Sharifah Sofia semalam telah mengupdate status Twitternya dengan gambar dirinya bertudung sepenuhnya. Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Sharifah Sofia atas penghijrahan ini.

gambar sharifah sofia bertudung

Semoga selepas ini semakin ramai peminat Sharifah Sofia dan selebriti lain yang akan mengikut jejak langkahnya ini. Kepada Sharifah Sofia, Abang Nara ucapkan tahniah sekali lagi atas perubahan yang sangat cantik ini. Semoga anda tabah menghadapi dugaan bertudung di dalam dunia hiburan yang penuh ranjau ini. Kuatkan semangat dan yakin boleh!!!

gambar sharifah sofia bertudung
3 lagi gambar Sharifah Sofia bertudung dengan membaca entri ini sepenuhnya.