Written by Bella | January 4th, 2017

Tahniah kami ucapkan kepada pelakon drama, Lara Aishah iaitu Shah Jaszle kerana telah selamat menimang  cahaya mata kedua bersama isterinya, Hanis Husna pada 2 Januari lepas.

Shah menyambut kelahiran seorang bayi lelaki seberat 3.3 kilogram pada jam 4.19 petang. Berita gembira itu dikongsi oleh Shah sendiri menerusi akaun Instagram miliknya.

Ruangan komen di Instagram Shah dibanjiri dengan ucapan tahniah dan peminat turut mendoakan kesejahteraan ibu dan bayi yang baru dilahirkan.

Shah Jaszle dan Hanis Husna mendirikan rumah tangga pada 1 Mei 2015. Sebelum ini, mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Alana Jasmeen Jaszle.

Written by Bella | August 25th, 2016

Keterujaan untuk menimang cahaya mata memang tidak boleh digambarkan, itulah yang dirasai oleh pelakon Shah Jaszle yang bakal menerima kehadiran anak kedua pada tahun depan apabila isterinya Hanis Husna, kini disahkan hamil 5 bulan dan bakal bersalin pada bulan Januari 2017.

Apa yang membuatkan Shah lebih seronok ialah ketika doktor memberitahu jantina janin didalam kandungan adalah lelaki.

Alhamdulillah walaupun saya dan isteri tidak menjangkakan kehamilan kedua ini namun kami bersyukur dengan rezeki dikurniakan Allah.

Saya lebih teruja daripada terkejut apabila doktor mengesahkan jantina bayi kedua kami adalah lelaki. Saya memang mahukan anak lelaki dan Alhamdulillah hasrat itu dimakbulkan, Insya-Allah selepas ini saya ada teman.

Sudah mempunyai seorang anak perempuan bernama Alana Jasmeen Jaszle yang kini sudah berusia 8 bulan, Shah akui kehidupan beliau sudah berubah. Apa yang beliau lakukan kini semata-mata untuk anaknya dan masa depan mereka.

Alhamdulillah mempunyai anak adalah satu perubahan yang cukup besar dalam hidup dan apa yang saya lakukan kini adalah untuk mereka.

Saya perlu bekerja keras demi anak-anak agar masa depan mereka terjamin.

Tahniah kami ucapkan kepada Shah Jaszle dan isterinya. Semoga segalanya berjalan lancar sehinggalah detik melahirkan nanti.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | March 24th, 2016

Rasanya semua boleh perasan bahawa Shah Jaszle nampak lebih berisi berbanding sebelumnya. Mungkin kerana Shah bahagia disamping isteri dan anaknya.

Malah, ketika Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL 2016) mingg lepas, ada penerbit menegur beliau semakin berisi dan menasihati beliau untuk menurukan berat badan.

Shah mengakui perkara berkenaan dan kini dalam proses untuk menurukan berat badannya.  Ini kerana, Shah sudah mahu kembali aktif dalam dunia lakonan dan tampak lebih sihat.

Ya betul saya nampak berisi sebab bahagia, berat dalam 80 kilogram. Bagaimanapun, ya saya sedang menjalani proses untuk menurunkan berat badan.

Biasalah kalau seseorang lelaki itu mula berisi sedikit selepas berkahwin. Walaubagaimanapun, pada kami berat badan Shah Jaszle tidak lah keterlaluan.

Sumber Berita : Media Hiburan

Written by Bella | March 24th, 2016

Baru-baru ini kami ada kongsikan beberapa foto Shah Jaszle dan anaknya. Pelbagai reaksi yang kami terima dan majoriti ingin tahu bila anak itu dilahirkan dan nama penuh beliau.

Menerusi portal Utusan Online, Shah memberitahu anak perempuannya itu dilahirkan sekitar bulan Januari lepas dan ia merupakan detik terindah buat beliau dan isteri Hanis Husna.

Jelas Shah, beliau kini lebih bahagia selepas bergelar bapa dan sedang belajar untuk memberikan sepenuh perhatian kepada keluarga kecilnya itu. Ini kerana Shah harus berusaha lebih keras untuk mencari rezeki selepas Hanis berhenti kerja.

Alhamdulillah, anak perempuan saya telah selamat dilahirkan Januari lepas. Nama dia, Alana Jasmeen Jaszle. Perasaan sekarang, pastinya terlalu gembira, tapi dalam masa yang sama saya perlu pandai memberikan sepenuh perhatian kepada keluarga.

Lagipun saya perlu cari duit lebih dan bekerja keras kerana isteri, Hanis sudah tidak lagi bekerja, jadi semuanya terletak di bahu saya.

Namun, Shah meluahkan rasa syukur kerana rezekinya lebih murah sekarang selepas anaknya itu dilahirkan. Malah, Hanis dan Alana sering ke set penggambaran untuk menemani Shah.

Hanis juga tidak melalui proses berpantang selepas bersalin dan berada di sisi suaminya ketika bekerja.

Tidak pun, selepas bersalin dia berehat sebentar dan sudah mula ikut saya ke set-set penggambaran. Lagipun Alana seorang anak yang baik, tidak banyak ragam. Jadi itu memudahkan kami untuk menjaga dia. Sekarang pun rezeki semakin bertambah biarpun sumbernya saya seorang, mungkin rezeki anak.

Tahniah buat Shah Jaszle dan isteri atas kehadiran cahaya mata yang cukup comel, erm kalau kongsi berita ini awal-awal kan bagus, tiadalah sebarang spekulasi yang timbul. Apa-apa pun, kami harap anda sekeluarga akan dikurniakan kebahagiaan yang lebih lagi selepas ini.

Sumber Berita : Utusan Online