Written by Bella | September 19th, 2016

Gara-gara menolak ajakan seorang wanita berstatus VIP yang ingin bertemu dengannya sebelum ini, pelakon Remy Ishak terpaksa menanggung pelbagai masalah yang mengancam keselamatan beliau ketika ini.

Selepas menerima ugutan bunuh,  terbaru rumah Remy telah diserbu oleh pihak polis kira-kira jam 1 pagi Jumaat, 16 September selepas menerima aduan bahawa terdapatnya kegiatan dadah yang dijalankan di premis milik aktor tersebut.

Namun, apa yang membuatkan Remy merasa terkilan adalah tindakan pihak berkuasa  yang menyerbu rumahnya secara melulu tanpa memperkenalkan diri.

Setelah apa yang berlaku, Remy mengesyaki aduan palsu itu dibuat oleh individu yang sama membuat ugutan bunuh terhadapnya.

Saya syak aduan ini diterima daripada individu sama yang membuat ugutan bunuh terhadap saya baru-baru ini. Saya tinggal di situ sudah agak lama. Tidak pernah ada masalah pun. Jadi bagaimana tiba-tiba terima aduan kegiatan dadah di situ?

Pihak polis juga sedia maklum, keselamatan saya dan keluarga sekarang berada di dalam keadaan yang cukup membimbangkan. Saya tidak mahu mengulas panjang dan berharap pihak berkuasa menjalankan siasatan segera.

Pada masa yang sama, Remy mengakui beliau dan keluarga kini berada didalam keadaan panik dan trauma apabila keselamatan mereka sekeluarga kini terganggu.

Sebelum ini kereta saya hilang, rumah saya juga pernah dipecah masuk. Malah, saya juga telah menerima ugutan bunuh. Keselamatan saya kini berada di tahap yang membimbangkan.

Agak dasyat juga apa yang dilalui oleh Remy Ishak dan keluarganya sekarang. Sama – sama kita doakan keselamatan Remy sekeluarga. Harapnya pihak polis dapat menjalankan siasatan dengan segera.

Sumber Berita : Utusan Online

Written by AbangNara | September 8th, 2016

Aduh. Pasti ribuan hati para jejaka kecewa mendengar perkhabaran ini. Gadis ayu jelita idaman Malaya, Ummi Nazeera mengakui kini sedang mengenali hati budi seorang lelaki. Sebelum ini Ummi Nazeera pernah digosipkan bercinta dengan Zizan Razak, namun Ummi telah menepis dakwaan tersebut. Menariknya lelaki yang sedang dikenali itu telah diperkenalkan oleh ibunya. Amboi, amboi, amboi. Selalu kalau emak ayah perkenalkan, mesti akan berakhir dengan perkahwinan.

ummi nazeera
Apa yang bagusnya ialah Ummi Nazeera akan memaklumkan kepada para peminatnya apabila tiba hari perkahwinannya kelak. Kata Ummi:-

Apa yang boleh saya katakan saya masih solo selagi belum mempunyai sebarang ikatan perkahwinan. Bagaimanapun saya akui sedang berkenalan dengan seorang lelaki dan kami bertemu melalui keluarga. Kalau saya mahu berkahwin saya akan maklumkan kepada semua tetapi bukan tahun ini

ummi nazeera

Semoga perhubungan Ummi dan jejaka itu akan berakhir di jinjang pelamin. Tertanya-tanya juga siapakah sang pria yang akan berjaya mencuri hati Ummi Nazeera. Sama-sama kita nantikan. Sumber Mstar Online.

Written by Bella | March 16th, 2016

Kesian kepada aktor Remy Ishak, sudah lah penat selepas bekerja beliau pula diduga apabila keretanya pula dicuri.

Berita itu disampaikan oleh Remy sendiri menerusi akaun Instagram miliknya dan memohon pertolongan daripada orang ramai jika terlihat Mitsubishi Triton berwarna hitam dengan no pendaftaran WSB 7332.

Aku penat baru balik kerja, kau curik kereta aku. Jika ADA siapa-siapa ternampak sila call +60136293825. Tolong saya.

Harap Remy dapat bersabar dengan ujian ini, teruskan berdoa agar kereta anda dapat dijumpai dalam keadaan baik.

Mari sama-sama share artikel ini, mana tahu dengan cara ini ada yang ternampak  dengan kereta Remy dan dapat membantu memberkas si pencuri.

Written by Bella | March 2nd, 2016

Remy Ishak, aktor kacak pujaan ramai yang sehingga kini masih lagi solo.Sudah mencapai usia 34 tahun ramai tertanya bila agaknya Remy akan mendirikan rumah tangga.

Bercakap mengenai perkara tersebut, Remy mendedahkan beliau kini sedang mengenali hati budi seorang wanita. Walaubagaimanapun, hubungan mereka belum ke fasa yang lebih serius.

Cukuplah kalau saya katakan saya sedang dalam proses mengenali seseorang dan berkenaan status sekarang rasanya belum masanya saya untuk bercakap lanjut mengenainya.

Bukan apa kami masih dalam proses berkenalan dan kita tidak tahu apa yang bakal berlaku pada masa hadapan. Tiba waktunya nanti saya sendiri akan dedahkan kepada semua.

Remy buat masa ini enggan terlalu memikirkan soal kahwin dan menyerahkan perkara berkenaan kepada ketentuan takdir.

Dahulu saya pernah cakap mahu berkahwin apabila usia mencapai 28 tahun namun sekarang sudah jauh tersasar. Jadi kali ini biarlah waktu dan jodoh sahaja menentukan dan saya tidak lagi berani untuk menetapkan soal itu kerana bimbang ia tidak menjadi.

Harapnya hubungan Remy Ishak dengan wanita yang beliau sedang mengenali hati budinya dapat kekal sehingga ke jinjang pelamin. InshaAllah. Kami tahu ramai peminat Remy mendoakan perkara yang sama juga dan ingin lihat beliau bahagia.

Sumber Berita : mStar Online