Written by AbangNara | September 5th, 2012

Seminggu dua ini topik perbualan hangat antara Abang Nara dan rakan-rakan ialah mengenai kontroversi yang melanda Abby Abadi dan bekas mufti Perlis, Dr. Asri. Ada macam-macam pendapat yang diberikan oleh kawan-kawan Abang Nara. Memang hot dan menarik juga perbincangan yang terjadi antara kami.

abby abadi

Dan semalam Abang Nara menerima sepucuk email daripada pembaca BeautifulNara yang berkongsi pendapatnya mengenai pendapat Abby Abadi. Pendapat yang diberikan memang menarik sehingga membuatkan Abang Nara terasa ingin berkongsi dengan anda semua. Berikut ialah email yang dikirim:-

Assalamualaikum…

Beberapa isu melibatkan kak Abby Abadi akhir2 ini buat saya terpanggil utk menyampaikan pandangan ini. Apa2 pun, saya sbg pemerhati tetap bersyukur atas perubahan kak Abby dari segi imejnya dan semoga dpt mengekalkan perubahan itu, insyaAllah.

Saya hanya ingin menyentuh ttg insiden di Twitter di mana kak Abby telah mencelah tweet yg ditulis oleh Dr Asri.

Dr Asri sebagaimana juga mufti dan ustaz2 lain di Msia, adalah org2 yg “ahli” dlm bidang agama. Dlm Islam, kita dituntut untuk bersikap malu & hormat kepada golongan alim ulama’ seperti mereka kerana Nabi menggelarkan mereka sebagai pewaris baginda –.> pewaris ilmu-ilmu kenabian.

Pesanan saya utk kak Abby, apabila seseorg berilmu seperti Dr Asri mahupun mana2 alim ulama lain mengeluarkan sesuatu pendapat dan kita sbg org biasa merasa tidak jelas dgn pendapat itu, janganlah kita terlalu lekas ‘menjawab’ apatah lagi terus mengatakan ustaz itu sedang mempersoalkan hukum hakam Allah. Utk pengetahuan kak Abby, sedangkan sesama alim ulama pun mereka sentiasa mengelak utk menegur pendapat masing2 secara terbuka, sikap berhati-hati ini diambil supaya tidak menimbulkan aib atau rasa malu kpd rakan seperjuangan dlm urusan dakwah. Jika perlu pun menegur atau berbahas, mereka melakukan nya secara tersembunyi sehingga org ramai pun tidak tahu bhw mereka berselisih dlm sesuatu perkara. Maniskan adab2 dlm Islam?

Jika kak Abby merasa kabur dgn kenyataan Dr Asri itu, adalah lebih manis utk kak Abby berdiam diri dahulu dan bertanya kepada mana2 alim ulama’ lain jika mereka lebih faham dgn apa yg cuba disampaikan Dr Asri. Jika tidak dpt ditunggu-tunggu lg, bolehlah brtanya direct kpd Dr sendiri tetapi dgn ayat yg sgt berhikmah dan ringkas sahaja seperti “Saya kurang faham dgn persoalan Dr…sudi kah diperjelaskan lagi…”, fullstop. Tidak perlu kita menambah-nambah dgn andaian spt ustaz itu mempersoal hukum Allah, menolak Al Quran dan sunnah etc…After all, alim ulama lah yg siang malam berdoa dan bersolat malam meminta spy KITA semua semakin dekat dgn agama…

Akhir kata, biarlah kita berbicara dgn mereka dgn penuh adab…bayangkanlah jika sesama ulama pun mereka tidak bertikam lidah atau menyindir pendapat masing2 di hadapan khalayak ramai, maka apatah lg kita yg ilmunya masih jauh sgt lg utk mencelah tanpa muqaddimah yg baik…

Fyi kak Abby, saya sendiri sering mengikuti tulisan Dr Zaharuddin & Ustaz Azhar Idrus, dan saya ada perasan yg adakalanya sesetengah pendapat mereka sedikit berbeza dgn ustaz A atau ustaz B tetapi apabila menghuraikannya, mereka tidak akan merendahkan pendapat ustaz lain. Sbg contoh, Dr Zaharuddin gemar menulis “saya bersangka baik terhadap pendapat ustaz xxx, mungkin saya yg tidak jelas dgn maksud beliau dan bukannya kesilapan di pihak beliau”). Ini lah manisnya hubungan sesama alim ulama dlm Islam

Sampai di sini dulu surat saya, semoga kita semua dpt ambil iktibar drpd insiden ini. Apabila kita baru ‘berhijrah’, mmg semangat kita cukup tinggi (saya sndiri prnah melaluinya) sehingga kita lupa bhw suatu ketika dulu kita pun pernah ambil separuh2 saja dari Al Quran dan Sunnah…maka……………..eloklah jika kita lebih byk mendiamkan diri dahulu dan cuba belajar lg ilmu-ilmu fiqah, akidah sirah dll kerana keutamaan mempelajari hal2 itu adalah lebih besar di sisi Allah (utk yg baru berubah spt kita) berbanding berbahas dlm keadaan kita sendiri masih kabur2 dgn byk perkara…

Ada betulnya pendapat si pembaca yang tidak mahu dikenali ini. Apa pula kata anda?

Written by AbangNara | March 28th, 2011

jantung

Assalamualaikum

Saya Zawiyah binti Hatip, pada mulanya agak susah juga nak publishkan kesusahan yang di hadapi..tapi bila memang takder cara lain..saya teruskan..lebih2 lagi ade yang sudi untuk bantu, knapa tak teruskan saje kan..pertama sekali terima kasih abg nara dan kawan2 yang selalu memahami..mereka semua saya kenal pun melalu BN juga..tengok sape kata bergosip langsung takder faedah kan..

Ok, pape pun saya nak bagitau..adik saya, mohd abdul rahim (IM) di kesan mengalami jantung berlubang sejak umo 3 bulan, patut la masa mak lahirkan dia, dia kecik sangat..lepas tu nangis pun tak mcm baby lain…suara dia slow jer, lepas ulang alik ke hospital machang, Im di rujuk ker HUSM (Hospital Universiti SainsMalaysia atau pun lebih di kenali sebagai hospital Kubang Kerian)bila umo dia dah 3 bulan, doktor sahkan dia menghadapi masalah jantung berlubang dan saluran ke paru-paru amat sempit. Sejak umo 3 bulan sampai la tahun 2004, ms ni umo dia kalu tak silap 11 tahun, kami ulang alik ke HUSM, doktor bagi ubat dan vitamin mcm tu jer..memang la ade usul suruh datang ker IJN tp atas tanggungan sendiri, mana la kami mampu.

jantung

Dengan kerja ayah sebagai buruh, mak surirumah..semuanya di luar kemampuan kami sekeluarga..tapi kami jaga dia dengan baik..jaga pergerakan, jangan terlalu lasak..berjalan jauh pun tak bagi sebab apa, sebab amat kesian tengok dia bila dia dah penat..muka yang biru, kuku tangan dan kaki hampir warna purple..tahun 2004 HUSM masuk kan tiub ke dalam jantung..untuk lihat sama saiz lubang tu dan saluran ke paru-paru..bila selesai semua tu..adik sy melalui proses yang sama..setiap bulan ulang alik ker HUSM tanpa tujuan yang pasti..cuma periksa tekanan darah, bagi vitamin..itu jer.

jantung

Tapi kami tak merungut, siapa kami untuk bercakap lebih2 kan..cuma turuti apa yang doktor arahkan…tahun 2008 seorang doktor cina ade buat surat untuk rujuk kan adik sy kat IJN..dia pesan kat mak..balik tunggu surat dari pihak HUSM untuk datang ker IJN..tapi segalanya berlalu macam tu jer sehinggalah bulan lepas bila doktor yang sama datang, dia terkejut bila mendapati adik Im masih tak jalani pembedahan..Rupanya kes adik sy terlepas pandang lagi atas kelalaian staf HUSM alasan yang diberi surat tu belom siap..

Dari tahun 2008 sehingga 2011 buat satu surat pun tak siap…dalam hari yang sama doktor tu bagi surat dan adik sy patut datang jumpa pakar pada 8 march 2011..tapi kami kena tunggu salinan CD masa masuk kan tiub tahun 2004 tu..tunggu sampai petang tak siap juga…nak burn CD pun berjam-jam..maka mak ngan adik di suruh balik dan hari tu sudah 6 march 2011, esoknya selepas subuh salah seorang adik sy pergi HUSM dan menunggu CD yang tak siap2, sedangkan ayah, mak dan IM sedang tunggu bus untuk bertolak ke KL…tp alhamdulillah, pemandu bus memahami dan tunggu sampai pukul 11 baru bertolak dari machang.

jantung

8 march 2011 kami sekeluarga pergi ker IJN, bila nak daftar kena bayar dalam rm 140.00 sedangkan semua surat dah bagi ms daftar..termasuk surat dari jabatan kebajikan masyarkat, tapi tetap kena bayar dan ketika ini baru sy tahu JKM cuma bagi rm 18k..bila dah jumpa pakar, doktor pakar kata adik sy kena masuk tiub seklai lagi sebab dia dah besar, lagi pun dah lama sangt rekod masuk kan tiub dulu, takut lubang tu dah berubah, tak tahu sama ade dah makin besar atau kecil.

Jadi doktor bagi surat untuk daftar masuk wad pada 20 marc 2011 dan nak masuk kan tiub pada 21, sebelom tu kena pergi bayar deposit dalam rm 5K untuk booking wad….ketika inilah sy ulang alik sehingga sy pun lupa berapa kali sy masuk pejabat taksiran untuk bincangkan kos…akhirnya..dapat keputusan..tolak dulu dari kos JKM bagi, walau macam mana pun kena booking tu, kena bg juga dalam rm 100.00..ok la aku ikut jer..bila selesai hal tu..ingat dah boleh balik mcm tu jer..tapi kena selesaikan bil hari tu…keseluruhn bil pada hari tu adalah rm 340.00, dah bayar rm 140.00 tinggal dalam rm 200.00.

jantung

Di sebabkan cash pun takder..dah petang dan sy seteguk air pun belom minum..sy ulang alik dr pejabat taksiran dan tolak dari kos JKM bagi tu…21 haribulan adik sy selamat masuk kan tiub, sepatutnya kena tunggu berbulan2 baru boleh cari tarikh untuk buat pembedahan tapi doktor kata adik sy dah tahap kecemasan,

Agak mengejutkan sebab selama ni kami tengok takder perubahan pun..tapi kami gembira juga sebab tak perlu tunggu lagi, bab duit takper, akan usahakan macam mana pun, so doktor kata tak payah balik..stay kat wad dan tunggu minggu depan..mak ngan ayah buat keputusan nak balik kelate dulu..kot2 sempat kerja 4-5 hari, boleh la duit sikit, bila ayah bertolak balik,,, adik sya telefon kena keluar wad nanti ahad ni masuk balik..so 2 hari lepas adik sy keluar wad, ms ni kena bayar rm 3870.00.

Sekali lagi masuk akaun dan akan bincang kemudian..kemarin adik sy kena pergi bersihkan GG sebab nanti kuman dari GG akan masuk jantung. tapi doktor GG kata nak ambik masa satu minggu, bila hantar surat doktor GG ker IJN, doktor pakar kata macam mana pun kena buat cepat..

Dan kos untuk operation tu adalah dalam rm 30k dan itu tak termasuk kos stay kat wad…jadi sekarang sy pun tak pasti brapa kos keseluruhan memang la IJN akan bagi diskaun tapi mereka telah ingatkan macam mana pun kena standby duit juga, nanti Isnin sy dan ayah akan berjumpa setiausaha badan kebajikan masyarakat, ms ni kami di suruh bawa buku kwsp, buku bank , bil elektrik, ic dan bebarapa perkara lagi…

Sy amat berharap adik sy boleh sihat macam orang lain..yer..dia amat suka bola sepak, tiap2 petang akan pergi sekolah tengok kawan2 dia bermain, suatu ketika pernah bola yang di tendang terkena dada, terus pengsan dan stay dalam kecemasan 3 hari.di sekolah dia seorang pengawas, keputusan spm dah tahu..guru besar dah telefon bagitau keputusan dia alhamdulillah..tp takder plok dia bgtau brapa A..apa pun terima kasih semua…doakan adik Im sama yer…

Ikhlas,
Zawiyah Hatip

P.S: Untuk sebarang derma, boleh bank in kepada akaun Maybank Zawiyah binti Hatip di 114589142438. Kalau ingin email saudari Zawiyah, boleh berbuat demikian di zawiyahhatip@yahoo.com. Terima kasih.

Update: Sori Abang Nara terlupa nak bagitau yang Abang Nara dah jumpa Zawiyah dan si adiknya ini. Cerita di atas adalah benar dan bukan rekaan ye. Sori terlupa nak tulis part nie. Thanks for the concern. Korang memang best.

Update lagi: Dah letak bukti-bukti yang korang semua nak. So jangan segan-segan untuk membantu ye. Thanks.

Written by AbangNara | October 23rd, 2009

beautifulnara project alpha

Selamat pagi dan apa khabar anda semua?

Di pagi hari Jumaat yang indah ini, saya(Abang Nara) ingin memgambil kesempatan untuk membuat sedikit artikel yang lain daripada yang lain. Saya ingin mengucapkan jutaan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada anda semua, pembaca BeautifulNara.com. Sesungguhnya ucapan ini lahir tulus dari hati saya yang hina ini kerana tanpa ada semua sememangnya BeautifulNara ini tak akan sepopular sekarang.

Saya tahu ramai yang semenjak dua ini agak kurang selesa dengan artikel-artikel yang kami paparkan tentang Project Alpha. Maaf saya pinta kepada mereka-mereka yang terasa begitu. Saya faham yang saya sepatutnya memperbanyakkan gosip-gosip untuk bacaan anda semua tetapi saya juga harap anda dapat memahami keadaan saya. Sebenarnya saya telah pun bersetuju untuk terlibat serta dengan Project Alpha dan sudah semestinya adalah tanggungjawab saya untuk mempromosi sebanyak boleh tentang video-video Project Alpha ini.

Di dalam Project Alpha ini, apa yang saya mahu kongsikan ialah bukan kehidupan saya yang tidak seberapa. Sekurang-kurangnya dengan menonton video-video BeautifulNara Project Alpha, dapatlah kalau tak banyak pun sedikit tips-tips blogging dari saya diapplykan dalam blog anda. Saya tahu saya memang nampak janggal dan kaku dalam lakonan, tetapi itulah yang terbaik dapat saya berikan. Jadi kalau rasa tak suka tengok Project Alpha pun tak apa sebab saya faham yang ianya tak sehebat mana.

Tapi tahukah anda bahawa sesungguhnya saya telah terpilih untuk membintangi Project Alpha dan juga tercalon untuk 2 anugerah Blog Awards Nuffnang(Best Entertainment Blog dan Most Influential Blog) adalah kerana anda semua? Sebab itulah saya menulis artikel ini untuk memberi penghargaan kepada anda. Walaupun umur BeautifulNara belum pun mencecah setahun tetapi pencapaian-pencapaian ini semuanya possible kerana anda semua yang terus menyokong BeautifulNara. Dari tidak dikenali langsung sehinggalah terpampang di suratkhabar Kosmo, sesungguhnya jasa baik anda menghebahkan tentang kewujudan BeautifulNara tidak dapat saya balas.

Dan untuk makluman anda, ketika anda sedang membaca artikel ini, saya sebenarnya berada di dalam bas ke Singapura untuk malam gala Blog Awards Nuffnang. Menang atau kalah itu belakang cerita. Kalau menang sesungguhnya kemenangan ini adalah milik pembaca-pembaca BeautifulNara yang tak putus-putus mengundi. Kalau kalah pun tetap kami hargai segala usaha-usaha dan undian-undian anda.

Buat semua, sekali lagi saya memohon maaf sekiranya anda merasakan BeautifulNara kurang memberikan gosip-gosip terbaru dan sensasi seperti yang anda harapkan. Kepada pembaca-pembaca dan pengkomen-pengkomen setia BeautifulNara (anda tahu siapa diri anda), terima kasih kerana sudi memeriahkan BeautifulNara. Teruskan menyokong BeautifulNara dan jangan lupa menjadi fan BeautifulNara di Facebook. Kalau cukup 1,000 fan kami akan usahakan untuk membuat sedikit small gathering jika ada permintaan.

Sekali lagi terima kasih dan jutaan penghargaan kepada anda semua.