Written by serenity | January 17th, 2013

Selepas persengketaan selama tujuh tahun, pelakon Rita Rudaini dan Lisdawati berdamai dan kini berlakon dalam drama terbaru, Kerana Sarah yang diarahkan oleh Murali Abdullah. Untuk makluman, Fauzi Nawawi suami Lisdawati juga berlakon dalam drama itu. Namun Rita mengeluarkan syarat dia tidak mahu Fauzi Nawawi ada bersama di set penggambaran ketika dia berlakon.

Susulan dari syarat itu, Fauzi Nawawi melalui Harian Metro berpendapat Rita Rudaini tidak matang.

Sikap dia seperti budak belum matang. Saya sendiri tidak faham apa masalahnya sampaikan tidak mahu saya berada di lokasi penggambaran ketika dia ada.

Saya tiada masalah dengannya dan boleh bekerja dengan sesiapa saja. Lakonan adalah karier saya, jadi apa jua situasi yang berlaku, saya kena menempuhnya.


Bagaimanapun, Fauzi bersikap profesional dan menghormati permintaan Rita. Tambahnya lagi, skrip asal menampilkan mereka bertiga dalam drama itu tetapi ia dipinda atas permintaan Rita.

Fauzi turut berharap tiada kejadian yang tidak diingini yang berlaku antara isterinya dan Rita.

Lisdawati dikatakan tidak mempunyai masalah berlakon bersama Rita dan penggambaran yang membabitkan dirinya dengan Rita turut berjalan lancar.

Written by AbangNara | January 16th, 2013

Adakah anda masih ingat dengan tragedi yang pernah menggemparkan dunia seni tanah air pada tahun 2006? Ketika itu telah berlaku insiden tampar menampar dan tarik rambut di dalam kolam renang di antara Rita Rudaini dan Lisdawati.

lisda dan rita

7 tahun telah berlalu, kini Lisdawati dan Rita Rudaini bersetuju untuk berdamai semula. Ini kerana mereka berdua ditawarkan untuk berlakon di dalam drama bersiri Kerana Sarah. Kata Lisdawati:-

Tahun 2013 ini, saya berazam untuk melalui suasana harmoni dan sekiranya terdapat persengketaan dengan sesiapa sekalipun, orang kata, buang yang keruh, ambil yang jernih. Begitu juga dengan dia (Rita), apa yang berlaku itu biarlah berlalu dan saya hormat dia sebagai pelakon yang lebih ‘senior’ daripada saya. Diharap, tiada sesiapa yang akan mengungkit perkara lama itu.

rita baru

Rita Rudaini pula mengakui yang hubungannya dengan Lisdawati adalah bersifat profesional. Yang penting mereka berdua bertegur sapa. Cuma tidak berborak panjang sahaja. Kata Rita:-

Saya tidak mempunyai masalah dengan dia (Lisdawati). Perhubungan kami lebih pada profesional dalam bidang kerja kami. Kami bertegur sapa, tetapi tak banyak berbual pun di lokasi. Cuma dengan apa yang telah berlaku, saya mengambil pendekatan untuk lebih berhati-hati. Dalam masa yang sama saya tidak mahu Fauzi ada dalam apa juga penggambaran yang saya lakukan atas sebab yang tidak dapat saya kongsi kepada umum.

Agak pelik juga permintaan terakhir Rita Rudaini itu. Pastinya Rita ada sebab yang tersendiri tidak mahu terjumpa Fauzi Nawawi yang merupakan suami Lisdawati. Apa-apa pun Abang Nara gembira dengan berita ini. Semoga hubungan silaturahim ini akan berkekalan dan tidak akan putus lagi. Info asal Mstar Online.

Written by AbangNara | December 14th, 2012

Nampaknya peminat novel nukilan Aisya Sofea akan bergembira apabila salah satu novel hitnya iaitu Sehangat Asmara bakal keluar di dalam bentuk drama tidak lama lagi. Baru-baru ini kesemua pelakon dan krew drama ini telah pun ke Australia untuk menjalani penggambaran.

drama sehangat asmara

Selain daripada Ady Putra dan Rita Rudaini, Izreen Azminda turut menjadi teraju utama drama ini. Anak sulung Rita Rudaini, Rayyan turut sama dibawa oleh ibunya untuk menikmati keindahan bumi Australia. Makin lama makin comel nampaknya Rayyan nie.

drama sehangat asmara

Lagi 13 keping gambar sekitar penggambaran drama Sehangat Asmara dengan membaca entri ini sepenuhnya. Anda boleh LIKE Facebook Drama Sehangat Asmara untuk perkembangan terkini tentang drama ini.

 
Written by AbangNara | December 13th, 2012

Setiap pasangan suami isteri mengimpikan mahligai perkahwinan yang berkekalan sehingga ke akhir hayat. Namun sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Pasti ada pasang dan surutnya di dalam sesebuah perkahwinan. Tak gitu?

selebriti 2012 cerai

Tahun 2012 juga menyaksikan kemelut dalam perkahwinan beberapa pasangan selebriti Malaysia. Malah ada yang tidak mampu mepertahankan rumahtangga sehingga akhirnya mengambil keputusan untuk bercerai.  Semoga kita mengambil iktibar daripada apa yang telah terjadi kepada mereka.
selebriti 2012 cerai1. Hattan dan Farah Asyikinmasjid yang dibina hanya mampu bertahan selama 2 bulan sahaja. Berkahwin pada November 2011, Hattan sah menceraikan isterinya pada bulan Januari 2012 dengan talak satu. Hattan juga enggan mengulas lebih lanjut tentang punca penceraian mereka. (klik sini untuk entri)
chef riz ana dahlia2. Chef Riz dan Ana Dahliapenceraian yang mengejutkan banyak pihak. Perkahwinan mereka tidak sempat mencapai usia 1 tahun. Chef Riz mengakui yang tiada persefahaman sepanjang melayari bahtera rumahtangga. Sementara itu Ana Dahlia memberitahu yang Chef Wan mengetahui penceraian itu bukannya berpunca daripada pihaknya.(klik sini untuk entri)
selebriti 2012 cerai3. Adda Butterfly dan Ridzuan – Adda hanya sempat bergelar isteri selama 17 hari sahaja sebelum sah diceraikan oleh suaminya. Memang mengejutkan kerana sebelum ini majlis perkahwinan Adda turut dilakukan secara rahsia. Tambah mengejutkan apabila bekas suami Adda tampil memberi amaran kepada Adda agar berhenti membuat kenyataan yang mengaibkan dirinya. (klik sini untuk entri)
raja azmi
P/S : Ada plan nak gi korea next year?? Deal terbaik Abg Nara rasa sebab diorang naik MALAYSIA AIRLINES!! Lawati FB dan LIKE pelangibonda utk package terbaik dari ladang! SEGERA KERANA SEAT SEMAKIN BERKURANGAN.


4. Raja Azmi dan Jalani Sidektidak tahan dengan tohmahan lelaki dayus terhadap suaminya, Raja Azmi mengambil keputusan untuk bercerai. Mahligai yang dibina selama 28 tahun dan diceriakan dengan kehadiran 3 orang anak akhirnya hancur berkecai jua. (klik sini untuk entri)
aa5. Jimmy Shanley dan Suhaila – setelah turun naik mahkamah untuk tempoh yang agak lama, akhirnya pada bulan Oktober 2012, Jimmy Sah menceraikan isterinya dengan tebus talak RM1. Perkahwinan mereka berdua telah dikurniakan seorang anak comel. Walaupun sudah bercerai, prosiding untuk menentukan hak penjagaan anak masih lagi berjalan buat bekas suami isteri ini. (klik sini untuk entri)
ady putra6. Ady Putra dan Aida - terkejut semua peminat Ady Putra dibuatnya apabila secara tiba-tiba Ady Putra memfailkan permohonan cerai terhadap isterinya sekitar bulan May 2012. Terus timbul khabar angin yang menyatakan kewujudan orang ketiga di dalam hubungan mereka. Namun syukur diucapkan apabila Ady Putra dan isterinya tidak meneruskan hasrat mereka itu. Kini mereka bahagia di samping seorang anak angkat. (klik sini untuk entri)

sham kamikaze

7. Sham Kamikaze dan Farazila - awal September lepas, Farazila memfailkan permohonan cerai dengan alasan hanya bahagia pada tahun pertama sahaja. Menurut Farazila, berlaku beberapa konflik dalaman yang hanya diketahui oleh dirinya sahaja. Akhirnya, pihak mahkamah mengesahkan yang Sham dan Farazila telah pun bercerai sejak tahun lepas kerana tidak merujuk penceraian yang dilakukan dengan mahkamah. (klik sini untuk entri)
erra
8. Erra Fazira dan Engku Emran - sehingga ke hari ini pasangan ini masih bergelar suami isteri. Namun tahun 2012 menyaksikan khabar angin yang bertiup kencang tentang masalah rumah tangga mereka. Namun Engku Emran tampil dan bersumpah bahawa Erra Fazira adalah the one and only isterinya sementara Erra pula meberitahu yang Emran masih suaminya dan ayah kepada anak mereka.. (klik sini untuk entri)
sasha

9. Sasha Saidin dan Salyo - penceraian antara suami isteri ini telah berlaku pada bulan Julai 2012. Semasa lafaz cerai dilakukan, Sasha dan Salyo kelihatan mengalirkan air mata. Tidak wujud kasih sayang dan tiada kesefahaman menjadi punca penceraian mereka. (klik sini untuk entri)
ria10. Rita Rudaini dan Aidil – kemelut rumahtangga yang tidak habis-habis sejak tahun lepas lagi. Bukan sahaja melibatkan mereka berdua, malah nama seperti Ayu Raudhah, Jue Aziz dan Zaquan Adha turut diheret sama ke dalam kemelut ini. Sehingga ke hari ini, perbicaraan kes mereka masih lagi berlangsung di mahkamah. (klik sini untuk entri)