Written by AbangNara | February 25th, 2011

abpbh2010

Confirm meletup! Itu yang Abang Nara mampu katakan apabila pihak ABPBH2010 mengumumkan yang Kak Engku, Zizan dan Shiera bakal menjadi pengacara ABPBH2010. Kalau tahun lepas cuma ada Kak Engku dan Shiera, kali ini ditambah pulak dengan Zizan. Kalau tahun lepas anda dah gelak guling-guling, kali ini anda pasti akan gelak sampai kejang perut dengan kehadiran Zizan.

Nampaknya rezeki Zizan makin lama makin murah. Orang dah mula nampak kehebatannya semenjak dua menjak ini. Harap dikekalkan sikap sempoi dan lawak yang kelas. Dan semoga selepas ABPBH2010 ini, lagi banyak offer yang Zizan akan terima. Buat yang tak tahu, Abang Nara memang bajet Zizan atau Shaheizy Sam akan menggondol Anugerah Bintang Paling Popular ABPBH2010 kali ini.

Lagi gambar sekitar sidang media ABPBH2010 semalam dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 

 
Written by AbangNara | February 10th, 2011

kak engku

Oh my god. Terharu gila Abang Nara mendengar pengakuan Kak Engku. Kata Kak Engku, dia dan suami kini berlakon bahagia di depan anak-anaknya yang masih kecil. Semuanya kerana tidak mahu anak-anak mereka tahu yang dia dan suaminya sudah bercerai. Semua ini kerana memikirkan 3 orang anak mereka yang baru berumur 8, 7 dan 4 tahun. Sedih gila beb!!

[note]Saya tak mahu anak-anak dijadikan mangsa keadaan. Tiada televisyen dan surat khabar di rumah yang dapat mereka mengetahui cerita perpisahan kami. Biarlah kami berlakon selama yang mungkin di hadapan mereka demi kebaikan mereka.[/note]

Sambil air mata jatuh macam air terjun, Kak Engku berkata lagi (pasang lagu My Heart Will Go On untuk efek yang lebih mendalam).

[note]Susah untuk saya tetapkan masa yang sesuai bagi saya dan suami memberitahu mereka cerita sebenar perpisahan kami. Mungkin bila mereka semua sudah besar panjang atau mungkin juga bila kami telah bertemu jodoh lain, barulah kami akan berterus terang. Buat masa sekarang, belum lagi. Kerana mereka masih kecil. Tidak adil untuk mereka menanggung segala kesengsaraan ini dan saya bersyukur kerana dapat berhadapan dengan semua dugaan ini dengan baik. [/note]

Ok serius Abang Nara pun dah bergenang air mata membaca kata-kata Kak Engku. Harap Kak Engku dapat tabah. Pagi-pagi dengar suara Kak Engku kat Sinar FM macam orang tak ada masalah, rupa-rupanya dalam hati berkecamuk. Abang Nara turut bersimpati dan berdoa agar semuanya dipermudahkan.

Dan Kak Engku tak menolak kemungkinan untuk rujuk kembali bersama suaminya. Cuma keputusan itu terletak di tangan si suami.

[note]Saya baru saja habis edah dan terus terang saya katakan yang saya masih sayangkan bekas suami saya, sama seperti kami baru kahwin dulu. Kerana perkahwinan kami atas dasar cinta. Sama ada dia masih sayangkan saya, itu semua terletak di hatinya sendiri. Anak-anak yang lahir adalah daripada zuriat kami sendiri dan saya menyerahkan sepenuhnya kepada Allah. Lagipun pula kami berpisah dengan cara yang baik. Cuma apa yang saya harapkan sekarang agar semuanya kembali dengan lebih baik. [/note]

Oklah Abang Nara tak boleh nak taip dah. Air mata dah keluar dah. Memang ini pengorbanan seorang ibu. Sedih gila. Korang komenlah apa yang patut buat bagi semangat kat Kak Engku. Boleh pergi ke Facebook Kak Engku untuk memberi kata-kata perangsang.

Written by AbangNara | October 15th, 2010

luahan hati kak engku

Mesti korang ingat para peminat-peminat je yang ada luahan hati kan? Terbaru Raja Azura atau lebih dikenali dengan nama Kak Engku telah menghantar satu surat kepada para media untuk meluahkan isi hatinya berkenaan hal penceraiannya. Seperti yang anda semua sedia maklum, Kak Engku telah sah bercerai dengan suaminya, Adzmin Tan Sri Osman baru-baru ini.

Menulis surat adalah satu langkah bijak yang diambil oleh Kak Engku. Tak perlu nak buat press conference dan paling penting, tak ada pihak yang bakal terasa. Semua pun mendapat penerangan yang sama dari Kak Engku dari suratnya ini. Ikuti surat Kak Engku di bawah:-

[note]

Maafkan saya kerana sukar untuk dihubungi beberapa hari kebelakangan ini. Mungkin ini telah menyebabkan ramai menganggap saya sengaja mengelakkan diri, terutama daripada rakan-rakan media, tetapi segala tindakan saya bersebab. Sebagai manusia, saya tentulah ada kelemahan. Saya masih sedih dan belum bersedia untuk berhadapan dengan masyarakat, apatah lagi berbicara mengenai keadaan saya secara terbuka.

Berikanlah saya masa untuk mengumpul kekuatan diri dan meredakan emosi. Masalah yang saya alami adalah sangat peribadi dan saya amat berharap semua pihak dapat hormati ruang peribadi saya. Sebagai anak seni yang telah lama berkecimpung dalam bidang ini, saya maklum akan tuntutan kerja wartawan. Walaupun dihujani dengan panggilan telefon dan pesanan ringkas, bahkan ada yang tekad sehingga menunggu saya di pejabat, saya tidak marah mahupun kecil hati.

Saya ingin mengesahkan bahawa, kes mahkamah saya telah selesai secara damai dengan persetujuan bersama. Perceraian antara saya dan Adzmin Tan Sri Osman adalah jalan terakhir setelah peluang berunding yang diambil saya akui menemui jalan buntu. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna rumah tangga yang kami bina selama sembilan tahun ini tidak boleh diselamatkan lagi, cuma tiada jalan penyelesaian lain yang ditemui buat masa ini. Saya yakin masih ada peluang untuk memulih dan menyelamatkan rumah tangga ini, kerana ini adalah perceraian kali pertama dan berdasar persetujuan kedua-dua pihak. Saya masih dalam tempoh idah dan kami boleh rujuk semula. Perceraian bukanlah penamatnya.

Kami masih tidak putus asa mencari pendamaian walaupun tidak lagi bergelar suami isteri. Saya terima hakikat bahawa perkara yang berlaku ini menjadikan saya semakin dewasa dalam alam rumahtangga. Perpisahan tidak menjadi penghalang bagi kami untuk menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa kepada anak-anak.

Perceraian bukan kesalahan dari segi agama ataupun undang-undang, malah dihalalkan dalam Islam serta dibenarkan undang-undang mengikut prosedur yang betul. Perceraian ini berlaku secara aman dan tidak perlu dibesar-besarkan demi kebaikan bersama antara saya dan Adzmin. Kami memilih keputusan ini atas dasar memulihkan kerukunan rumahtangga setelah kaedah membaiki dari dalam tidak berhasil. Sampai masanya kami mencuba kaedah membaiki dari luar pula. Seperti yang tertulis dalam Al-Quran, ‘Tasrihun bi ihsan’ yang bermaksud bercerai demi kebaikan.

Saya yakin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Ia mendewasakan saya dalam menempuhi perjalanan hidup menempuhi alam rumah tangga. Peluang untuk rujuk dan kembali menjadi suami isteri masih terbuka kerana perceraian bukanlah penamat. Selagi saya masih bernyawa, perjuangan saya belum selesai.

Kami tetap bersahabat baik dari dulu sampai bila-bila, tempoh idah ini memberi peluang kepada kami untuk berfikir secara rasional. Adzmin masih mengambil berat diri saya dan mengambil tahu akan keperluan saya, seperi nafkah dan lain-lain. Kami tahu silap masing-masing, dan kasih sayang kami tidak pernah luntur.

Terima kasih saya ucapkan kepada mereka yang memahami dan banyak bersabar dengan situasi ini. Harapan saya agar semua pihak sama-sama mendoakan kebahagiaan saya dan Adzmin meskipun kami kini berada dalam bahtera yang berbeza. Mungkin satu hari nanti, siapa tahu, kami akan kembali berkongsi satu bahtera yang sama.

Doakanlah kami.

Yang benar,

Raja Azura

[/note]

Kami di BeautifulNara sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Kak Engku. Kalau boleh rujuk kembali lagi bagus. Lagipun anak-anak Kak Engku dan suami semuanya masih kecil-kecil belaka. Mereka masih perlukan kasih sayang dari seorang ayah dan seorang ibu. Buat Kak Engku, semoga tabah menghadapi cabaran dan dugaan dalam hidup. All the best.

P.S: Apo nak jadi penyokong Selangor berbangga dapat belasah penyokong Kelantan hari tue. Manusia oh manusia.

Written by AbangNara | August 6th, 2010

KUALA LUMPUR: Penyampai radio Sinar FM, Raja Azura, 38, menjelaskan kunjungannya ke Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam Selasa lalu adalah untuk mendapatkan khidmat kaunseling dan bukannya mahu bercerai seperti yang dihebohkan.

Raja Azura atau nama sebenarnya Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin berkata, spekulasi mengatakan dia memfailkan penceraian untuk berpisah dengan suaminya Adzmin Tan Sri Osman, 37, adalah berita yang tidak benar sama sekali.

“Saya mengaku pergi ke Mahkamah Syariah tetapi hanya untuk mendapatkan khidmat kaunseling mengenai rumah tangga kami,” katanya kepada pemberita di sini, Jumaat, bagi menjelaskan spekulasi kononnya dia memfailkan penceraian Selasa lalu.

Kata Raja Azura, selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga, dia tidak menafikan ada sedikit salah faham yang berlaku tetapi perkara itu merupakan lumrah kepada sesiapa sahaja yang bergelar suami isteri.

Tambahnya, jalan terbaik untuk menangani masalah rumah tangga adalah dengan menemui mereka yang arif dalam bidang agama bagi mendapatkan nasihat.

“Selepas sesi kaunseling kali pertama itu, kami akan mendapatkan nasihat untuk kali keduanya. Selepas itu kita tengoklah hasil yang akan diperoleh berdasarkan kaunseling tersebut,” katanya yang menjelaskan khidmat kaunseling itu diadakan secara tertutup.

Tambah Raja Azura lagi, sejak beberapa hari lalu dia tidak memberi sebarang ulasan bukan untuk melarikan diri sebaliknya mahu berbincang apakah jawapan terbaik untuk diberikan kepada pihak media supaya kenyataannya nanti tidak melukakan hati mana-mana pihak.

Bagaimanapun katanya, buat masa ini dia masih tinggal sebumbung dengan suaminya dan mereka menjalankan peranan sebagai suami isteri seperti biasa.

“Sebelum saya adakan sidang media ini pun suami baru sahaja hubungi saya. Dia kata “good luck”. Semalam pun (Khamis) saya memasak untuknya macam biasa,” katanya.

Pengacara itu berkahwin dengan Adzmin iaitu anak bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Arof pada bulan Mac 2001.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Megat Muhammad Raziq, 8, Megat Luqman Hakim, 7 dan Puteri Mkia Maizurah, 4.

Artikel cilok tanpa belas kasihan daripada Mstar. Tak sempat nak tulis.