Written by Bella | July 9th, 2015

Merupakan seorang aktor yang cukup terkenal dan hebat sebelum kontroversi kes khalwat menghimpit dirinya, Shah Jaszle terpaksa untuk mendiam diri hampir dua tahun lamanya untuk menenangkan diri sebelum kembali aktif pada tahun ini.

Pernah dikenali kerana imej “playboy”, Shah mengakui beliau kini mahu berubah lebih-lebih lagi apabila beliau teringat akan pesan arwah ayahnya yang mempunyai harapan untuk beliau mendalami ilmu agama.

Terdetik rasa rindu di hati Shah apabila mengenangkan detik-detik ketika menjaga ayahnya yang sedang sakit .

Arwah ayah juga banyak mengajar saya untuk terus bersabar. Sepanjang ayah sakit, sayalah orang yang bertanggungjawab menjaganya. Saya banyak bersama dia semasa dia lalui detik-detik keperitan. Dalam tempoh itu, saya mandikan ayah kerana ayah tidak boleh bergerak. Sekarang, ayah sudah tiada. Saya rindukan ayah.

Alhamdulillah. Dia minta saya belajar agama. Mungkin dulu saya selalu mengabaikan ilmu agama. Saya terasa berada dalam sisi kegelapan kerana pernah meninggalkan solat. Kini saya sendiri selalu ingat pesan ayah supaya jangan meninggalkan solat. Saya mahu berubah. Sekarang saya sudah berkahwin. Baik untuk saya mengubah diri.

Akan tiba satu saat didalam kehidupan seseorang dimana beliau akan merasa untuk mengubah diri ke arah lebih baik serta mendekatkan diri padaNya. InshaAllah, kami yakin Shah Jaszle mampu untuk memperbaiki diri dan juga boleh membimbing isterinya Hanis Husna selepas ini.

Sumber Berita: Utusan Online