Written by Bella | June 19th, 2017

Bulan Mei lepas, berita pertunangan pelakon Remy Ishak dan ahli perniagaan, Ezza Yusof mengejutkan peminatnya. Iyalah, tiada angin tiada ribut tiba-tiba sahaja foto pertunangan mereka tersebar di media sosial. Menurut Remy, beliau mempunyai alasan tesendiri untuk tidak mengumumkan majlis tersebut.

Saya mengakui agak bersikap konservatif dalam hal ini. Lagipun Islam sendiri tifak menggalakkan umatnya untuk menguar-uarkan mengenai pertunangan. Hanya keluarga terdekat yang saya maklumkan ketika itu. Majlis pertunangan juga adalah peringkat seterusnya selepas berkawan.

Kita sendiri tidak tahu ujian yang mungkin melanda sepanjang tempoh pertunangan. Namun sekiranya sudah ada tarikhnya nanti, saya tidak keberatan untuk berkongsi mengenai perkahwinan kami.

Dalam pada itu Remy memberitahu buat masa ini keluarga beliau dan tunangnya masih belum berbincang mengenai tarikh perkahwinan mereka. Remy dan Ezza sudah mengenali hati budi masing-masing selama tiga tahun sebelum membuat keputusan untuk melangkah ke fasa yang lebih serius.

Sumber Berita : BH PLUS