Written by Bella | March 25th, 2017

Sehingga hari ini, masih ada lagi netizen yang mempersoalkan tindakan Shah Iskandar memegang tangan Uqasha Senrose. Hampir setiap hari, pelbagai kritikan dilemparkan kepada kedua-dua pelakon ini.

Mungkin sudah rimas dengan persepsi negatif yang diterima, Shah menganggap isu tersebut tidak harus diperbesarkan lagi. Shah menegaskan beliau memegang tangan Uqasha semata-mata untuk memastikan keselematan  serta keselesaan Uqasha yang ketika itu memakai kasut bertumit tinggi.

Saya perlu memastikan Uqasha selesa dan tiada apa-apa yang buruk berlaku. Bukan hanya Uqasha, tetapi saya juga melakukan perkara yang sama terhadap pelakon wanita lain. Saya tidak berbuat apa-apa kesilapan, jadi ada baiknya perkara ini tidak diperbesarkan.

Saya faham asam garam dunia hiburan apabila perkara kecil sengaja diperbesarkan untuk menarik perhatian ramai. Saya mengaku memimpin tangan Uqasha, tetapi saya tiada niat lain kecuali memastikan keselamatannya.

Tambah Shah, beliau bersyukur kerana isteri beliau memahami apa yang berlaku dan isu tidak menimbulkan sebarang masalah didalam rumah tangga mereka.

Syukur kerana isteri memahami malah enggan memperbesarkan isu ini apabila ada pihak media menghubungi untuk mendapatkan komennya.  Sebelum ini, saya pernah memimpin tangan pelakon wanita lain tetapi tidak pula diperbesarkan. Lagipun, ia tidak membabitkan perasaan jadi tidak perlu ia dijadikan isu.

Shah Iskandar & Isteri

Mana-mana pelakon wanita yang bergandingan dengan Shah Iskandar pasti beruntung bukan kerana Shah seorang yang prihatin dan sering menjaga keselamatan mereka. Memang “gentleman” habis Shah ni. Hehe

Sumber Berita : BH ONLINE

Written by Bella | March 20th, 2017

Gara-gara berpegangan tangan dengan pelakon Shah Iskandar yang umum mengetahui sudah berkahwin, pelakon Uqasha Senrose sekali lagi dihimpit kontroversi dan menerima pelbagai kecaman daripada netizen.

Enggan isu ini terus berpanjangan, Uqasha yang mengakui  ada memegang tangan Shah menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan pelakon lelaki itu.

Saya terkejut juga bila ramai yang melenting marah dengan saya kerana isu pegang tangan itu. Saya akui memang ada pegang tangan dia, tetapi bukannya dalam keadaan terlalu mesra atau seperti pasangan kekasih. Ia berlaku cuma sekejap sahaja pun.

Sejujurnya saya dengan Shah sudah lama berkawan baik dan hubungan kami sudah umpama adik-beradik. Kebetulan pula kami selalu digandingkan bersama ketika berlakon dan kemesraan itu sekadar kawan sahaja. Jadi saya rasa kelakar juga bila ada yang cuba menjadikan ia isu. Mungkin mereka tak tahu saya ini macam mana dengan Shah.

Pada masa yang sama, Uqasha memohon maaf sekiranya perlakuannya itu menimbulkan salah faham ataupun menyinggung mana-mana pihak. Uqasha berharap dengan penjelasan ini, tiada lagi pihak yang akan terus memanjangkan isu terbabit.

Sumber Berita : Utusan Malaysia

Written by Bella | March 15th, 2017

Foto Shah Iskandar yang berpegangan tangan dengan Uqasha Senrose ketika menghadiri acara hiburan baru-baru ini mencetuskan pelbagai spekulasi termasuk persoalan adakah mereka sedang bercinta? Iyalah, umum mengetahui Shah sudah berkahwin.

Tidak mudah melatah dengan gosip tersebut, Shah menjelaskan  beliau dan Uqasha tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dan sudah menganggap pelakon wanita itu seperti adiknya sendiri.

Saya menganggap Uqasha seperti adik sendiri kerana jarak usia antara kami. Malah, drama Syurgaku Tak Sempurna lakonan kami bukanlah gandingan pertama saya dengan dia. Jadi, kali ini keserasian antara kami jadi lebih mudah.

Boleh dikatakan, setiap kali berlakon, pasti timbul gosip sebegini. Takkan saya hendak menjalinkan hubungan cinta setiap kali terbabit dalam penggambaran? Isteri bagaimanapun ada bertanya, sama ada benar saya memimpin tangan Uqasha? Namun, dia tidak pula berfikiran negatif setelah mendengar penjelasan saya.

Untuk pengetahuan anda, Shah dan Uqasha kini bergandingan di dalam drama, Syurgaku Tak Sempurna yang ditayangkan di Hypp TV.

Shah mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Siti Sarah pada 16 Januari tahun lepas di Singapura.

Sumber Berita : BH ONLINE

Written by Bella | April 20th, 2016

Baru-baru ini Shah Iskandar telah mengadakan majlis resepsi perkahwinan beliau bersama Siti Sarah bertempat di IDCC, Shah Alam. Majlis tersebut berlangsung dengan cukup meriah sekali.

Dalam meraikan pasangan tersebut, ada khabar angin yang mengatakan isteri Shah sudah bunting pelamin. Ramai peminat Shah mula tertanya-tanya apakah berita ini benar dan ada juga yang sudah teruja Shah bakal bergelar bapa apabila mendengar berita berkenaan.

Namun, menurut Shah semua itu tidak benar dan isterinya belum disahkan hamil. Shah juga sempat memberitahu beliau tidak mempunyai sebarang perancangan untuk mendapatkan anak dan menyerahkan soal itu kepada rezeki.

Eh! Mana ada. Isteri saya masih belum mengandung. Walaupun sudah empat bulan berkahwin, tapi rezeki itu masih belum ada.

Setakat ini saya tidak membuat apa-apa perancangan keluarga. Kalau ada rezeki, adalah. Kalau belum ada rezeki, nak buat macam mana. Kita berserah pada takdir.

Shah juga memberitahu beliau dan Sarah belum sempat untuk berbulan madu kerana Shah terikat dengan kerja beliau.

Kami masih belum berbulan madu kerana sibuk dengan kerja di Malaysia dan Singapura. Antara bulan Januari hingga Mac lalu saya banyak ulang-alik ke Singapura.

Oleh sebab itu saya kurang dilihat di TV. Dan sebab itu jugalah saya buat majlis resepsi ini lewat sedikit.

Apa-apa pun, kami mendoakan agar Shah Iskandar dan Siti Sarah ada rezeki untuk menimang cahaya mata satu hari nanti.

Sumber Berita : Mangga Online