Blog Hiburan Sensasi Dan Terkini Tentang Artis Malaysia

Nora Danish Yang Pemaaf, Kami Suka ~~~

Thursday, November 5th, 2009

nora danish

Ish, ish dan ish sekali lagi. Bagus dan baik betul si Nora Danish nie. Beruntung betul sapa yang dapat menjadi suami Nora Danish yang pemaaf nie. Genap setahun dia bercerai dengan Jejai, Nora Danish menjelaskan yang dia dah memaafkan Fasha Sandha secara perlahan-lahan. Memaafkan tapi belum mampu lagi untuk melupakan. Cuba baca skit apa Kak Nora Danish kita cakap:-

Pasal isu sudah maafkan Fasha, memang saya dah maafkan dia secara perlahan-lahan tetapi sukar untuk saya lupakan apa yang dia sudah lakukan sebelum ini. Walaupun saya dah bercerai setahun lalu, tapi ‘sakit’ tu masih ada dan tidak mudah untuk dilupakan.

Walaupun Fasha taknak mengaku dia yang menjadi punca penceraian Nora Danish dan Rizal, tapi dari ayat Kak Nora kita kat atas tue, bolehla kot kita anggap memang Fasha yang jadi puncanya. Tapi apa-apapun, kami tabik kat Nora Danish sebab mampu memaafkan si Fasha Sandha. Bukan senang nak memaafkan orang lain. Lebih-lebih lagi kalau orang itu terlibat dalam menjatuhkan rumah tangga kita sendiri.

Tahniah dan semoga lebih tabah menghadapi masa-masa akan datang. Dan semoga cepat bertemu jodoh di masa hadapan. Mesti ramai yang dah “cucuk” line tapi tak dilayan oleh Kak Nora kita.

Sumpah bunian, sumpah layaaaan~~

Wednesday, November 4th, 2009

Secara ikhlas pada mulanya kami rasakan cerita Sumpah Bunian ni akan jadi cerita yang boring. Tapi pabila dah tengok, memang layan. Tak sangka pulak cerita ni habis cepat sangat. Ingatkan akan jadi macam NurKasih, panjang betul ceritanya.

Selain tertarik sebab nak tengok Nora Danish comel bertudung, jalan citer ni ringkas aje, tak berat-berat, cuma masa time watak Azeera (Elly Mazleen) tu jadi madu yg kejam, ish ish ishhh geram betull lah.Nora Danish pon pada kami memang sesuai dengan watak ni sebab imej dia kan lembut..

Tapi kami tak puas hati betullah dengan ending cerita Sumpah Bunian ni. Mana boleh memisahkan suami isteri macam tu aja, kesian kat Adam jadi lumpuh pastu muka menggerutu. Kejamnya sumpah yang kena kat Adam ni, takde happy ending langsung. Frust pulak tengok sebab kami dok mengharapkan agar akhirnya Adan dan Siti Hawa akan bersama happily ever after.

Encik Penerbit cerita Smpah Bunian, buatlah Season 2 ya, kasik ending yang best skit. Macam tergantung lah ending cerita ni….

(more…)

(LAGI GAMBAR)Majlis Cukur Jambul Anak Nora Danish

Tuesday, March 24th, 2009

majlis cukur jambul anak nora danish

Seperti yang dijanjikan, lagi gambar terbaru anak Nora Danish, Putera Rayqal Ramli semasa majlis cukur jambul. Terlupa pulak nak beritahu yang bekas suami Nora Danish, si Rizal pun ada jugak semasa majlis tersebut.

Sila baca artikel ini sepenuhnya untuk menilai sendiri siapa yang lebih comel, anak Nora Danish atau Nora Danish. Kami perlukan pendapat anda kerana terlalu sukar bagi kami untuk membuat pilihan.

(more…)