Written by Bella | June 17th, 2016

Tidak lama lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri, bulan puasa ini lah ramai yang akan sibuk membeli- belah bukan? Macam mana persediaan korang? Dah beli baju raya ke belum?

Berbicara tentang persiapan hari raya, Zain Saidin memberitahu beliau dan isteri, Rozita Che Wan sudah menyediakan 110 pasang baju raya untuk mereka sekeluarga.

Pada tahun lepas tiga beranak ini masing-masing hanya mempunyai 20 pasang pakaian raya.

Kalau Che Ta 30 pasang, saya pun samalah. Cukup la untuk sebulan raya. Untuk anak biasalah Che Ta akan lebih teruja. Mungkin melebihi 50 pasang la kot! Kita tengok nanti.

Jelas Zain, beliau akan memakai koleksi pakaian beliau sendiri yang dikenali dengan jenama Ketak by ZainSaidin.

Berbicara mengenai sambutan Aidilfitri kali ini, Zain memberitahu mereka akan menyambutnya di Kuala Lumpur dahulu sebelum pulang ke kampung Che Ta di Kedah pada hari raya kedua nanti.

Sejujurnya kami tidak terkejut bila dapat tahu mereka sudah siapkan lebih 100 pasang baju. Korang pun tahu Che Ta sekeluarga suka menggayakan pelbagai jenis pakaian bukan? Ini baru raya sakan namanya..Heh..

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | March 28th, 2016

Tidak dinafikan ramai yang cemburu melihat penampilan Rozita Che Wan yang selalu kekal awet muda dan cantik meskipun sudah memasuki usia pertengahan 40 an. Ramai sekali wanita yang mengidamkan untuk mendapatkan susuk tubuh persis anak dara seperti Che Ta.

Menerusi portal Harian Metro, Che Ta mendedahkan salah satu rahsia beliau untuk mengekalkan kecantikannya adalah dengan menempah baju dengan ukuran yang kecil. Eh, betul ke?

Kata Che Ta, selepas memberikan ukuran kepada pereka fesyen beliau akan menjadikan ia sebagai motivasi diri untuk mendapatkan berat badan idaman.

Saya biasanya akan pastikan ukuran pakaian yang ditempah itu muat dengan tubuh. Ini kerana saya suka menggayakan busana yang selesa dipakai.

Lagipun, hingga kini saya masih boleh menggayakan pakaian yang ditempah 10 tahun lalu. Ia satu perkara yang dibanggakan. Saya sendiri terkejut kerana masih boleh mengenakan pakaian yang sudah bertahun-tahun lamanya.

Che Ta cukup menjaga jumlah makanan yang beliau ambil. Pada masa yang sama, beliau mengakui ada melakukan kaedah bertungku selepas melahirkan Aaisyah Dhia Rana bagi mengempiskan perut untuk mendapatkan bentuk badan asal.

Hasil bertungku itu memang berbaloi apabila beliau kini sudah langsing dengan berat badannya hanya 50 kilogram.

Pergh, patutlah Che Ta selalu kekal cantik rupa-rupanya beliau ada kaedah tersendiri untuk menjaga badannya. Untunglah Zain Saidin..

Sumber Berita : Harian Metro

Nak tak mempunyai telekung travel yang SENANG?

Senang lipat
Senang dibawa ke mana-mana
Senang nak solat di mana-mana
Senang nk transform beg jadi sejadah
Senang beg transform jadi clutch
Senang tak payah gosok telekung
Senang nak selit telekung
Senang, sarung jee.. solat, lipat-lipat

WOW itu SENANG ini SENANG !

Kenapa mesti bersusah-payah kalau ada yang SENANG?? Suami mana tak sayang Isteri yang siap lekas-lekas. Suami pun tak payah tunggu lama-lama di Mall.. Siapa tak SAYANG??

 photo Untitled-1-960x450.jpg

DAPATKAN TELEKUNG AMEERA di www.amirahshazana.com