Written by AbangNara | April 5th, 2010

#Sila skroll ke bawah untuk membaca gosip terbaru. Tapi pastikan anda baca yang nie dulu ek

Hai apa khabar semua ? Lama betul Kak Nara tak interframe kat sini. Tiba-tiba terasa nak bercerita tentang kecantikan muka pulak hari ini. Semua orang terutamanya wanita tentunya mahukan wajah yang berseri-seri, tak berjerawat, licin dan paling penting putih. Contohnya macam kulit muka Dato’ Siti kita nie. Cun kan kulit dia?

body shop tm
Macam-macam cara Kak Nara dah buat untuk mendapatkan kulit muka yang sempurna. Antaranya:-
body shop tm
Habis satu muka Kak Nara sental ngan berus cuci tandas nie. Bukannya apa ada terbaca petua yang cara nie boleh hilangkan sel-sel kulit mati kat muka. Sampai lenguh tangan Kak Nara menyental.

Tapi penyentalan nie gagal jugak. Terus Kak Nara cuba cara seterusnya:-
body shop tm

Memang kerja gila untuk cuci muka dengan Clorox. Tapi kalau baju boleh jadi putih berseri bila dicuci dengan Clorox, kenapa bukan muka Kak Nara? Sayangnya Kak Nara baru letak sikit Clorox kat muka terus terasa pedih. Cancel terus niat di hati nak menggunakan menatang alah nie sebagai pencuci muka.

Tiba-tiba di suatu petang suami tersayang membawa pulang sesuatu yang sangat menarik untuk Kak Nara gunakan. Mungkin si suami kesian tengok tiap-tiap pagi Kak Nara menyental muka dengan berus.

body shop tm

Inilah dia jawapan bagi segala permasalahan Kak Nara untuk mendapatkan kulit muka yang putih, licin dan berseri-seri.  The Body Shop Moisture White ™  Shisho Collection dirumus khas untuk mendapatkan kulit yang sempurna. Meh Kak Nara tunjukkan cara penggunaanya yang betul:-

body shop tm

First-first Kak Nara guna produk The Body Shop Moisture White ™  Shiso Cleasing Powder yang ada tulis nombor 1 tue. Best pakai sebab banyak buih. Tujuan dia tak lain tak bukan untuk membuang sel-sel kulit mati kat muka. Siap ada aloe vera untuk menimbulkan seri kat muka Kak Nara. Secara mudahnya, produk nie macam pencuci muka tapi dalam bentuk serbuk (tengok gambar kat bawah). Memang menarik!!!

body shop tm

Lepas dah cuci muka dengan Cleansing Powder tue, Kak Nara terus applykan The Body Shop Moisture White ™  Shiso Moisturing Essence II. Panjang betul nama dia. Yang nie Kak Nara gunakan untuk mendapatkan kulit muka yang lembut, licin dan bagi tona warna kulit tue sekata. Memang banyak kelebihan dia sesuai dengan namanya yang panjang gitu.

body shop tm

Kak Nara paling suka produk nombor 3 tue yang diberi nama The Body Shop Moisture White ™  Shiso Whitening Serum. Inilah yang bakal memputihkan lagi kulit Kak Nara. Tapi korang kena guna yang nombor 1 dengan nombor 2 sebelum boleh applykan benda nie kat muka korang. Serum-serum dalam produk nie akan meresap ke dalam kulit Kak Nara dan membuatkan warna kulit muka Kak Nara putih dan berseri dari dalam. Mantap kan?

body shop tm

Dan produk yang terakhir sekali adalah The Body Shop Moisture White ™  Shiso Whitening Moisture Milk. Fungsi dia adalah untuk melembapkan kulit muka. So nanti bila Kak Nara jumpa client-client insurans tak adalah muka Kak Nara kering semacam jer. Nampak segar dan ceria gitu!!!

body shop tm

Sebenarnya banyak lagi produk-produk lain untuk set  The Body Shop Moisture White Shiso nie macam gambar kat atas tue. Tapi buat masa nie Kak Nara gunakan 4 jer dulu untuk tengok keberkesanan dia. Dah dekat seminggu Kak Nara pakai dan memang boleh rasa perbezaannya. Kulit muka Kak Nara memang terasa lebih lembut dan bintik-bintik hitam pun dah kurang. Yang penting suami Kak Nara suka dengan kecunnan muka Kak Nara yang makin bertambah-tambah dari hari ke hari.

body shop tm

Ada berita baik untuk anda yang terasa berminat untuk mencuba produk terbaru dari The Body Shop nie. Anda semua boleh dapatkan diskaun RM10 untuk produk yang Kak Nara baru ceritakan nie di mana-mana kedai The Body Shop. Caranya senang ajer. Korang cuma perlu screen shot banner iklan The Body Shop di BeautifulNara ataupun kat blog-blog lain dengan banner The Body Shop nie. Nanti time nak beli tunjukkan kat cashier. Contoh banner iklan macam kat bawah nie.

body shop tm

Sekarang Kak Nara tak perlu lagi Adobe Photoshop untuk putihkan lagi warna kulit muka Kak Nara. Kak Nara Cuma perlukan  The Body Shop Moisture White ™ Shiso.

body shop tm

Anda pulak bagaimana?