Written by AbangNara | January 20th, 2013

Tahukah anda isu perebutan hak jagaan anak Rita Rudaini bersama suaminya, Aidil Zafuan masih belum selesai lagi? Tahun lepas Rita berjaya membatalkan tuntutan kembali taat namun Aidil mengemukakan permohonan cerai dan penjagaan anak di mahkamah yang lain.

aidil dan rita

Kesian pun ada juga sebenarnya melihat kemelut yang melanda rumahtangga mereka ini. Seolah-olah tiada jalan penyelesaiannya. Sedikit sebanyak ia pasti memberikan kesan negatif kepada 2 orang anak mereka. Namun Abang Nara respek semangat Rita yang akan terus berjuang mempertahankan haknya seperti yang diberitahu menerusi Kosmo.

November lalu saya sudah berjaya membatalkan perintah kembali taat atau nusyuz yang difailkan oleh Aidil (suami). Sekarang ini, saya ada satu lagi saman ke atas Aidil berkenaan bayaran nafkah bulanan diri saya dan anak-anak. Tapi, lepas dia gagal dengan tuntutan kembali taat di Petaling Jaya, Aidil ada failkan semula kes baharu di Mahkamah Rendah Syariah Seremban. Kali ini dia kemukakan permohonan cerai dan penjagaan anak. Bagi saya, fail sahajalah kes itu seluruh negara sekali pun, saya akan ikut rentak dia dan pertahankan hak saya. Sebagai ibu, saya akan pertahankan anak-anak saya dan sebagai isteri saya akan pertahankan hak saya. Sebelum ini dia tarik balik permohonan cerai, sekarang dia ingin bercerai pula. Kalau mahu bercerai, saya akan persoalkan apa salah saya. Saya berani sebab saya tahu bahawa saya tidak buat salah.

rita

Abang Nara pasti peminat-peminat Rita Rudaini berharap agar tahun 2013 akan membawa sinar bahagia ke dalam kehidupan Rita dan anak-anak. Semoga jalan penyelesaian dapat dicari dan kes mereka ini dapat ditamatkan secepat mungkin. Sama-samalah kita doakan agar Rita dan anak-anak dapat mengecapi erti bahagia yang sebenar.

P.S: UiTM Lendu mengalami gangguan makhlus halus

Written by AbangNara | January 18th, 2013

Pergh ~~ Makin ramailah yang teruja untuk menonton drama Sehangat Asmara lakonan hebat Adi Putra dan Rita Rudaini ini. Mana taknya, ada babak romantis seperti Adi Putra mencium dahi dan mendukung Rita Rudaini. Confirm ramai yang teruja kan?

rita dan ady sehangat asmara

Memang sekali tengok inilah pasangan pelakon yang sangat padan untuk melakonkan watak suami isteri seperti di dalam novel Sehangat Asmara. Berkata kepada Kosmo, Adi Putra melahirkan rasa kagumnya terhadap keprofesionalan Rita Rudaini:-

Rita profesional, jadi tidak ada masalah apabila ada babak memerlukan saya mencium dahi dan mendukungnya. Ia memudahkan kerja saya menjayakan watak suami isteri bersamanya. Saya yakin Sehangat Asmara akan menjadi fenomena kerana ia diadaptasi daripada novel terkenal.

rita dan ady sehangat asmara

Sementara itu Rita mengakui yang pada mulanya agak sukar untuk mencari keserasian dengan Adi Putra. Ini kerana Adi merupakan seorang yang pendiam. Namun selepas seminggu, semua itu sudah bukan satu masalah lagi. Kata Rita:-

Ini kali ketiga berlakon bersama Adi. Cuma, sebelum ini adegan bersama Adi tidak banyak tetapi dalam Sehangat Asmara kami berlakon sebagai suami isteri. Mula-mula susah juga nak dapatkan keserasian dengan Adi kerana saya tidak mengenalinya dengan rapat. Lainlah dengan Rosyam dan Aqasha sebab kami memang berkawan jadi untuk membina keserasian di set penggambaran adalah mudah. Mula-mula memang rasa canggung tetapi selepas seminggu penggambaran baru boleh ‘masuk’ dengan dia (Adi).

rita dan ady sehangat asmara

Kepada peminat novel hasil nukilan Aisya Sofea ini, jangan lepaskan peluang anda untuk menonton drama Sehangat Asmara menerusi saluran Astro anda. Mungkinkah drama ini akan mengulangi fenomena Adam & Hawa? Sama-samalah kita nantikan. Lagi 13 keping gambar sekitar sidang media drama Sehangat Asmara dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Facebook BlissCandid.

 
Written by serenity | January 17th, 2013

Mungkin ada yang tidak tahu sebuah lagi drama adaptasi novel akan menggantikan drama Adam dan Hawa yang sudah sampai ke episod akhir seminggu lepas. Drama yang dimaksudkan ialah Sehangat Asmara, diadaptasi dari novel dari judul yang sama tulisan Aisya Sofea.


Photobucket
Photobucket

Drama ini ialah gandingan pertama Adi Putra dan Rita Rudaini akan mula ditayangkan 21 Januari ini pukul 10.00 malam di Astro Mustika HD. Rita Rudaini memegang watak Kamilia Najwa manakala Adi Putra memegang watak Zainal Arief. Ia merupakan sebuah kisah pandang pertama antara mereka yang memutikkan cinta dan berakhir dengan perkahwinan di London tanpa restu keluarga.

Para penggiat seni teater, tari dan muzik yang akan mementaskan seni persembahan dari 1 Jun – 31 Disember 2013, adalah dialu-alukan untuk memohon dana Geran Mengurangkan Kos Produksi di bawah Dasar Industri Kreatif Negara (DIKN) yang diseliakan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN). Untuk maklumat lanjut, sila like Fanpage mysenibudaya .“SEMARAKKAN SENI BUDAYA”

Lagi 37 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Facebook Sehangat Asmara. Anda juga boleh mendengarkan lagu tema drama ini di sini:

 
Written by serenity | January 17th, 2013

Selepas persengketaan selama tujuh tahun, pelakon Rita Rudaini dan Lisdawati berdamai dan kini berlakon dalam drama terbaru, Kerana Sarah yang diarahkan oleh Murali Abdullah. Untuk makluman, Fauzi Nawawi suami Lisdawati juga berlakon dalam drama itu. Namun Rita mengeluarkan syarat dia tidak mahu Fauzi Nawawi ada bersama di set penggambaran ketika dia berlakon.

Susulan dari syarat itu, Fauzi Nawawi melalui Harian Metro berpendapat Rita Rudaini tidak matang.

Sikap dia seperti budak belum matang. Saya sendiri tidak faham apa masalahnya sampaikan tidak mahu saya berada di lokasi penggambaran ketika dia ada.

Saya tiada masalah dengannya dan boleh bekerja dengan sesiapa saja. Lakonan adalah karier saya, jadi apa jua situasi yang berlaku, saya kena menempuhnya.


Bagaimanapun, Fauzi bersikap profesional dan menghormati permintaan Rita. Tambahnya lagi, skrip asal menampilkan mereka bertiga dalam drama itu tetapi ia dipinda atas permintaan Rita.

Fauzi turut berharap tiada kejadian yang tidak diingini yang berlaku antara isterinya dan Rita.

Lisdawati dikatakan tidak mempunyai masalah berlakon bersama Rita dan penggambaran yang membabitkan dirinya dengan Rita turut berjalan lancar.