Written by Bella | January 11th, 2017

Sering memuat naik foto mesra bersama di Instagram, ada peminat yang menganggap pelawak Jep Sepahtu dan pelakon Sari Yanti sedang hangat bercinta.

Walaubagaimanapun, Jep buat masa ini tidak pasti untuk menilaikan “persahabatan” antara mereka berdua kerana masing-masing tidak pernah mengisytiharkan apa-apa baik sebagai sahabat sahaja ataupun kekasih.  Namun, Jep akui beliau merasa selesa berkawan dengan Sari Yanti.

Apabila saya berkawan dengannya (Sari Yanti), semua pihak tidak kira di sebelah dia atau saya mendoakan yang baik-baik dalam perhubungan ini. Saya hanya mampu mengaminkan doa masing-masing.

Tetapi apabila ditanya mengenai status perhubungan kami, sukar untuk saya menjawabnya. Apa yang penting, saya selesa berkawan dengannya. Dalam hal ini, saya tidak tahu untuk meletakkan nilai persahabatan kami pada tahap yang mana.

Jep berharap agar kisah persahabantannya  ini tidak diperbesarkan oleh mana-mana pihak memandangkan ia baru sahaja terjalin. Sebenarnya mereka berdua juga jarang berjumpa kerana komitmen kerja.

Bak kata pepatah, kalau sudah jodoh pasti tidak kemana. Siapa tahu daripada persahabatan yang terjalin akan timbul pula bibit percintaan. Kita doakan yang terbaik buat Jep Sepahtu dan Sari Yanti, lagipun ramai yang sokong hubungan mereka berdua ini.

Sumber Berita : BH ONLINE

Written by AbangNara | November 11th, 2016

Sekiranya anda sering mendengar Sinar FM, tentu anda akan sedar yang rakan sekonti Jep Sepahtu seringkali mengusiknya tentang percintaan. Nampak seperti Jep Sepahtu sedang angau bercinta dan nama yang sering disebut-sebut oleh rakan sekonti Jep tak lain tak bukan ialah Sari Yanti. Berdasarkan pemerhatian Abang Nara di Instagram, Jep telah kelihatan menyambut hari jadi Sari Yanti bersama-sama baru-baru ini.

jep

Apa yang menariknya ialah caption yang telah digunakan oleh Jep. Memang sweet romantik tahap tertinggi.

Benarlah bidadari itu wujud ????.. Happy birthday @sariyanti ???? Semoga yang baik2 saja buat kamu

Memang awesome sungguh ayat pick up line Jep. Tak tahulah benar ke tidak mereka berdua ini bercinta. Namun desas-desus ini telah ditimbulkan apabila Jep telah membalas satu gambar panahan Sari Yanti yang telah dimuatnaik di Instagram.

jep2

jep3

Kah, kah, kah. Memang kelakar Jep nie. Untunglah Sari Yanti dapat seorang lelaki yang kelakar. Pasti bahagia sepanjang hanyat. Jep pun untunglah dapat seorang awek yang cun melecun macam Sari Yanti.

jep4

Sekiranya benar mereka berdua bercinta, jutaan tahniah Abang Nara ucapkan. Kalau tak betul, apa salahnya jadi betul. Dua-dua pun single mingle. Sama cantik sama padan pulak tue. Apa kata anda? Sesuai ke tidak?

Written by Bella | June 6th, 2016

Sudah dua tahun bergelar janda, pelakon yang sentiasa tampak awet muda dan seperti seorang remaja, Sari Yanti belum lagi bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan sekali lagi.

Buat masa sekarang, fokus Sari Yanti adalah untuk membesarkan dua orang anak lelakinya hasil perkahwinan bersama bekas suami, Mohd Edy Casmadi sebelum bercerai pada 11 Disember 2014.

Jujurnya saya sendiri tidak tahu sama ada saya sudah bersedia atau pun tidak untuk berkahwin semula.

Pada tahap sekarang saya tidak terlalu memikirkan soal perkahwinan kerana sibuk menguruskan anak-anak selain karier juga padat dengan pelbagai aktiviti.

Namun Sari Yanti akui, ada ketika hatinya merasa sunyi  serta memerlukan kasih sayang seorang lelaki. Malah beliau pernah terfikir untuk berkahwin. Walaubagaimanapun, beliau menyerahkan soal jodoh kepada Allah SWT kerana tidak mahu terburu-buru dalam mencari pengganti.

Jika saya belum pernah berkahwin mungkin saya agak risau kerana belum berumah tangga tetapi saya sudah melalui kitaran berkahwin, mempunyai anak dan bercerai. Ada saya terfikir tentangnya tetapi ia sekadar itu sahaja dan tidak terburu-buru pun hendak mencari pengganti.

Insya-Allah jika ada jodoh pasti saya berkahwin dan menyerahkan segala-galanya kepada ketentuan Ilahi.

Gagal sekali tidak bermakna akan gagal selamanya. Siapa tahu kali ini mungkin Sari Yanti akan bertemu dengan jejaka yang boleh menerima diri beliau seadanya dan menjaga anak-anaknya dengan baik? Setiap wanita pasti memerlukan kasih sayang seorang lelaki meskipun kadang –kala mereka tidak mengakuinya.

Sumber Berita : mStar Online

Written by AbangNara | December 18th, 2014

Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari dimaklumkan pasangan pelakon Sari Yanti, 30, dan suaminya, Mohd. Edy Casmadi Che Hussain, 34, telah bercerai secara tebus talak dengan bayaran RM10,000 di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Khamis lalu. Sari Yanti sebelum ini telah memfailkan penceraian pada 25 Februari yang lalu. Untuk makluman, mereka berdua telah berkahwin selama 5 tahun dan dikurniakan 2 cahaya mata, Barr Al Aliy (4 tahun)dan Basit Al-Haq (3 tahun).

sari yanti sah cerai

Semoga penceraian ini tidak menjadi penghalang kepada Sari Yanti dan suami untuk menjalankan tanggungjawab mereka sebagai ibu bapa kepada kedua-dua anak. Sesungguhnya tiada siapa yang mahu perkahwinan berakhir dengan penceraian, namun mungkin ini adalah yang terbaik buat pasangan ini. Sama-samalah kita doakan agar mereka terus bahagia dengan kehidupan masing-masing selepas ini.
makcik P.S: Dah putus asa sudah habis beratusss ringgit utk membeli pelbagai jenis produk kecantikkan utk menghilangkan masalah jeragat, ekzema, kulit kusam / gelap, berjerawat yg sgt kronik, muka berminyak sehingga pori terbuka luas dan tersumbat, black / whitehead yg susah hilang, parut di muka, jerawat badan dan melasma (iaitu penyakit ibu mengandung. muka jd tompok2 hitam)??? Tapi hasilnya? nanhadooo?

Mari cuba produk PUTEH by Farah Yusoff, di jamin 100% PUTEH dan sudah pastinya anda akan terkejut dgn result tersebut!! RESULT boleh nampak on the spot uolllsss!! bukan cakap kosong, biarlah gambar di atas berbicara.. jgn risau PUTEH by Farah Yusoff ada sijil GMP, FDA & HACCP dan SESUAI utk semua jenis kulit… apa lagi mahu ragu2? jom serbu Facebook PUTEH by Farah Yusoff atau Instagram ataupun boleh direct whatsapp di talian 017-7018701 / 018-2893023