Written by Bella | March 14th, 2017

Bakal bernikah pada 31 Mac ini, pasangan Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila nampaknya sedang rancak membuat persiapan terakhir menjelang hari bahagia mereka.

Menerusi akaun Instagram Nabila, beliau menarik perhatian ramai apabila memuat naik video kad jemputan perkahwinannya yang tampak eksklusif serta mewah dengan bertatahkan batu Swarovski. Rata-rata peminat memuji betapa cantiknya kad jemputan perkahwinan mereka dan ada yang memberikan komen agar segala persiapan pasangan ini untuk berkahwin berjalan dengan lancar.

Sharnaaz dan Nabila sudah bercinta hampir dua tahun lamanya. Mereka mula berkenalan sekitar tahun 2015. Kemudian Sharnaaz telah menghantar rombongan merisik pada 18 Disember tahun lalu.

Amboi, boleh tahan mewah kad jemputan Sharnaaz dan Nabila. Kalau kad jemputan sahaja dan eksklusif, pasti majlis perkahwinan mereka juga lebih gah. Apa-apa pun, semoga majlis raja sehari mereka berjalan dengan lancar dan kami mendoakan perkahwinan mereka kekal sehingga ke akhir hayat.

Written by Bella | January 11th, 2017

Percintaan mana yang tidak akan dilanda ujian, semakin kuat perasaan cinta didalam hati semakin kuat juga dugaan yang mendatang.

Sepanjang bercinta, Sharnaaz Ahmad akui beberapa kali bergaduh dengan kekasihnya Noor Nabila. Namun, setiap pergaduhan sebenarnya membuatkan hubungan mereka lebih erat.

Apabila kami bergaduh, tak bermaksud perhubungan kami tamat atau menghampiri jalan buntu. Selepas selesai bergaduh, hubungan kami naik ke satu tahap yang lain.

Perhubungan kami menjadi bertambah erat selepas kami selesaikan masalah yang terjadi. Bak kata orang, gaduh-gaduh manja. Makin gaduh, makin sayang.

Noor Nabila juga turut memberitahu perkara yang sama, mereka selalu bergaduh tetapi sikap Sharnaaz yang bertanggungjawab dan baik membuatkan beliau yakin untuk menerima Sharnaaz sebagai suaminya.

Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila bakal bernikah pada 31 Mac ini di kediaman pihak perempuan secara tertutup. Majlis resepsi sebelah pengantin perempuan akan berlangsung di sebuah hotel di ibu kota pada 2 April dan majlis di sebelah pengantin lelaki pula akan diadakan di sebuah hotel di Pulau Pinang pada 16 April.

Sumber Berita : Astro Gempak

Kredit Foto : bcreative_productions