Written by Bella | August 9th, 2016

Hari Sabtu lepas menerusi ruangan di akhbar Bipop, mereka melaporkan sebuah berita dimana Rozita Che Wan dikatakan kehilangan wang berjumlah 40,000 Swiss Franc (RM164,000) ketika bercuti di Switzerland tahun lepas.

Walaubagaimanapun, berita itu tidak benar dan ia turut dinafikan oleh Che Ta yang agak terkejut bagaimana khabar angin seperti itu boleh timbul.

Saya terkejut apabila ada berita melaporkan saya kehilangan duit sebanyak $40,000 euro ketika bercuti di Switzerland akhir tahun lalu.

Saya tidak tahu mereka dapat info dari mana dan mungkin juga mereka tersilap orang. Lagi pula cerita itu keluar di ruangan gosip.

Menurut Che Ta, beliau tidak pernah kehilangan wang dengan jumlah yang besar dan sering mengambil langkah berjaga-jaga setiap kali bercuti bersama keluarganya.

Tidak dinafikan kadang-kadang sewaktu bercuti ada juga kes kehilangan wang dan sebagainya. Namun, dalam kes Che Ta ini agak susah hendak percaya bukan?  Kalau benar lah, perghh memang hebat betul Che Ta dengan selambanya membawa wang begitu banyak dan berjalan di tempat orang.

Sumber Berita : mStar Online