Written by AbangNara | April 6th, 2010

lisa surihani abpbh2009

Korang nie ada ke cakap Abang Nara sengaja taknak letak gambar Lisa Surihani di Red Carpet ABPBH 2009. Bukan sengaja, tapi memang tak mahu pun mula-mulanya. Maklumlah mestilah jeles kalau buah hati kesayangan dilihat oleh orang ramai. Abang Nara kuat jeles orangnya!!!

Tapi disebabkan memahami bahawa Lisa Surihani bukan milik Abang Nara seorang sahaja, maka Abang Nara kongsikan gambar Red Carpet Lisa Surihani di ABPBH 2009 untuk tatapan anda semua. Dress Lisa Surihani pada malam tersebut telah dinobatkan sebagai best dress.

Sebelum korang tengok gambar awek Abang Nara nie, baik korang layan dulu gambar Zizie Ezette dan Bung Mokhtar di ABPBH 2009 dan gambar artis-artis di malam Red Carpet ABPBH2009.

Hidup Lisa Surihani!!! Lagi gambar Lisa Surihani di Red Carpet ABPBH 2009 dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada BUdiey.

 
Written by AbangNara | February 25th, 2010

abpbh 2009

Semua orang pun tahu betapa pentingnya host untuk sesebuah acara. Banyak acara-acara besar dan gilang gemilang hancur lebur sebab host-host yang sampah. Tapi untuk ABPBH2009 kali nie, kami rasa pemilihan Raja Azura @ Kak Engku dan Sharifah Shaheera rasanya betul-betul mantap kot. Kalau nak best lagi kena tambah Abang Jem @ Salley Yaakob. Compem meletup tak hengat punya!!!

Teringat zaman muda remaja dulu layan Anugerah Juara Lagu yang dihostkan oleh Salleh Yaakob. Memang pecah perut gelak. Tengok muka dia pun dah rasa nak terburai usus. Sesungguhnya Salleh Yaakob memang dilahirkan untuk buat lawak kot. Dan dengar ceritanya, Salleh Yaakob pernah pergi menyelamatkan kebosanan penonton siara langsung sebuah acara besar dengan membuat stand up comedy time iklan kat TV. Betapa mantapnya dia kan?

Apo korang tak caya yang Abang Salleh Yaakob nie memang lawak gila? Ha layan video kat bawah nie. Biar terburai pankreas korang:-

Apa-apa pun tahniah kepada Raja Azura dan Sharifah Shaheera yang berjaya dipilih menjadi host ABPH2009. Tolong la buat kami melekat kat depan TV nanti masa live anugerah nie. Kalau boring kami akan terus tukar channel lain.