Written by AbangNara | April 7th, 2013

Nampaknya ramalan Abang Nara memang tersasar untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH2012) kali ini. Shaheizy Sam telah berjaya bergelar Bintang Paling Popular kali ini dan merampas kembali gelaran tersebut daripada pemenang tahun lepas Aaron Aziz.

shaheizy sam

Jutaan tahniah diucapkan buat Shaheizy Sam atas kemenangan ini. Juga diucapkan tahniah kepada semua pemenang. Walaupun ada beberapa kejutan, kebanyakan pemenang adalah mereka yang telah memenangi kategori masing-masing untuk beberapa kali.

sam
Semoga kemenangan ini akan menjadi pembakar semangat untuk terus meningkatkan prestasi masing-masing. Nantikan gambar red carpet ABPBH2012 selepas ini. Tahniah sekali lagi. Apa pula pendapat anda tentang ABPBH2012 kali ini?

Written by AbangNara | March 18th, 2013

Kalau sebelum ini Shaheizy Sam sendiri menyatakan yang Syatilla Melvin sekadar kawan rapatnya, semalam menerusi Pancaindera, Syatilla menerangkan yang Shaheizy Sam bukan kekasihnya. Yang menariknya, Syatilla turut berkongsi kisah cintanya yang bermula sejak usia 16 tahun.

syatilla melvinGosip percintaan antara Syatilla dan Sam timbul selepas Sam hadir di majlis perkahwinan kakak Syatilla, Syafiqa yang juga juara rancangan realiti Gadis Melayu musim kedua dengan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman, Julai tahun lepas. Namun Syatilla menafikan mereka berdua mempunyai sebarang hubungan:-

Saya tidak selesa bercakap hal itu. Saya tidak mahu memperbesar-besarkan perkara yang tidak ada. Pada mulanya gosip itu kelihatannya seperti usikan biasa buat saya. ?Namun apabila kerap diasak persoalan yang sama setiap masa, saya sudah mula rimas. Lebih teruk lagi apabila orang di luar seolah-olah mempercayai kami ada bercinta

syatillaMenurut Syatilla, dia kini sudah 2 tahun hidup solo tanpa kekasih. Kali pertama bercinta Syatilla masih di bangku sekolah. Namun bagi Syatilla, cinta yang berakhir dengan perpisahan sangat memedihkan walaupun baru berusia 16 tahun. Kata Syatilla:-

?Saya cuma ada dua orang bekas kekasih sepanjang hidup. Cinta pertama saya sewaktu berusia 16 tahun. Di alam persekolahan lagi saya sudah rasa sakitnya putus cinta. Selepas itu saya bertemu dengan cinta kedua sewaktu umur 18 tahun. Saya bercinta dengan orang Shah Alam (Selangor) pun tidak kekal lama. Kami putus secara baik selepas dua tahun berkasih. ?Syukurlah hubungan baik kami berkekalan sampai ke hari ini walaupun dia sudah berkahwin

Ala masa umur 16 tahun pedih apanya putus cinta. Sekadar cinta monyet je kot. Syatilla pun masih muda lagi. Baru 21 tahun. Tak perlu terburu-buru mencari erti sebenar kasih sayang. Yang penting, jangan rampas suami orang dan jangan rosakkan rumah tangga orang lain. Biarlah cinta itu dibina atas dasar ketulusan dan kesucian. Amboi ~~ Tak gitu?

Written by AbangNara | March 18th, 2013

Susah menjadi seorang insan bernama Shaheizy Sam ini. Semua orang ingin tahu siapakah wanita yang bertakhta di hatinya. Namun berita baik untuk para gadis di luar sana, Shaheizy Sam masih single dan sedang mencari sang puteri untuk disuntingnya.

shaheizy sam

Berkata kepada Pancaindera semalam, Shaheizy Sam melahirkan rasa kurang senangnya kerana sering digosipkan dengan pelakon-pelakon wanita yang digandingkan dengannya. Antara yang pernah dikatakan bercinta dengannya ialah Nora Danish, Fazura dan juga Yana Samsuddin. Kata Sam:-

Secara jujurnya, saya memang masih tiada sesiapa yang istimewa ketika ini. Kalau ada memang saya akan umumkan dan saya tidak akan berahsia. Sebenarnya saya kurang senang apabila sering kali dikaitkan dengan kisah cinta lokasi seperti ini. Saya harap pelas ini perkara sebegini tidak lagi berlaku.

sa,Boleh dikatakan antara beberapa pelakon lelaki popular Malaysia, Shaheizy Sam adalah salah seorang yang ditunggu-tunggu saat untuk berkahwin oleh para peminat. Mungkin sebab itu gosip-gosip percintaan sering timbul. Semoga satu hari nanti, Shaheizy Sam akan tampil dan umumkan gadis yang berjaya mencuri hatinya. Pasti ramai yang tak sabar menanti hari tersebut.
shaheizy samP.S: Memang HANGAT betul produk Aura White ini sekarang. Berduyun-duyun para wanita membelinya. Keberkesannya memang terbukti untuk mencantikkan, memuluskan dan menggebukan wajah anda. Order sekarang dengan PM di Facebook CantikNara atau email ke lorongsetia8@gmail.com. Boleh juga Whatsapp/SMS ke 013-594-7061.

Written by AbangNara | November 26th, 2012

Lama rasanya Abang Nara tidak mengeluarkan email luahan hati daripada pembaca-pembaca BeautifulNara kepada artis-artis Malaysia. Ramai yang menghantar email tetapi Abang Nara rasa tak berapa sesuai untuk dikongsikan. Namun email daripada seorang pembaca ini cukup menarik perhatian Abang Nara.

shaheizy sam

Rasanya ramai yang mengetahui kehebatan lakonan Shaheizy Sam di dalam drama dan filem. Lagi bagus kerana Sam sememangnya jarang dihimpit kontroversi murahan. Dan yang menariknya mengenai email ini, pengirim memberitahu betapa Sam di dunia sebenar pun sangat merendah diri dan tidak gah dengan status selebritinya.

shaheizy sam

Cerita banyak tak guna, Abang Nara pasti korang akan bertambah respek terhadap Shaheizy Sam selepas membaca email di bawah ini:-

Assalamualaikum wbt..

Hye abg nara..

Sy anta email nie bukan bertujuan untuk melebih2kan atau mencantik2kan seorang selebriti ni. Tapi ini berdasarkan pengalaman sy sendiri and secara peribadi, saya amat menyenangi cara dan sikap nya terhadap orang lain. Sy rase selebriti mcm ni la yang patut diminati dan dicontohi.

Ill just cut it short and say it straight to the point. I am referring to Shaheizy Sam.

Mcm yg most of us tau, he is really2 good at what he’s doing ie acting. His acting is almost mistaken as something so real and lively. Sy mmg suke die lakonan die sejak cite Pa’e lagi. Kecik-kecik dah pandai berlakon. As time passed by, he has brushed up his acting and now shine as one of great actors in my eyes besides Zul Huzaimy. Bagila ape watak pun, insya Allah he’ll carry it good and well..He impressed me with his actings. Tapi setakat tu je. Nothing more. Sebab im not the type of person yang suke pada orang yang sy xknal. Im not a fan of celebrities, anyway.

Luck or unfortunate if I may say, kebetulan one of my job portfolios was to deal with the artists. So I had to go and chased these people and as we could predict, dealing with these people wasnt easy. Kalau kerajaan byk kerenah bereaucracy, artis nie byk sgt perasaan bangga dirinya sampai nak kene follow up byk kali even we had clearly explained yang keje yang dibuat melibatkan undang-undang.

Tapi manusia nie kdg2 bila rase diri die lebih baik dr orang lain, die jadi mcm..ntah..mcm kt nie kejap2 kene meminta2 they all ni untuk attend and blablabla. so keadaan tuh sgt melecehkan n memenatkan. kadang2 artis2 nie pk kt nie cari dorg sebab minat sgt kat dorg..cmonla..please..to me, celebrities ni in general, i repeat, in general [and not specifically referring to anyone or even ALL] bukan

Contoh yg baik pun yang dorg nak letak diri dorg tgi sgt..mcm kite nie hadap n nak sgt kat dorg nie. Tp too bad, my work before, dealt closely with the Malaysian Law yang berkaitan dengan this industry. Nak xnak kene deal jugak dengan dorg. Seriously, most of the times I got fed up dealing with these people..infact, ade beberapa org yg mmg bukan men lagi popular, tp kt call, kt sms cakap kt nie sape n bekerja berkaitan ape n mintak return call pun susah.

Yg deal dengan PA lagila..susah gilerrr nak berurusan. Kalau x pk pasal keje ni berkait ngan undang-undang..mmg malas sy nak layan dorg nie..tp yela dah keje..buat jugakla kan..n artis2 nie plak..kdg2 mengade2..panggil meeting xnak dtg..bile amend law and kepentingan dorg xdibangkitkan nak marah2 pastu blame2 kerajaan..

Ni ke level of professionalism artis-artis Malaysia nie?dalam mags n papers bukan maen lagi kt kene professional la kene bersikap baik la..kene involve la..mcm2..tp bile panggil meeting..bz..bz..bz..dh bz tuh satu hal..suh bg date free pun mcm kite nie nak kene mengemis2..sakit hati kdg2..

Luckily i wasnt the type yg nak ikutkan sgt dorg nie..kalau xnk sudah..tp masalah kdg2 timbul because kt nie dealing with public and ministries..jd susah..bile xdpt chase dorg nie..kt kene marah..tp kalau nak dpt kene meminta2 pun nak watpe kan..tp kalau dh asek kene marah sebab dorg nie..kdg sakit ht jugak..dahla budi bahasa xde..kite plak la kan nak kene marah sebab dorg nie..owh..that’s just too much la..

Tp..

Sam nie..he proved to me that despite the dark sides of these people, he always have the courtesy to inform and be humble in many occasions. Bile die xdpt attend invitations, die akan dngan baik nya say sorry. And bukan just sorry, he’ll explain what he’s doing and why he cant. And the best part of all is that..with my experience dealing with the people in the industry, he’s one of those people yang MENEPATI JANJI.

Susah sgt nak jumpe org bese pun yg nak menepati janji apetah lg kalau bende2 tuh menyusahkan. lg la org xnk tolong. tp die x..when he says he tries, he really does. and even at odd hours(sebab bz keje) he’ll make the effort to inform kite the updates and siap bgtau lg “..takut terlupe..”

How can u not love this type of person? Sy bukannya die hard fan of anybody..tp he has proven that there are still their type yang sgt humble dan berbudi bahasa. Itu satu..PA die pun, EDO, adalah sgt helpful dan senang untuk berurusan. Pendek kate, deal dengan die sgt mudah..boleh die akan kate boleh..xboleh die kate x boleh..n kalau die kate die nak tengok dlu..die akan make the effort to inform u back.

This is supposed to be the attitude yang sepatutnya ada dalam diri artis2 lain. Jangan ingat asal org nak deal dengan dorg nie org gilekan dorg or crazy heads over heels. Adakalanya sbnarnye org TAKNAK pun n MENYAMPAH sgt nak keje sebab tau lousy attitudes dorg nie..tp sebab dh terpaksa..

Another thing, SAM adalah one of those artists yg i shud say, berilmu. I had the chance to talk about reviews of movies, attitudes and scenarios of the industry with him. Cakap2 die mmg bukan empty vessels. Semua nya berisi. And ape yang die ckp disertai dengan fakta. Tapi die sentiase hormati pendapat and pandangan org lain. Mungkin ade yang ckp “..die artis..depan org mmgla kene baik..” mungkin btol..but bear in mind yang i am just a NOBODY.

Bukannya org yang berkepentingan sangat pun pada dia untuk bg job ke ape atau peminat die sgt yg die kene layan gile baik utk cover attitude die. Tapi, despite this, layanan die tetap humble and baik. And it is so good to hear bile die keluarkan satu statement yang die tau pun bukan akan keluar paper pun..”..kite baik dengan org..org pun mesti akan baik dengan kite..” so ckp2 die tu mmg die sendiri..

That’s y sy rase he deserved to get that ASK award.

He impressed me with his actings, now he impresses with his attitude. Ape yg sy cite nie bukan sesuatu yang sy tokok tambah atau mencantik2 ataupun melebih2kan die. ape yg sy tulis adalah total pengalaman n ape yg benar2 berlaku.

Kalau die nak sombong, mungkin itu pilihan die sebab die mmg famous pun..tp he choses to be humble and down to earth. Kite ni asek respect artis sebab ape yg dipaparkan kat layar perak je..kenape kt xrespect those people yang masih bersikap baik even tanpa ada camera pun di klik?

So, abg nara..i think thats it. sorry for the long email. Tp i truly believe..SIKAP adalah bende yg kite bawak ke mane2 menunjukkan jati diri kt..jd due respect goes to shaheizy sam.

Thank you for reading. And if possible, publish it untuk kesedaran artis2 lain jugak. Thanks again..=)

Diharap Sam akan terus kekal dengan sifat merendah diri sebegini. Artis-artis lain yang perasan hebat mungkin boleh mencontohi sikap Sam. Kepada Sam, you have my respect bro!!!