Written by AbangNara | January 8th, 2013

Fuh ~~~ Salah satu detik yang menjadi perbualan hangat ialah kemunculan Aaron Aziz ketika Hafiz dan Adira menyanyikan lagu Ombak Rindu. Jeritan yang mulanya tidaklah kuat sangat bertukar kebisingan tahap maksimum apabila Aaron Aziz mendukung Adira sebagai penamat persembahan.

aaron aziz

Namun sayangnya gimik yang dilakukan masih gagal apabila persembahan Ombak Rindu pada malam tersebut tidak membawa pulang trofi persembahan terbaik. Malah ada yang beranggapan tidak wajar perkara tersebut dilakukan lebih-lebih lagi siaran tersebut disiarkan secara langsung dan ditonton oleh jutaan orang tidak mengira usia.

aaron aziz

Mungkin ada pihak yang sengaja menimbulkan kata-kata kurang senang kerana cemburu kerana bukan diri mereka yang didukung oleh Aaron Aziz. Namun bagi Abang Nara, memang kurang molek aktiviti dukung mendukung ini ditunjukkan di khalayak ramai. Mungkin selepas ini boleh gunakan teknik lain pulak. Mengendong pun ok jugak kan?
aaron aziz

Lagi 6 keping gambar Aaron Aziz mendukung Adira di AJL27 dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | March 13th, 2012

Seorang demi seorang selebriti tanah air kita mendirikan rumah tangganya. Walaupun tiada liputan meluas, pengarah filem Ombak Rindu dilaporkan telah mendirikan rumah tangga dengan gadis pilihannya. Tahniah Abang Nara ucapkan.

gambar kahwin osman ali

Daripada info yang diberi, khabarnya orang rumah Osman Ali berasal daripada Sabah . Abang Nara dapatkan rasakan Osman Ali bakal menjadi suami yang romantik. Seromantik filem arahannya. Tahniah.

Update: Menurut seorang pengomen, orang rumah Osman Ali berasal daripada Bintulu, Sarawak.

Written by serenity | December 31st, 2011

Beberapa hari lepas filem Ombak Rindu telah dimuat naik ke laman Youtube oleh pihak tertentu tanpa izin produksi Tarantella Pictures, tetapi mereka telah berjaya menutupnya sejak malam semalam.   Sinar Harian melaporkan, Penerbit Penyelarasan Tarantella Pictures, Jailani Abdul Ghani, menyerahkan kepada pihak pengurusan Astro untuk mengambil tindakan lanjut kepada pihak yang telah memuat naik filem tersebut di laman YouTube.

Buat masa ini, filem Ombak Rindu sedang ditayangkan di Astro dan terpulang pada budi bicara mereka untuk mengambil tindakan selanjutnya. Selain di You Tube, pihak kami juga telah dilaporkan bahawa filem ini telah pun dijual menerusi DVD cetak rompak.

Setakat ini kami hanya menunggu keputusan daripada pihak pengurusan Astro untuk tindakan selanjutnya.

Pihak Astro, walau bagaimanapun, masih belum mengumumkan sebarang tindakan lanjut tentang perkara itu.

Filem Ombak Rindu arahan Osman Ali mula ditayangkan 1 Disember lalu, dan ia mendapat sambutan baik dari peminat filem tempatan, tetapi mengikut perkiraan, ia tidak berjaya mengalahkan filem KL Gangster terbitan Skop Production untuk filem yang mendapat kutipan tertinggi bagi tahun 2011.

Written by AbangNara | December 15th, 2011

Fuh ~~ Siapa sangka filem adaptasi daripada novel Ombak Rindu kini berpeluang untuk memegang takhta kutipan filem tertinggi Malaysia. Kini telah pun mengutip RM10 juta, pihak pawagam seluruh Malaysia telah pun memanjangkan waktu tayangan filem Ombak Rindu untuk seminggu lagi kerana sambutan yang sangat hangat.

kutipan filem ombak rindu

Untuk makluman, filem KL Gangster telah pun mengutip sebanyak RM11.74 juta sepanjang tempoh tayangannya. Abang Nara yakin dan pasti, filem Ombak Rindu mampu mencecah kutipan RM12 juta. Confirm hujung minggu ini ramai manusia yang akan menerjah pawagam untuk memastikan mereka tidak terlepas filem hebat ini.

filem ombak rindu

Walaupun dikritik hebat di suratkhabar dengan gelaran tragedi murahan baru-baru ini di sebuah suratkhabar, filem Ombak Rindu ternyata menunjukkan yang rakyat Malaysia masih dahagakan filem romantik yang bermutu tinggi. Adakah selepas ini akan lebih ramai produser yang akan kembali menerbitkan filem cinta? Atau adakah sebenarnya filem Ombak Rindu ini meletup kerana kepopularitian Aaron Aziz? Bagi Abang Nara, keletupan filem Ombak Rindu ini kerana wujudnya fan base (pembaca novel) yang besar. Apa pula pendapat anda?