Written by AbangNara | September 8th, 2013

Selepas lama berdolak-dalik, akhirnya semalam kemunculan Zizan Razak di Konsert Prelude AF 2013 mengesahkan dirinya adalah pengacara bagi rancangan realiti Astro ini. Memang Zizan nampak agak gementar dan sering tersasul, mungkin Zizan masih tidak dapat membiasakan diri mengacarakan rancangan sebegini secara berseorangan. Apa pun masih banyak boleh diperbaiki oleh Zizan di minggu-minggu seterusnya.
zizan
Selain Zizan, barisan juri-juri turut sama mencuri perhatian. Kali ini AF 2013 menampilkan Roslan Aziz, Sharifah Amani dan Edry KRU. Apa yang Abang Nara nampak kritikan daripada Roslan Aziz nampak lain daripada yang lain. Diharap para juri tidak takut untuk memberi kritikan pedas sekiranya pelajar-pelajar AF 2013 tidak menunjukkan prestasi yang memberangsangkan.
zizan
Ikhlas Abang Nara katakan, diri ini hanya menonton AF 2013 selama 15 minit sahaja semalam. Tiada kelainan yang ditampilkan. Kalau pihak Astro menjangkakan dengan menukar pengacara boleh mengembalikan seri program ini, pihak Astro tersilap besar. Masih terasa hambar dan para pelajar AF yang dipilih pun tiada “wow factor”. Kesemuanya nampak biasa-biasa sahaja.
zizan
Cuma apa yang menarik kali ini ialah kehadiran Aisyah, adik kepada Aliff Aziz yang berasal dari Singapura. Mungkinkah juara AF kali ini akan beralih kepada rakyat Singapura? Siapa tahu kan? Sama-samalah kita nantikan sama ada akan ada perubahan yang lebih menarik atau tidak bagi AF kali ini.