Blog Hiburan Sensasi Dan Terkini Tentang Artis Malaysia

Minum MILO® FUZE® Anda dan menangi Hadiah-hadiah Bernilai RM60,000

Thursday, January 21st, 2010

#Sila skroll ke bawah untuk membaca gosip terbaru

milo

Masa kecik-kecik dulu mesti korang pernah dengar tagline “Minum MILO® Anda Jadi Sihat Dan Kuat!!”. Kami yang dah besar panjang pun sampai sekarang lagi masih terngiang-ngiang tagline tue kat telinga kami. Tapi sempena tahun 2010 nie, minum MILO® bukan sahaja  boleh jadi kuat dan sihat, tapi boleh menang hadiah yang bernilai RM60,000. Terima kasih kepada MILO® FUZE®– Nothing As Jam Packed As The New MILO® FUZE®.

milo fuze

Sebelum kami bagi tau apa dia hadiah-hadiah yang boleh korang menangi, baik kami terangkan cara-caranya. Ada 2 cara yang sangat-sangat mudah. Kalau anda tamak kami galakkan anda masuk kedua-kedua pertandingan yang dianjurkan oleh MILO® FUZE® nie.

A: MILO® FUZE® Photo Contest

  1. Tangkap gambar anda yang menggambarkan betapa “jam”nya hidup anda. Tapi pastikan ada logo MILO® FUZE® dalam gambar tue. Nak lagi best tangkap gambar dengan produk Milo Fuze sekreatif yang boleh. Itu lagi mantap!!!
  2. Upload gambar yang ditangkap tue ke MILO® FUZE®  Facebook atau pun http://www.milo.com.my/fuze. Skrin dia macam gambar kat atas tue.
  3. Tekan butang proceed. Tapi jangan lupa letak tajuk gambar anda tue (maksimum 5 patah perkataan) dan isikan slogan “How does MILO® FUZE® “JAM-PACKED” your day”.
  4. Faham tak? Kalau tak faham cuba tengok contoh kat bawah nie.

B: MILO® FUZE® Facebook Contest

  1. Login kat akaun Facebook korang (kalau takder akaun lagi sila pergi buat secepat mungkin). Lepas login terus pergi http://www.facebook.com/MiloFuze. Kat sini korang pilih “Pile Up The MILO® FUZE® Sticks”.
  2. Tugas korang ialah menyusun pack MILO® FUZE® sebanyak yang mungkin untuk 5 stage. Ala kira macam main tetris la. Tapi diorang bagi korang MILO® FUZE® untuk disusun. Nampak senang kan? Kami dah try dah, mencabar la jugak.
  3. Pas dah habis 5 peringkat tue, korang kena jawap 1 soalan betul atau salah pasal MILO® FUZE®. Ala, kacang jer soalan diorang. Budak darjah 1 pun leh jawap.
  4. Kalau rasa tak puas hati ngan markah korang, ulang balik main game tue sampai Subuh. Pemenang dia akan dipilih berdasarkan sapa yang dapat highest score. Kat bawah nie adalah gambar salah satu stage yang kitorang dah main. Sila jangan tiru susunan kitorang. Kompem kalah.

Jadi apakah hadiah yang korang boleh menangi? Sungguh tak sabar ye korang nie. Meh la kami bagitau. Sila tutup mulut anda supaya tak masuk lalat akibat kekaguman mendengar apa yang boleh anda menangi.

Yeahh ~~ Ini hadiah untuk pertandingan tangkap gambar dan menang. Oh ye lupa lak nak bagitau. Katakan ada 1000 orang hantar gambar diorang, pihak MILO® hanya akan pilih 40 gambar yang paling kreatif dan macho untuk divote oleh orang ramai.

40 orang yang dah dipilih gambar nie semuanya akan menang hadiah. 5 gambar yang mendapat vote paling tinggi akan menang satu iPhone 3GS 32GB RM1000 tunai dan hamper MILO® bernilai RM100 setiap seorang,.  Yang 35 orang lagi tue plak akan menang satu digital kamera Canon A480 PowerShot, RM500 tunai dan hamper MILO® bernilai RM100 setiap seorang. Diulangi sekali lagi. Setiap seorang bakal dapat hadiah. Tak payah nak share-share.

Yang nie plak untuk mereka-mereka yang bertarung menyusun pack MILO® FUZE® dalam kategori MILO® FUZE® Facebook Contest. Aik takkan 2 jer ? Jangan risau sebab sebenarnya pemenang ke-15 pun akan dapat hadiah.  Baca list hadiah dia kat bawah nie:-

Tempat Pertama:

  • One [1] iPhone 3GS 32GB
  • MILO® Hamper worth One Hundred Ringgit Malaysia [RM100] only.

Tempat Kedua:

  • One [1] Playstation3
  • MILO® Hamper worth One Hundred Ringgit Malaysia [RM100] only.

Tempat Ketiga Sampai Ketujuh.

  • One [1] PANASONIC LUMIX digital camera worth Ringgit Malaysia Five Hundred [RM500]
  • MILO® Hamper worth One Hundred Ringgit Malaysia [RM100] only.

Tempat Kelapan Sampai Kelima Belas

  • One [1] iPod Shuffle 2GB
  • MILO® Hamper worth One Hundred Ringgit Malaysia [RM100] only.

Katakanlah gambar korang tak terpilih untuk top, jangan risau sebab korang masih berpeluang untuk menang sesuatu. Pastikan korang jadi 3 voter tertinggi kat Facebook atau Website MILO®. MILO® FUZE® dengan baik hatinya nak bagi iPod Shuffle untuk 3 orang voter tertinggi. Sapa kata tukang undi pun tak leh menang hadiah? Siap leh dapat hamper Milo RM100 lagi!!!

Abang Nara dah hantar gambar dah. Korang bila lagi? Maklumat lanjut baca kat sini.

(GAMBAR)Waheeda Kini Berpurdah, Tahniah!!!

Sunday, December 20th, 2009

waheeda berpurdah

Kagum sebentar kami melihat gambar Waheeda yang kini berpurdah. Tahniah kami ucapkan kepada Waheeda yang maju setapak lagi. Mungkin azam tahun baru, Awal Muharram (kami nak ucapkan selamat tahun baru kepada anda semua).

Bukan mudah untuk Waheeda memakai purdah lagi-lagi di Malaysia ini. Apa-apa pun semoga terus kekal memakai purdah. Tahniah jugak kami ucapkan kepada Akhil Hayy yang nampaknya terus membimbing isterinya. Semoga perkahwinan anda berdua kekal dan dirahmati.

waheeda berpurdah

Gambar diamik dari ZonArtis.

P.S: Semalam dapat tengok Hujan buat live show. Best sangat-sangat. Terima kasih kepada Nuffnang sebab jemput kami. Sesapa yang rasa nak buat duit sedikit sebanyak melalui blog dia, leh la gi daftar kat Nuffnang.

Info Terkini Hiburan Malaysia Dan Xpax Blackberry

Saturday, September 19th, 2009

faizal tahir

Kami akui seminggu sebelum raya nie banyak berita-berita, gosip-gosip dan info-info terkini tentang dunia hiburan Malaysia yang kami tak tulis. Maklumlah hari raya dah makin dekat. Mood bergosip berkurang tapi mood raya yang makin bertambah. Lagipun malam-malam pening kepala fikir berapa ringgit nak bagi duit raya kat anak-anak buah. Maklumlah 1st time kena bagi duit raya.

Tapi jangan risau buat anda yang sentiasa dahagakan berita-berita terkini daripada kami tentang dunia hiburan Malaysia nie. Kami dah buat rumusan beberapa cerita penting yang berlaku seminggu sebelum raya nie. At least dapat gak la tau apa yang tengah terjadi sekarang nie.

Sebelum korang baca rumusan kami tue, masih belum terlambat untuk daftarkan diri anda untuk Xpax Blackberry Curve 8520 sebab lepas raya nanti rate harga akan dikeluarkan oleh Xpax. So dengan mendaftar korang boleh jadi mereka-mereka yang terawal tau tentang harga Xpax BB nie.

Jom baca apa yang terjadi dalam dunia hiburan Malaysia sekarang ni:

1. Faizal Tahir kena buat pembedahan lutut. Jatuh akibat main futsal kat One Utama. Lutut injured. Balik terus rehat untuk cuti raya. Rakaman album baru akan diteruskan macam biasa. Tektik nak balik cuti awal ke nie?

2. Amy Search dah dapat anak lelaki baru. Anak ke 5 tue beb. Memang bagus betul si Amy nie. Nama anak dia agak unik skit iaitu Qaqa At-Tameemi. Nanti kalau ada gambar ngan info maksud nama anak Amy Search kitorang akan update.

3. Ashraff Sinclair tak kena “sweep” ngan orang Indonesia walaupun dia duduk kat sana sekarang nie. Mungkin sebab cara dia cakap pun dah 100% Indonesia kot. Bagus lah selamat. Kang menjanda lak BCL tue kalau si Ashraff sebelum raya kena cucuk ngan buluh runcing. Hehehe.

4. Ayah Diddy AF4 telah pun meninggal dunia minggu lalu. Sekalung takziah dan marilah kita menghadiah Al-Fatihah buat arwah ayah Diddy. Semoga Diddy dan sekeluarga tabah menghadapi hari Raya tanpa arwah di sisi.

5. Episod pertama Project Alpha dah pun ditayangkan. Untuk minggu pertama nie, Audrey  fourfeetnine akan ditayangkan sepanjang minggu. Pandai jugak si Audrey nie berlakon. Tapi yang paling best ialah self-defense pakwe Audrey, Tim bila digelar “playboy” oleh Audrey. Nak tau leh layan video kat bawah:-

(PANAS)Gambar Terlampau 7 Malaysia Top Bloggers Di Adidas Action 3 Road Show Midvalley

Wednesday, September 16th, 2009

#Sila skroll ke bawah untuk membaca artikel terbaru

Ish-ish. Apa nak jadi dengan Malaysia sekarang nie? Ingatkan artis-artis dan selebriti-selebriti jer yang ada gambar panas terlampau. Rupa-rupanya blogger-blogger Malaysia pun dah pandai buat aksi jugak. Yang paling tak tahan gambar panas Abang Nara pun turut terselit jugak. Apa kejadahnya nie?

Sabtu, 5 September 2009 bertempat di Midvalley LG bersempena dengan Adidas Action 3 Road Show, 7 blogger terunggul Malaysia yang terlibat dengan Projek Alpha telah dikantoikan membuat aksi terlampau masing-masing. Mereka-mereka ini ialah BeautifulNara, RedMummy, Budiey, Kenny Sia, Nicole Kiss, Sixth Seal dan Audrey. Turut terlibat sama ialah Jojo Struys dan Mr. Sam dari Adidas.

Terlalu banyak gambar-gambar aksi diorang nie sampai kami kena pilih yang terbaik untuk dikongsikan bersama anda. Layan ~~~~

1. Gambar TERLAMPAU ramai orang datang Adidas Action 3 Roadshow

2.Gambar terlampau HENSEM Abang Nara di tepi Adidas Action 3 Billboard

3. Gambar terlampau TAKUT H1N1 RedMummy (anak dia baru sembuh)

4. Gambar terlampau KOOL Mr. Sam selaku orang kuat Adidas Action 3 bagi penerangan pasal deodorant baru

5. Gambar terlampau COMEL Jojo Struys selaku host Projek Alpha

6. Gambar TERLAMPAU MACHO Sixth Seal beraksi memegang bola Adidas

7. Gambar TERLAMPAU TAK PERCAYA Nicole Kiss sebab dapat main Fussball bersama Abang Nara (walaupun kalah)

8. Gambar TERLAMPAU GEMBIRA Audrey (fourfeetnine) sebab 1st time berjaya main Fussball

9. Gambar TERLAMPAU SERIUS Budiey dan RedMummy main fussball. Nak menang sangat la tue (tapi kalah jua akhirnya)

10. Gambar TERLAMPAU naik syeh Kenny Sia dan Jojo Struys sebab menang game Fussball

11. Gambar TERLAMPAU BEST sebab dapat voucher RM100 barangan Adidas Action 3

12. Gambar 7 Top Malaysia Bloggers yang bakal TERLAMPAU POPULAR bersama Mr. Sam dan Jojo Struys

Godek punya godek, rupa-rupanya bukan gambar terlampau jer diorang bertujuh nie ada. Siap ada video terlampau lagi. Ish,ish,ish. Memang gila betul 7 orang Top Bloggers nie. Kalau tak percaya sila tengok betapa terlampaunya diorang dalam video trailer Projek Alpha kat bawah nie.

Oh buat mereka-mereka yang ada blog, Adidas sangat-sangat berbesar hati untuk menaja mereka yang menulis artikel paling kreatif tentang Project Alpha untuk menonton perlawanan bola Chelsea bersama dengan Jojo Struys. Apa yang anda perlu lakukan cuma blog tentang Project Alpha nie. Tak kira la anda nak kutuk lakonan Abang Nara ke, nak cakap RedMummy obsess dengan warna merah ke. Apa-apa sahaja asalkan ianya kreatif. Pastue pastikan anda mendaftar dengan Nuffnang dan submit permalink blog anda itu kepada Nuffnang.

Jangan lupa kemunculan saksikan episod lakonan BeautifulNara dalam Projek Alpha yang akan bermula 18 September 2009 ini dibawakan khas kepada anda oleh Adidas Action 3. Teruskan menyokong kami untuk menjadi blog hiburan nombor 1 Malaysia.

(VIDEO)Trailer Project Alpha Sudah Keluar!!!

Monday, September 14th, 2009

#Sila tengok video di bawah dulu sambil baca apa yang kami tulis ye

Adoi. Malu sungguh Abang Nara bila tengok trailer Project Alpha – Uncovering Top Malaysia Bloggers yang ditaja oleh Adidas Action 3 dan Sunway Group selaku location sponsor. Malu bukan sebab apa, nampak macam banyak sangat interframe dalam trailer nie. Siap Kak Nara pun ada join ajar pakai tudung kat Jojo Struys. Yang best trailer nie bukan jer ada kat Youtube tapi ada kat Nuffnang ngan Hitz.FM tue. Memang makin femes la BeautifulNara lepas nie.

Sesungguhnya kami dah tak sabar nak tunggu bila full episode BeautifulNara nak keluar. Tapi Jojo bagitau kat kami compem lepas raya nanti baru keluar. Kang buat time orang sibuk beraya takder orang pulak nak tengok kan? Ntah-ntah nanti kami sendiri tak tertengok sebab tengah sibuk makan ketupat ngan lemang. Yang penting kita raya puas-puas dulu baru kita layan Project Alpha nie.

Tapi jangan lupa saksikan episod pertama Project Alpha yang akan bermula 18hb September nie. Kenapa anda kena tengok? Sebab ada contest yang membolehkan korang semua menang barangan Adidas Action 3 dan Sunway Group bernilai RM1760 setiap minggu. Kitorang sendiri pun rasa nak masuk sebab stok deodorant dah nak habis nie. Yang lagi best leh dapat tiket free masuk Sunway Theme Park. Masyuknye ~~~

Dan yang paling mantap sudah tentu hadiah utama dia ialah peluang pergi tengok Chelsea punya game kat Stamford Bridge, UK bersama dengan Jojo Struys. Semua perbelanjaan ditanggung. Tiket kapal terbang dia bayar, duit hotel dia bayar. Korang bawak badan jer. Nak tau lebih lanjut tentang contest nie, sila tekan sini ye. Selain tue buat yang ada blog, boleh try apply untuk Project Alpha Season 2.

Kalau nak kutuk mutu lakonan Abang Nara dalam trailer kat atas dipersilakan. Jangan segan-segan. Hentam jer. Kami takkan saman anda. Tapi kalau nak puji lagilah kami terima. Jangan lupa tau komen. Nak gak tau apa pendapat korang. Mana tau kalau ramai yang suka leh try apply kat agensi lakonan. Hehehe.