Written by AbangNara | April 30th, 2011

gambar anak kedua rita rudaini

Pelakon Rita Rudaini Mokhtar,35, mendapat anak kedua selepas dia melahirkan bayi seberat 2.75 kilogram di Pusat Pakar Perubatan Prince Court dekat sini, Jumaat.

Bayi yang diberi nama Airit Rafqa Arjuna itu lahir kira-kira pukul 2.75 petang.Menurut Rita, dia dan bayi itu berada dalam keadaan sihat dan bersyukur kerana semuanya selamat.

Syukurlah… Rita dapat melahirkan anak kedua ini tanpa sebarang masalah. Kami berdua juga sihat

Selain bayi tersebut, Rita yang juga isteri kepada pemain bola sepak Kebangsaan, Aidil Zafuan Abdul Radzak,24, itu turut mempunyai seorang lagi anak lelaki bernama Airit Rayyan Rizqin yang kini berusia dua tahun.

Kata Rita, nama Arjuna untuk anak keduanya itu dipilih kerana menganggap bayi berkenaan sebagai wira yang menjadi kekuatan ketika dia berhadapan dengan konflik rumah tangga sewaktu mengandungkannya.

Kali terakhir orang ramai melihat keadaan Rita yang sarat mengandung ketika dia muncul sebagai penyampai trofi untuk Anugerah Bintang Popular (ABP) pada 3 April lalu di Genting Highlands, Pahang.

Sumber berita Mstar.

Update: Di bawah ialah gambar anak kedua Rita Rudaini. Arjuna.

gambar anak rita rudaini

Written by AbangNara | April 20th, 2011

rita rudaini

Walaupun pelbagai rintangan yang mendatang, nampaknya keluarga Rita Rudaini masih kukuh bersama suami dan anak tercinta. Semoga segalanya dipermudahkan untuk mereka bertiga. Tak lama lagi akan jadi bereempat pulak. Gambar ini katanya diambil sempena sambutan hari jadi yang ke 34 untuk Rita Rudaini.

rita rudaini

Semoga bahtera keluarga Rita Rudaini akan terus mampan walaupun sentiasa dilanda ombak besar. Jangan lupa follow Twitter Rita Rudaini. Update terbaru daripada Twitter katanya tengah bersiap sedia untuk bersalin.

Written by AbangNara | February 14th, 2011

aidil zafuan

Semalam Abang Nara dapat satu email daripada pembaca yang meluahkan isi kekecewaannya terhadap Aidil Zafuan. Harap-harap Aidil baca luahan hati ini dan berubah sikap. Peminat kenalah dilayan. Lagi-lagi selebriti seperti anda. Tak gitu?

[note]Salam abg nara.

Ktorang ni ada nk tgur sket psl sikap public figure yg femes katenye,Aidil Zafuan.Ktorang bru blk dari tgk bola negeri 9 lwn perak kat stadium ipoh td and even ktorang ni stay kat perak,but our hearts go to negeri 9. So, dgn smangat kesukanan,ktorng dtg nk support team nogori ni and of course one of the biggest reason sbab Aidil Zafuan. Even team nogori ni kalah,ktorang stll support smpai la dorang msuk blk persalinan.Dlm stadium perak tu,bley kire je brape rmai yg sokong ngeri 9.

Ktorang ni antara yg tegar jgakla stay until the match end.On the way back home,ktorang ni terserempak ngan beberapa pemain negeri 9,and ngan excitednye ktorang u- turn sbab nmpk diorang ngah jln2 ngan hrapan dpt la ambik gmbr sekeping dua.Ktorang approach dorang ng cara baek mntak nk amek gmbr but then ble kwn die tapped bahu die,trus die lari.MOTIF KEKWAT?Ktorang dtg jauh2 n bli tket bola support dorang xkn nk amek gmbr pon xbley.

Bley plak die nk lari2 dr ktorang.Of course,time tuh kemarahan dan kemeluatan to AIDIL ZAFUAN sgtlah tnggi.dah la maen pon x prform mse match,tp nk kekwat.HELLO,nk ambik gmbr je kot,bknnye kna byr pon.klo xnk,ckplah xnk.ni siap lari2 ag.ktorang ni bknnye terhegeh2 sgt,tp klo da alang2 jumpe,igtkn bley la amek gmbr kenang2an.In my opinion,Aidil shud learn how to treat his fan better since he is public figure.

Kontroversi pnyela byk,ble org nk ambik gmbr kekwat plak.THANX TO AIDIL FOR MAKING US REALIZE U’RE NOT EVEN WORTH TO BE ADMIRED ON.ktorang mmg banned Aidil and of course team negeri 9 pon terkna la tempiasnye.hope sgt2 aidil bley brubah n treat die pnye fan better after diz.But sorry,all of us wont even support your team anymore. [/note]

Korang kalau ada pengalaman baik atau tak baik dengan selebriti Malaysia boleh luahkan juga di ruangan komen.

Written by AbangNara | February 1st, 2011

rita rudaini

Semalam Abang Nara keluarkan cerita yang Rita Rudaini sudah berbaik dengan keluarga mertuanya. Tup tup ada orang bagitau yang cerita Abang Nara tue dah out to date. Dia suruh baca Harian Metro semalam. Lepas baca, Abang Nara dah keliru dan dah tak faham apa sebenarnya yang berlaku.

Rita kata cerita yang dikeluarkan semalam adalah dusta dan tidak tepat langsung.

[note]Mengapa saya memohon maaf sedangkan tiada satu kesalahan pun datang dari pihak saya. Mereka sekali lagi sudah mengubah cerita sebenar agar kesalahan nampak di pihak saya.  Dalam hal ini saya perlu berhati-hati dan perlu membetulkan kembali kenyataan kerana bimbang ia bakal digunakan di mahkamah kelak. Saya ada saksi apa sebenarnya berlaku kerana ketika itu seorang wartawan kebetulan ada bersama dan dia boleh menjadi saksi. [/note]

Rita juga pelik dan hairan sebab Aidil tak menceritakan hal yang sebenarnya berlaku. Paling kejam, rupanya Aidil tidak datang melawat langsung anak mereka, Rayyan yang masuk hospital.

[note]Saya sedih apabila terpaksa berdepan dengan masalah anak seorang diri. Sudahlah saya berbadan dua dan sekarang tidak cukup rehat kerana menjaga Rayyan di hospital. Selama tiga hari di hospital Aidil langsung tidak datang menjengah anak. Apabila dia melawat bersama mentua saya sudah tidak dapat bersabar dan menceritakan apa yang berlaku sebenarnya. Selama ini pun saya banyak bersabar dan telan segala perbuatan mereka terhadap saya. [/note]

Dan nampaknya Rita memang sangat bengang dengan Aidil sebab dia hanya memaafkan apa yang berkaitan dengan mentuanya. Yang lain no forgiveness.

[note]Saya maafkan mereka tetapi ingin saya tegaskan ia membabitkan kedua-dua mentua saja. Ini kerana saya menghormati mereka sebagai orang yang lebih tua tetapi yang lain saya tidak akan maafkan. [/note]

Dan untuk pengetahuan korang, Aidil pernah berkata yang dia dah menarik balik permohonan jaga anak mereka. Tapi rupanya itu pun tak betul jugak. Kesian gila jadi Rita nie.

[note]Sekarang saya tidak mahu fikir panjang mengenai perkara itu kerana perlu beri perhatian kepada kesihatan Rayyan dan kandungan saya. Terpulanglah kepada suami saya apa juga tindakan dilakukan sama ada mahu menarik kembali aduan atau tidak. Tolong jangan kacau dan menambah tekanan kepada saya lagi.  Sebelum ini dia (Aidil) pernah kata mahu menarik kembali aduan tetapi sampai sekarang ia tetap diteruskan. Dengan saya dia kata sudah tarik tetapi mahkamah menghubungi saya dan memaklumkan dia mahu perbicaraan diteruskan. Saya malas mendengar penjelasan bercanggah daripadanya. [/note]

Seriously, kesian sangat dekat Rita nie. Abang Nara doakan dia terus tabah menghadapi dugaan. Kepada Aidil, jalankanlah tanggungjawap seorang suami.

P.S: Abang Nara tengok kat ruangan komen korang kutuk, maki dan sumpah seranah komen-komen dari orang tertentu. Abang Nara mengamalkan sikap terbuka bab-bab komen nie. Tapi kalau boleh, janganlah mencarut. Kalau tak suka komen seseorang, tak payahlah baca. Boleh tak?