Written by AbangNara | August 18th, 2012

Sungguh pantas masa berlalu. Esok sudah hari raya rupanya. Di kesempatan ini, Abang Nara dan keluarga ingin mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua pembaca BeautifulNara. Berhati-hati memandu di jalan raya semasa pergi dan pulang dari kampung masing-masing.

hari raya

Kalau makang ketupat, rendang dan lemang itu, jangan makan banyak sangat. Kang sakit perut kang. Kalau ada lebih tue, hulur-hulurlah kat Abang Nara. Paling penting, jangan main mercun. Kang tak pasal-pasal putus pulak jari. Apa pun selamat hari raya Aidilfitri kepada anda semua.

Written by AbangNara | August 16th, 2012

Tahun lepas ialah tahun pertama Abang Nara beraya sebagai seorang suami. Sebagai seorang suami mithali, Abang Nara balik ke kampung isteri di Melaka untuk raya pertama kami. Agak culture shock jugak sebab orang Melaka memang hebat bergaya di hari raya. Baju Melayu mesti siap dengan sampin kalau pergi sembahyang raya.

jm

Raya tahun ini, Abang Nara dan keluarga akan pulang beraya di Kelantan. Orang Kelantan sempoi je. Time bujang-bujang dulu, lepas sembahyang raya, Abang Nara terus tukar seluar jeans dengan t-shirt je. Ingatkan nak buat gitu lagi raya tahun ini, tapi wife Abang Nara dah belikan Abang Nara baju raya daripada John Master.

jm

Wife Abang Nara nie memang particular sikit bab-bab beraya nie. Katanya kalau dah kahwin, kenalah jaga imej. Takkanlah nak pakai t-shirt nie. Kalau pakai baju John Master yang berkualiti tinggi nie, terserlahlah kehenseman Abang Nara. Stylo pun stylo jugak.

jm

Rupa-rupanya wife Abang Nara ketika bershopping baju raya untuk diri sendiri masih sempat menyinggah di AEON Midvalley untuk belikan baju John Master nie. Sayang jugak dia kat Abang Nara rupanya. John Master nie rupanya dah ada kat Malaysia sejak tahun 1981 dan boleh didapati di major department store macam AEON, Parkson, Sogo dan lain-lain.

jm

Perasan tak ada canvas bag kat gambar atas tue? Mula-mula Abang Nara marah jugak wife sebab dia ingatkan dia beli bag tue. Rupa-rupanya canvas bag tue dapat free je kalau buat minimum purchase RM350 baju raya John Master. Bolehlah Abang Nara jadikan beg tue tempat letak laptop. Hehehe ~~

jm

Terima kasih yang tak terhingga kepada wife tercinta kerana memastikan Abang Nara bakal nampak hensem di pagi raya dengan baju daripada John Master ini. Korang pun kalau teringin masih sempat lagi untuk membeli. Serbu je mana-mana department store atau klik Facebook John Master Raya untuk info lanjut.

Written by AbangNara | September 16th, 2009

#Sila baca artikel ini sambil mendengar lagu Satu Hari Di Hari Raya nyanyian M. Nasir

hari raya

Pejam celik pejam celik dah tak sampai seminggu dah kita nak berhari raya. Sungguh pantas masa berlalu. Nasib baik raya kali nie jatuh hari Ahad, dapatlah beraya dengan hati yang gembira. Tapi bila kenang-kenang dan fikir-fikirkan balik, rasanya Hari Raya di Malaysia nie makin lama makin kurang meriahnya. Dah tak happening macam masa kecik-kecik dulu. Tak tau lah sebab apa. Mungkin sebab umur dah makin tua kot, jadi dah makin tak feel dah.

Jadi kami nak mengajak anda mengenang kembali kenangan Hari Raya masa zaman kanak-kanak dulu. Serius masa kecik-kecik dulu raya memang sangat best. Meriah tak terkata. Antara benda-benda best time raya dulu yang kami buat ialah:-

1. Main mercun roket tepi jalan raya. Sepupu sorang pergi tunggu tepi jalan tengok ada kereta datang ke tak. Kalau ada kitorang bajet-bajet dengan sumbu mercun tue then bakar. Berdentum mercun roket tue kat tepi kereta. Siap ada satu kereta tue berhenti terus kat tengah-tengah jalan tue. Maybe ingat tayar kereta dia pecah kot.

2. Pakai baju raya dari pagi raya 1st sampai tengah malam. Memang tak bertukar dah. Tak kira la bau dah hangit ke apa ke. Memang maintain satu hari pakai baju tue jer. Tue yang kekadang bila malam main bunga raya baju raya compem berlubang. Mak ayah marah suruh tukar baju pun wat derk jer.

3. Main karbait. Ala menatang benda yang diorang letak dalam meriam buluh tue. Tapi kami tak letak dalam meriam buluh. Kitorang buat lubang. Letak air sikit dalam tue. Pastue letak karbait. Pastu letak tin atas lubang tue then cucuh ngan lidi. Kadabom ~~~ Makin tinggi tin tue terbang makin syok dibuatnya.

4. Pusing satu kampung carik duit raya. Kumpul jiran jiran satu umur then buat road tour satu kampung. Makcik jiran tengok muka kitorang pun dah tau muka nak duit raya jer. Datang sekadar minum air sirap jer. Pastu wat muka seposen nak duit raya. Dapat duit raya terus chalo mencari mangsa seterusnya.

5. Malam raya kumpul ramai-ramai depan TV tengok sarkis sambil berlari-lari atas rumah nenek. Memang best tue sarkis time tue. Time tue mana ada Astro apa semua nie. Sarkis pun dah kira takjub dah. Lepas tue nenek marah sebab katanya rumah nak runtuh kitorang lari. Hehehe.

Apa pulak kenangan korang? Meh share-share ngan kitorang. Kasik terasa sikit feel raya tahun nie.

P.S: Tak puas hati betul lah dengan stesen radio swasta nie. Dah nak seminggu raya pun lagu Indon banyak tak hengat. Kami nak lagu raya please.