Blog Hiburan Sensasi Dan Terkini Tentang Artis Malaysia

(PANAS)Gambar Terlampau 7 Malaysia Top Bloggers Di Adidas Action 3 Road Show Midvalley

Wednesday, September 16th, 2009

#Sila skroll ke bawah untuk membaca artikel terbaru

Ish-ish. Apa nak jadi dengan Malaysia sekarang nie? Ingatkan artis-artis dan selebriti-selebriti jer yang ada gambar panas terlampau. Rupa-rupanya blogger-blogger Malaysia pun dah pandai buat aksi jugak. Yang paling tak tahan gambar panas Abang Nara pun turut terselit jugak. Apa kejadahnya nie?

Sabtu, 5 September 2009 bertempat di Midvalley LG bersempena dengan Adidas Action 3 Road Show, 7 blogger terunggul Malaysia yang terlibat dengan Projek Alpha telah dikantoikan membuat aksi terlampau masing-masing. Mereka-mereka ini ialah BeautifulNara, RedMummy, Budiey, Kenny Sia, Nicole Kiss, Sixth Seal dan Audrey. Turut terlibat sama ialah Jojo Struys dan Mr. Sam dari Adidas.

Terlalu banyak gambar-gambar aksi diorang nie sampai kami kena pilih yang terbaik untuk dikongsikan bersama anda. Layan ~~~~

1. Gambar TERLAMPAU ramai orang datang Adidas Action 3 Roadshow

2.Gambar terlampau HENSEM Abang Nara di tepi Adidas Action 3 Billboard

3. Gambar terlampau TAKUT H1N1 RedMummy (anak dia baru sembuh)

4. Gambar terlampau KOOL Mr. Sam selaku orang kuat Adidas Action 3 bagi penerangan pasal deodorant baru

5. Gambar terlampau COMEL Jojo Struys selaku host Projek Alpha

6. Gambar TERLAMPAU MACHO Sixth Seal beraksi memegang bola Adidas

7. Gambar TERLAMPAU TAK PERCAYA Nicole Kiss sebab dapat main Fussball bersama Abang Nara (walaupun kalah)

8. Gambar TERLAMPAU GEMBIRA Audrey (fourfeetnine) sebab 1st time berjaya main Fussball

9. Gambar TERLAMPAU SERIUS Budiey dan RedMummy main fussball. Nak menang sangat la tue (tapi kalah jua akhirnya)

10. Gambar TERLAMPAU naik syeh Kenny Sia dan Jojo Struys sebab menang game Fussball

11. Gambar TERLAMPAU BEST sebab dapat voucher RM100 barangan Adidas Action 3

12. Gambar 7 Top Malaysia Bloggers yang bakal TERLAMPAU POPULAR bersama Mr. Sam dan Jojo Struys

Godek punya godek, rupa-rupanya bukan gambar terlampau jer diorang bertujuh nie ada. Siap ada video terlampau lagi. Ish,ish,ish. Memang gila betul 7 orang Top Bloggers nie. Kalau tak percaya sila tengok betapa terlampaunya diorang dalam video trailer Projek Alpha kat bawah nie.

Oh buat mereka-mereka yang ada blog, Adidas sangat-sangat berbesar hati untuk menaja mereka yang menulis artikel paling kreatif tentang Project Alpha untuk menonton perlawanan bola Chelsea bersama dengan Jojo Struys. Apa yang anda perlu lakukan cuma blog tentang Project Alpha nie. Tak kira la anda nak kutuk lakonan Abang Nara ke, nak cakap RedMummy obsess dengan warna merah ke. Apa-apa sahaja asalkan ianya kreatif. Pastue pastikan anda mendaftar dengan Nuffnang dan submit permalink blog anda itu kepada Nuffnang.

Jangan lupa kemunculan saksikan episod lakonan BeautifulNara dalam Projek Alpha yang akan bermula 18 September 2009 ini dibawakan khas kepada anda oleh Adidas Action 3. Teruskan menyokong kami untuk menjadi blog hiburan nombor 1 Malaysia.

(VIDEO)Trailer Project Alpha Sudah Keluar!!!

Monday, September 14th, 2009

#Sila tengok video di bawah dulu sambil baca apa yang kami tulis ye

Adoi. Malu sungguh Abang Nara bila tengok trailer Project Alpha – Uncovering Top Malaysia Bloggers yang ditaja oleh Adidas Action 3 dan Sunway Group selaku location sponsor. Malu bukan sebab apa, nampak macam banyak sangat interframe dalam trailer nie. Siap Kak Nara pun ada join ajar pakai tudung kat Jojo Struys. Yang best trailer nie bukan jer ada kat Youtube tapi ada kat Nuffnang ngan Hitz.FM tue. Memang makin femes la BeautifulNara lepas nie.

Sesungguhnya kami dah tak sabar nak tunggu bila full episode BeautifulNara nak keluar. Tapi Jojo bagitau kat kami compem lepas raya nanti baru keluar. Kang buat time orang sibuk beraya takder orang pulak nak tengok kan? Ntah-ntah nanti kami sendiri tak tertengok sebab tengah sibuk makan ketupat ngan lemang. Yang penting kita raya puas-puas dulu baru kita layan Project Alpha nie.

Tapi jangan lupa saksikan episod pertama Project Alpha yang akan bermula 18hb September nie. Kenapa anda kena tengok? Sebab ada contest yang membolehkan korang semua menang barangan Adidas Action 3 dan Sunway Group bernilai RM1760 setiap minggu. Kitorang sendiri pun rasa nak masuk sebab stok deodorant dah nak habis nie. Yang lagi best leh dapat tiket free masuk Sunway Theme Park. Masyuknye ~~~

Dan yang paling mantap sudah tentu hadiah utama dia ialah peluang pergi tengok Chelsea punya game kat Stamford Bridge, UK bersama dengan Jojo Struys. Semua perbelanjaan ditanggung. Tiket kapal terbang dia bayar, duit hotel dia bayar. Korang bawak badan jer. Nak tau lebih lanjut tentang contest nie, sila tekan sini ye. Selain tue buat yang ada blog, boleh try apply untuk Project Alpha Season 2.

Kalau nak kutuk mutu lakonan Abang Nara dalam trailer kat atas dipersilakan. Jangan segan-segan. Hentam jer. Kami takkan saman anda. Tapi kalau nak puji lagilah kami terima. Jangan lupa tau komen. Nak gak tau apa pendapat korang. Mana tau kalau ramai yang suka leh try apply kat agensi lakonan. Hehehe.

Keputusan Pemenang Hadiah Adidas & Rimmel

Tuesday, September 1st, 2009

Selamat kembali dari cuti 3 hari yang panjang, korang balik kampung ke? Seronok ye berbuka puasa dan sahur ngan keluarga, kami kat sini memang suka makan beramai-ramai seisi rumah. Boleh mengeratkan persaudaraan yang jauh dan dekat.

Oklah, kami tau anda dah tak sabar nak chatting pasal sapa yang menang untuk hadiah penyembur ketiak hilangkan tengik Adidas Action 3 dan Lip Gloss memuncungkan bibir ala Angelina Jolie tajaan Rimmel. Semua ini adalah penaja-penaja untuk Project Alpha, 7 Malaysia Top Bloggers.

Pemenang-pemenangnya ialah…jeng jeng jeng

Jadi kepada Tomei, Violet, Eclipse, Jom Buat Duit Rayer dan AnneDeSilva silalah email kan butir-butir diri anda kepada borakartis [at] gmail.com. Bagi alamat rumah, no telefon dan apa-apa sahaja yang anda rasa berkaitan. Yang penting nama penuh dan alamat. Pastikan anda guna email yang sama dengan email di atas tau. Kepada gossipgurlfea kami akan hantarkan hadiah anda sekali dengan diorang nie. Tunggu ~~~

(GAMBAR)Sekitar Press Conference Projek Alpha

Wednesday, August 26th, 2009

press conference projek alpha

Sungguh terserlah kehenseman dan kekacakan Abang Nara semalam semasa Press Conference Projek Alpha – Uncovering Top Malaysia Bloggers. Banyak jugak media-media bercetak yang datang untuk cover event nie. Lepas nie kalau tak ada aral melintang memang makin femeslah BeautifulNara nie.

Sedikit teka-teki untuk anda semua. Cubalah teka berapakah umur Abang Nara sebenarnya. Ramai yang cakap Abang Nara awet muda. Tapi betul ke umur dia muda lagi? Hehehe.

Lagi gambar sekitar press conference Projek Alpha dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Kak Nara pun sempat nak interframe lagi kat press conference nie.

(more…)

Sidang Akhbar Projek Alpha Untuk 7 Malaysia Top Bloggers Sekarang

Tuesday, August 25th, 2009

projek alpha

Di saat anda sedang membaca artikel ini, ketahuilah bahawa sesungguhnya pemilik BeautifulNara – Blog Hiburan Paling Sensasi sedang berada di Sunway Pyramid untuk menghadiri satu sesi sidang akhbar bersempena dengan Projek Alpha.

7 Malaysia Top Bloggers iaitu Kenny Sia, Budiey, RedMummy, Nicole Kiss, FourFeetNine, SixthSeal dan BeautifulNara berkemungkinan besar sedang berjalan di atas pentas untuk memperkenalkan diri masing-masing. Berkemungkinan besar host Projek Alpha, Jojo Struys akan turut bertanyakan satu dua soalan kepada 7 bloggers ini.

Persoalannya ialah, siapakah yang akan naik ke atas pentas untuk mewakili BeautifulNara? Adakah Abang Nara yang akan berjalan dengan kacaknya di atas pentas? Atau akhirnya Kak Nara akan memunculkan dirinya? Silalah spekulasi.

Projek Alpha dibawakan khas untuk anda oleh:-

  1. Hitz. FM
  2. Adidas Action 3
  3. Sunway Pyramid and Sunway Lagoon Park
  4. Nuffnang
  5. Rimmel London Make Up