Written by AbangNara | March 18th, 2011

samsung

Teruja sangat bila tengok Samsung Galaxy SL! Lagi teruja lepas cuba sendiri telefon ni.  Selepas 4 hari 4 malam Abang Nara bermesra dengan telefon ni, Abang Nara rasa alasan terbaik untuk pakai Samsung Galaxy S ialah skrin Super Clear LCD yang memang super clear dan tahap terang dia memang kalah iPhone. Skrin telefon ni sangat besar dan selesa untuk online bukak BeautifulNara.com time-time bosan. Kuasa resize page pula sangat flexible, setanding telefon- telefon touch skrin lain (mungkin lebih hebat). Design sangat simple, kemas dan elegant, sesuai dengan imej Abang Nara yang urban.
samsung

samsungKelebihan lain telefon ni, kalau korang memang jenis bercakap kat telefon  24 jam, memang sangat sesuai sebab bateri Samsung Galaxy SL ni boleh tahan lama. Tapi kalau korang jenis hardcore main game memang cepat je la habis. Paling best lagi, feature HD Video Recording yang memang super duper clear sampai korang takkan mampu nak menutup parut jerawat!

Kekecewaan Abang Nara dengan skrin sentuh dah terubat sebab skrin sentuh telefon ni sungguh tepat. Sangat sesuai la untuk korang yang jari gemuk-gemuk comel macam Abang Nara. Kat bawah ni Abang Nara sediakan perbandingan telefon Samsung Galaxy SL dengan Google Nexus S:-


samsung

Telefon ni ringan kalau nak dibandingkan dengan telefon- telefon lain. Kalau korang pakai telefon ni, confirm korang akan ketagih dengan game-game online dan aplikasi dari Android OS.   Disebabkan Abang Nara tak suka amik gambar sendiri, maka Abang Nara telah memaksa si tunang berposing untuk menguji kualiti kamera Samsung Galaxy SL 5 Megapixel  ni.
samsung>
Satu kelemahan telefon Samsung Galaxy SL adalah butang kamera yang tak ada kat tepi telefon. Agak sukar kalau anda jenis syok amik gambar sendiri sebab perlu menekan di skrin sentuh. Kalau korang dah tak sabar nak dapatkan telefon ni, diskaun RM100 dengan FREE 8GB Micro SD card untuk  Samsung Galaxy SL ni boleh didapati kalau korang kena register online kat website Celcom www.celcom.com.my dan jadi 100 pelanggan pertama yang register untuk Celcom Exec. Plan Celcom Exec boleh dipilih ikut data yang sesuai dengan kegunaan korang.

CE50 + 38 CE50 + 68 CE250
Monthly Commitment RM88 RM118 RM250
Data FUP 1GB 3GB 5GB
Package Price RM1,198 RM1,148 RM818
Upfront payment RM300 RM300 RM600
Early termination penalty RM500 RM500 RM500
* 18 months contract
* RM100 discount for 1st 100 customer who register online

samsungSamsung Galaxy SL dari Celcom, Abang Nara pasti pilih! berbaloi-baloi~