Written by AbangNara | September 11th, 2017

Telah pun mengikat tali pertunangan pada awal bulan Julai lalu, Raf Yaakob dan Mawar Rashid bakal bergelar suami isteri pada hujung tahun ini. Berita gembira ini telah disampaikan oleh Raf Yaakob. Alhamdulillah. Benda baik sebegini memang perlu disegerakan, lebih-lebih lagi jika berkemampuan. Tahniah diucapkan kepada Raf dan juga Mawar.

mawar rashid

Namun begitu, tarikh pernikahan mereka masih lagi dirahsiakan buat setakat ini dah hanya akan diketahui seminggu sebelum majlis berlangsung. Kata Raf Yaakob:-

Ya, kami akan bernikah sebelum penghujung tahun ini. Cuma, kami tidak mahu heboh-heboh dan menghormati keluarga, tambahan pula ini perkahwinan saya yang kedua. Usah khuatir, kami tetap akan berkongsi tarikh itu tidak lama lagi kerana merancang untuk mengadakan sidang akhbar khas selewat-lewatnya seminggu sebelum majlis nanti.

Kami akan bernikah di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur sebelum mengadakan majlis resepsi di Hotel Royale Chulan Damansara sementara busana perkahwinan pula ditaja oleh Cosry. Selain itu, akan ada malam berinai sebelum majlis nikah bertemakan Siam, manakala majlis keesokannya pula bertemakan Jawa sementara majlis resepsi bertemakan moden.

raf yaakob mawar rashid

Sudah pasti ramai yang tidak sabar untuk melihat majlis perkahwinan pasangan sama cantik sama padan ini. Abang Nara pun ternanti-nanti jugak. Confirm meletup-letup punya. Apa pun semoga perancangan Raf Yaakob dan Mawar Rashid berjalan dengan lancar. Sama-sama kita doakan. Tahniah sekali lagi. Sumber Kosmo Online.

Written by Bella | July 17th, 2017

Sudah bertunang pada 7 Julai lalu dalam sebuah majlis tertutup,  pasangan Mawar Rashid dan Raf Yaakob dikatakan sudah menghadiri kursus perkahwinan bersama sebagai salah satu persediaan mereka untuk mendirikan rumah tangga. Berita ini disampaikan menerusi ruangan Diva di akhbar Kosmo.

Minggu ini pula ada yang datang bisik kepada Diva yang pasangan tersebut kini sudah menjalani kursus perkahwinan bersama-sama. Wah, ini baru betul semangat nak berkahwin. Baguslah kalau boleh pergi kursus kahwin cepat-cepat.

Ramai yang tak sabar nak tunggu majlis mereka. Manakan tidak, kalau waktu melamar sahaja pun, Raf sikit punya romantis tabur kelopak Mawar sana sini di rumah yang bakal mereka dudul, ini kalau waktu majlis resepsi silap-silap boleh jadi kebun bunga agaknya.

Untuk anda yang tidak tahu, Raf merupakan seorang duda anak dua. Apa-apa pun, kami berharap segala perancangan pasangan ini untuk mendirikan rumah tangga berjalan lancar. Semoga kekal sehingga ke syurga.

Sumber Berita : Kosmo

Kredit Foto : kakifoto_

Written by Bella | July 10th, 2017

Saat Raf Yakoob mengumumkan Mawar Rashid sudah menerima lamarannya dan memuat naik foto sewaktu beliau melamar Mawar ala-ala filem Hollywood, ramai juga mengkritik dan mempertikaikan cara Raf yang kurang sesuai dengan budaya masyarakat Melayu.

Walaubagaimanapun, Raf menjelaskan ia adalah hasrat beliau untuk melamar Mawar dengan cara sebegitu kerana terbiasa menonton filem romantis.

Memang sudah lama saya ingin melamar seseorang dengan cara sebegitu (kelopak bunga ros merah bersama lilin yang tertulis ayat, Will U Marry Me?). Sejak kecil lagi, saya terbiasa menonton filem-filem yang melamar wanita dengan cara romantis dan ini kali pertama saya melamar seseorang (Mawar) dengan cara tersebut.

Hari Sabtu tanggal 7 Julai lepas, Raf dan Mawar mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis tertutup yang diakan di Roof Garden @ Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara. Pasangan ini merencana untuk bernikah pada penghujung tahun ini.

Sumber Berita : Astro Gempak

Kredit Foto : kakifoto_

Written by Bella | July 8th, 2017

Minggu ini ramai juga artis yang melangkah ke fasa yang lebih serius dalam perhubungan mereka, selain Izara Aishah dan Adib Khalid, pasangan Mawar Rashid dan Raf Yakoob juga sudah  bertunang dalam sebuah majlis tertutup yang diakan di Roof Garden @ Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara semalam.

Difahamkan, majlis pertunangan mereka juga diadakan sebagai memperingati ulang tahun kelahiran arwah bapa Raf, Datuk Yakoob. Majlis tersebut dihadiri sekitar 100 tetamu yang terdiri daripada keluarga terdekat kedua belah pihak.

Majlis pernikahan dan persandingan pasangan ini khabarnya akan diadakan pada peghujung tahun ini. Walaubagaimanapun, Raf memberitahu mereka masih belum menetapkan tarikh sebenar majlis seharinya bersama Mawar.

Selamat bertunang buat Mawar dan Raf. Harapnya segala perancangan serta persiapan untuk majlis perkahwinan mereka nanti dipermudahkan.

Jom lihat beberapa lagi foto sekitar majlis pertunangan Mawar dan Raf dengan membaca entri ini sepenuhnya. Sumber Berita : mStar Online / Kredit Foto : kakifoto_