Written by AbangNara | March 29th, 2013

Apa khabar anda di hari Jumaat yang indah ini? Izinkan Abang Nara berkongsi sebuah lagi cerita mengenai kemelut rumah tangga Rita Rudaini dan Aidil Zafuan. Menerusi portal Murai, Rita menerangkan yang dia ada alasan tersendiri mengapa tidak lagi mahu mengikut arahan suaminya.

rita rudaini

Walaupun ramai yang berpendapat Rita harus mengikut segala arah suaminya yang selagi mereka berdua masih bergelar suami isteri, Rita menjelaskan apa yang dilakukan adalah demi anak-anaknya. Kata Rita:-

Sekarang ini, Rita ada sebab untuk tidak ikut cakap Aidil. Kalau dia sudah tidak bertanggungjawab lagi, buat apa Rita nak tunduk dengan perintah dia. Dalam undang-undang pun ada menyebut, seorang isteri boleh tidak ikut cakap semua kalau suami itu bermasalah. Orang boleh senang-senang tuduh saya macam-macam. Saya sudah ditinggalkan dia selama setahun. Duit juga bukannya boleh jatuh ke riba dengan mudah. Saya buat sekarang demi anak-anak

rita rudainiMalah Rita juga memberitahu yang dia sangat sedih dan terkilan dengan apa yang terjadi sekarang ini. Kata Rita lagi:-

Sebelum ini, Rita tidak pernah mengeluh selepas Aidil meminta Rita untuk tidak berlakon dengan pelakon tersebut. Rita hanya ikut permintaan dia sebab sebagai isteri Rita perlu turutinya. Pun begitu, sekarang ini Rita rasa sangat terkilan. Pada waktu bersama, Rita telah meletakkan perkara yang paling Rita sayang iaitu berlakon di tangga yang ketiga semata-mata kerana perkahwinan. Bagaimanapun, perkara yang Rita korbankan selama ini telah dipersiakan. Rita rasa sedih sangat dan dissapointed

ritaAbang Nara kasihan juga sebenarnya pada si Rita ini. Mesti penat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu dan ayah. Nak cari duit besarkan anak-anak bukan satu perkara mudah. Semoga Rita tabah dan dimurahkan lagi rezeki demi anak-anak yang tercinta.

P.S: 7 lif yang paling menarik di dunia

Written by AbangNara | March 22nd, 2013

Terkejut Abang Nara membaca Harian Metro hari ini. Tak sangka gaji pemain bola Malaysia sudah pun mencecah angka puluh ribu. Ini satu perkembangan yang baik. Sayangnya menurut Rita Rudaini, walaupun berpendapatan RM50,000 sebulan, Aidil tidak memberikan nafkah mencukupi kepada dirinya dan anak-anak.

aidil

Menerusi keterangan bertulis olehnya, Rita mendakwa sejak meninggalkan rumah kelamin mereka di Kota Damansara Januari tahun lalu, Aidil hanya sekali sekala mengirimkan wang, namun tak menentu dan biasanya menghampiri waktu kes mahkamah. Kata Rita Rudaini lagi:-

Defendan (Aidil) berpendapatan melebihi RM50,000 sebulan berdasarkan kontrak diperolehnya. Dia mempunyai kereta Mercedes CLS dan sebuah superbike dan ini menunjukkan kemewahan hidupnya.

ritaUntuk makluman, Rita menuntut RM5,392 sebulan untuk nafkah dua anak merangkumi perbelanjaan makan minum, pengasuh dan lampai pakai buang. Manakala untuk dirinya sendiri, dia menuntut RM7,400 sebulan termasuk perbelanjaan bil dan rumah. Namun begitu, Aidil yang ditemui di luar mahkamah memberitahu yang dia mempunyai bukti yang dia memberikan nafkah kepada anak-anaknya. Kata Aidil.

Tak apalah saya ada semua bukti. Saya tak pernah tidak bagi nafkah untuk isteri dan anak. Saya hantar SMS bertanya khabar, dia tak balas, kadang-kadang saja dia balas.

Mahkamah telah menetapkan 6 Mei ini untuk sesi soal balas. Semoga kebenaran akan terbukti dan jalan penyelesaian sebaiknya akan dapat dicapai buat pasangan ini. Sama-samalah kita doakan.

P.S: WWE versi terlampau

Written by AbangNara | March 14th, 2013

Ini satu cerita yang amat menarik daripada Rita Rudaini sendiri. Semalam Rita telah mengadakan sesi “chatting” bersama peminat di portal Murai. Di kesempatan itu, Rita mengambil kesempatan untuk bercerita mengenai kemelut rumah tangganya yang masih tidak selesai sehingga hari ini.

aidil rita

Menurut Rita, Aidil sebenarnya dipaksa oleh seseorang di dalam keluarganya untuk menceraikan Rita. Kata Rita:-

Rumahtangga saya telah diatur oleh orang lain dan orang itu datang dari keluarga Aidil sendiri. Aidil pernah membuat pengakuan pada saya. Dia juga pernah menangis kerana dia telah dipaksa oleh orang berkenaan untuk bercerai dengan saya. Oleh kerana itu juga, saya telah ambil masa dua bulan untuk menerimanya semula sebagai suami. Dari situlah, saya berikan kata putus kepada Aidil dengan meletakkan syarat agar rumahtangga saya tidak diatur oleh orang lain.

aidil rita
Tak sangka pula yang ada ahli keluarga mahu melihat kehancuran rumah tangga kaum kerabat mereka. Sepatutnya nasihatkanlah agar dikukuhkan lagi hubungan. Ini disuruhnya pulak bercerai. Macam-macam perangai betul manusia zaman sekarang ini. Dan Rita turut menerangkan sebab dia enggan bercerai dengan Aidil:-

Kisah rumah tangga saya masih belum selesai lagi. Sebelum ianya selesai, saya mahu perkara yang tertunggak darinya diselesaikan terlebih dulu sebelum kami sah bercerai. Saya tidak setuju untuk bercerai dengannya, kerana saya mahu memperjuangkan hak saya sebagai seorang isteri dan hak anak-anak kami. Nak lafaz cerai itu memang senang, tetapi cubalah fikir dulu dan selesaikan tanggungjawab yang masih lagi tertangguh.

rita aidil

Semoga akan ada jalan penyelesaian yang terbaik untuk kemelut mereka ini. Yang penting, kebajikan anak-anak mesti terbela. Abang Nara sokong langkah yang diambil Rita. Pastikan betul-betul yang si Aidil akan melaksanakan tanggungjawabnya sebelum penceraian terjadi. Jangan sekadar pandai buat anak tapi tak pandai jaga. Tak gitu?

P.S: Kucing lawan buaya. Kau berani?

Written by AbangNara | February 25th, 2013

Nampaknya hanya penceraian sahaja yang akan menjadi jalan keluar buat pasangan Aidil Zafuan dan Rita Rudaini. Hari ini di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Negeri Sembilan telah berlangsung prosiding permohonan cerai pasangan ini.

rita dan aidil

Aidil Zafuan dengan tegas menyatakan kesediaannya untuk melafazkan cerai pada hari ini kerana sudah tidak mahu lagi meneruskan proses perbicaraan kerana perbincangan sudah banyak kali dibuat dan dilihat tiada jalan penyelesaian. Apabila ditanya oleh hakim sama ada dia masih menyayangi Rita, Aidil menjawab:-

Saya sudah tidak sayangkan dia. Saya tak ingin lagi hidup begini sebab dah berlarutan dan tiada jalan penyelesaian.

rita dan aidil

Apabila soalan yang sama ditanyakan kepada Rita, dia menjawab:-

Selagi dia masih sah sebagai suami saya, saya sayangkan dia. Saya hanya mahu tahu apa kesalahan saya sehingga dia mahu menceraikan saya

rita dan aidil

Satu jawatankuasa pendamai akan ditubuhkan untuk memberi peluang kedua-dua belah pihak berbincang. Sekiranya tiada jalan penyelesaian, barulah lafaz cerai boleh dilakukan. Tarikh keramat bagi pasangan ini ialah 8 Mac 2013 kelak. Semoga mereka berdua dapat menyelesaikan perkara ini dengan keputusan yang terbaik buat semua pihak. Info asal MD.
dalzbuttonP.S: Anda suka dengan kepelbagaian kombinasi warna yang boleh dibuat oleh anda sendiri? Rekaan segar, sopan, pakaian yang berwarna-warni dan pada masa yang sama up-to-date dengan trend fesyen terkini? Jom cuba koleksi comel dari DalzButtonCraft, LOVE COLLECTIONS! Maklumat lanjut sila ke blog DalzButton atau LIKE Facebook DalzButton sekarang!!!