Blog Hiburan Sensasi Dan Terkini Tentang Artis Malaysia

7 Hari Untuk Linda Onn Minta Maaf, Kalau Tidak…

Monday, January 25th, 2010

fahrin saman linda Onn

Pengumuman-pengumuman. Jika anda adalah sepupu, sedara, anak angkat, makcik atau pun kawan kepada Linda Onn, sila beritahu dia yang dia ada 7 hari untuk memohon maaf secara terbuka kepada Fahrin Ahmad sebelum kes ini dibawa naik ke mahkamah. Permohonan maaflah mestilah dilakukan melalui suratkhabar Sinar Harian dan The Star.

Dan sila bagitau Linda Onn yang 7 hari tue dah pun bermula Jumaat lepas. Kira-kira balik Linda ada lebih kurang 5 hari sahaja lagi untuk memohon maaf dan menarik balik kenyataan dia. Anda tak tahu apa kenyataan Linda Onn? Sila baca kat sini ye.

Dan mengikut peguam Fahrin, diorang tengah sibuk mengumpul bukti lain untuk mendakwa selebriti lain yang terlibat. Katanya bukti akan dikumpul melalui Twitter, blog dan kenyataan akhbar. Adakah selepas ini nama-nama Awal dan Scha akan naik? Sebabnya kami pernah baca Twitter Awal yang agak kasar dan seperti ditujukan kepada Fahrin.

Kesimpulan dari cerita ini ialah (dengar sini ye adik-adik, kakak-kakak dan abang-abang), kalau berani kerana benar, kalau rasa tak berani cepat-cepatlah mintak maaf. Kalau naik mahkamah malu wei ~~ Sekian laporan dari bilik berita BeautifulNara.

Scha, Linda Onn, Awal Dan Fahrin, Sudah-Sudahlah Tue

Tuesday, January 19th, 2010

scha awal linda

Adoi. Makin naik menyampah pulak dengan kisah cinta 4 segi diorang nie. Mula-mula dulu bolehlah terima lagi, tapi dah lama-lama macam nie, naik muak dah. Dah clash tue sudahlah, jangan nak ungkit sapa yang salah. Bak kata Dato’ Siti Nurhaliza, biarlah rahsia. Jangan nak point finger kepada orang lain.

Sekarang nie Linda Onn, Scha dan Awal Ashaari dah jadi bestest friend dah. Buat aktiviti dan melepak pun sama-sama. Baguslah macam tue. Tapi bak kata Fahrin, berkawan biarlah ikhlas. Jangan ada udang di sebalik batu. Dan kami percaya Linda, Scha dan Awal sememangnya dah matang dalam berkawan. Buat Fahrin pun, janganlah terlalu buruk sangka kepada orang lain.

Kepada mereka berempat nie, kami sentiasa doakan yang terbaik. Kamu semua ada masa depan yang cerah. Nasihat kami janganlah menggunakan kisah cinta tak jadi ini untuk mendamba populariti. Peminat sekarang sudah pandai. Kami tak suka cerita murahan macam nie. Serlahkanlah bakat anda dan pasti kami akan terus menyokong.

Sebagai penutup, nikmatilah gambar-gambar Linda Onn, Scha Al Yahya dan Awal Ashaari melepak bermain ATV baru-baru ini dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

(more…)

(GOSIP)Awal Ashaari, Scha Al Yahya Dan Juliana Evans Terlibat Dengan Parti Krismas?

Friday, December 25th, 2009

awal ashaari

Awal Ashaari, Scha Al Yahya , Juliana Evans dan 2 lagi artis lelaki 40-an dikhabarkan semalam telah berada di sebuah pusat hiburan tanpa lesen di bumbung sebuah pusat membeli belah kat Bukit Bintang. Rasa-rasa kami kat Pavilion kot. Mungkin ada parti sambutan Hari Krismas kat situ.

Tapi kelima-lima mereka telah dibebaskan selepas ujian air kencing masing-masing negatif. Mungkin pihak berkuasa saja nak wat spot check ada penggunaan dadah ke tak time parti tue. Yang agak mengecewakan ialah ketidaksanggupan Awal Ashaari untuk mengikut arahan pihak polis pada mulanya. Awal kemudiannya ditahan dan dibebaskan selepas keputusan menunjukkan Awal tidak menggunakan dadah.

Pelik jugak yek kalau betul diorang celebrate Krismas. Mungkin ajakan rakan-rakan artis yang beragama Kristian kot. Logik jugak sebab hanya 21 orang jer yang terlibat time tue. Kiranya mungkin private party function kot. Benar atau salah, kami tak tahu. Tajuk artikel pun dah kami letakkan jelas-jelas yang ini sekadar gosip sahaja.

Cuma satu nasihat kami, janganlah beria sangat menyambut sambutan hari Krismas nie. Kalau setakat menyampaikan ucapan tahniah dan selamat kepada kawan-kawan yang beragama Kristian mungkin tak apa lagi.

Kalau betul la parti yang dihadiri oleh ketiga-tiga artis ini adalah parti sambutan Krismas, kami sebenarnya agak kecewa kerana mereka terlibat. Kurang manis bagi mereka yang beragama Islam untuk celebrate sampai ke tahap macam nie. Itu dari apa yang kami tahu la. Kalau salah tolong betulkan.

Jadi artis bukanlah lesen untuk kita buat sesuka hati mak bapak kita. Sepatutnya gunalah kesempatan ini untuk menjadi role model kepada peminat-peminat anda. Ini cumalah teguran daripada kami yang sayangkan bakat dan masa depan anda bertiga.

UPDATE: Qi, pelakon Blogger Boy telah ditahan kerana positif dadah pada malam tersebut.

Sumber berita dari Mstar.

Scha Al Yahya – What Do I Do?

Tuesday, December 22nd, 2009

scha al yahya

First of all nak mintak maaf kalau ramai yang boring kami asik keluarkan cerita Scha Al Yahya nie. Tapi kali nie terpaksa gak kami keluarkan untuk membersihkan nama kami dan juga nama Scha dan Awal.

Kami jugak nak mintak maaf kepada si comel Scha kalau artikel kami sebelum ni (Gosip, Scha dan Awal Bercinta?)menyebabkan Scha tensen tak hingat. Disebabkan kami pernah berjumpa Scha secara live in person, terasa bertanggungjawap untuk mengeluarkan luahan hati Scha tentang kisah dia dengan Fahrin dan Awal.

Kami bagi kesimpulan mudah iaitu Scha clash dengan Fahrin bukan sebab orang ketiga (Awal). Kes diorang nie bukan kes cinta 3 segi. Itu yang dimaklumkan oleh Scha di Fan Page Facebook Scha Al Yahya. Kalau korang nak update direct dari Scha, leh add dia kat situ.

Tapi rasanya luahan hati Scha bukanlah ditujukan kepada BeautifulNara. Sebab kami tak selongkar Twitter Scha dan Awal seperti blog gosip artis yang lain. Apa-apa pun, kami tetap memohon kemaafan kepada Scha sekiranya apa yang kami pernah tulis tentang dia menyentuh hati Scha.

Jom baca luahan hati Scha Al Yahya dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Buat Scha, semoga terus tabah menjalani hidup sebagai seorang artis. Hadapi dugaan dengan tabah dan cekal. You can do it girl!!!

(more…)

(GOSIP)Awal Ashaari Dan Scha Bercinta?

Monday, December 21st, 2009

awal scha

Angin bayu sepoi-sepoi bahasa telah membawakan berita kepada kami yang kononnya Awal Ashaari dan Scha Al Yahya sekarang tengah masyuk bercinta. Dibantu pulak dengan kenyataan Fahrin Ahmad yang nampaknya masih makan hati dengan Scha, nampak gayanya memang ada kemungkinan 2 insan ini sedang memadu asmara.

Cuba dengar sikit apa yang Fahrin cakap bila ditanya tentang punca sebenar perpisahan yang terjadi antara dia dan Scha:-

Biar orang nak cakap apa, lambat-laun orang akan mengetahui kebenarannya, benda dah ada depan mata. Jika anda berada ditempat saya, anda akan rasa seronok dan tertarik dengan permainannya.

Untuk hangatkan suasana, ada seseorang telah bertanya adakah Awal jadi punca perpisahan mereka berdua? Ini jawapan Fahrin sambil tersenyum:-

Kamu carilah sendiri, saya tidak mahu cakap siapa dia. Tapi kalau nak tahu, ikuti perkembangan dia (Scha) dan carilah dia dengan siapa sekarang.

Bertambah komplikated cinta 3 segi nie bila Awal pun baru-baru nie pun turut sama membuat kenyataan:-

Saya akui saya berkawan rapat dengan Scha, saya senang berkawan dengan dia sebab dia memahami. Saya tidak ramai kawan jadi dia tempat saya mengadu dan saya tempat dia mengadu, kami sama-sama jadi tempat meluahkan perasaan sama ada masalah kerja ataupun peribadi. Dia sedang melalui satu saat yang sukar, saya sebagai kawan perlu ambil berat namun itu tidak bermaksud saya cuba ambil kesempatan terhadap dia.

Mula-mula kawan dulu, lama-lama nanti bercinta la tue. Kami taknak salahkan sesiapa dalam kes cinta 3 segi nie. Bagi kami senang jer, kalau dah jodoh tak ke mana. Mungkin Fahrin bukan yang terbaik untuk Scha. Dan mungkin satu hari nanti Fahrin akan berjumpa yang lebih baik dari Scha untuk dijadikan isteri. Siapa tahu kan?

Untuk mengakhiri gosip ini, terimalah kenyataan terakhir dari Awal Ashaari yang tak menafikan dia bisa jatuh cinta dengan Scha:-

Bagi pandangan seorang lelaki, Scha mempunyai pakej yang lengkap dan sempurna untuk menjadi kekasih. Dia cantik dan baik. Jika perasaan timbul antara kami itu tidak salah, saya single dia pun single. Tapi biar perasaan itu datang secara semula jadi. Kami dalam proses mengenali hati budi masing-masing. Saya tidak akan sorok kalau kami bercinta, saya ingin orang ramai tahu jika kami betul bercinta.

Harap Awal betul-betul berpegang dengan kata-kata untuk bagitau kat semua orang kalau betul dia bercinta ngan Scha. Jangan tetiba kantoi gambar pergi berdating barulah sibuk nak mengaku.

All the best buat mereka bertiga. Khas untuk Scha, susah-susah sangat amik jer Bang Nara nie jadi pakwe anda. Hahaha (ini hanya lawak selingan sahaja).