Written by AbangNara | October 28th, 2013

Sebelum ini menerusi akaun Instagramnya, Neelofa ada berkongsi beberapa keping gambar saat indah dirinya berada di Maldives. Salah satu daripada gambar tersebut adalah ketika Neelofa berseluar pendek. Ternyata keseksian Neelofa di dalam gambar itu mendapat kritikan daripada banyak pihak.neelofa seluar pendekBerkata kepada Metro Ahad, Neelofa mengecam tindakan penulis blog (Abang Nara salah seorang) yang mengambil gambar miliknya tanpa meminta izin terlebih dahulu. Malah Neelofa juga memohon peminat lebih bersikap terbuka dan tidak mengutuk atau mengkritik gambar yang tidak disukai. Kata Neelofa:-

Bagaimanapun ada penulis blog menangguk di air keruh tanpa memikirkan kesan tindakan mereka kepada orang lain. Bukankah sepatutnya minta izin dulu sebelum sesuka hati ambil gambar daripada laman sosial artis?

Dalam kes saya misalnya, kalau mereka minta kebenaran, takkan saya tak bagi? Ini tidak, mereka langsung tak minta izin… tiba-tiba gambar tersebar.

Peminat pun diharap lebih terbuka. Kenapa pula mahu kritik atau kutuk artis? Kalau tak suka gambar yang dikongsi artis, senyap sudahlah.

Lebih bagus cakap benda baik saja kerana komen aura negatif mewujudkan aura tidak baik kepada orang lain mengikuti perkembangan artis.

neelofa

Menurut Neelofa lagi, sebelum mana-mana gambar dikongsikan olehnya, dia sudah memikirkan kemungkinan yang bakal berlaku. Tambah Neelofa lagi:-

Sebagai selebriti, saya tahu batas perlu dijaga. Tidak dinafikan ada satu gambar saya berseluar pendek, tapi itu tidak melampau.

Saya pun tahu had, malah sebelum memuat naik gambar itu di laman sosial Instagram, saya sudah fikirkan kemungkinan yang bakal berlaku.

Bagaimanapun kerana suka dengan pemandangan indah dalam gambar itu, saya tetap memuat naik foto berkenaan.

neelofa

Inilah asam garam kehidupan selaku seorang selebriti. Harap Neelofa dapat bertahan lagi 5 tahun sahaja lagi. Neelofa kan dah nak bersara apabila usia mencecah 30 tahun. Mungkin dalam tempoh masa 5 tahun peminat akan lebih terbuka dan menerima seadanya segala gambar yang dikongsikan oleh Neelofa tanpa sebarang kutukan dan kritikan. Sama-samalah kita nantikan.

P.S: Bajet 2014 dan impaknya kepada industri permotoran.

Written by AbangNara | October 24th, 2013

Abang Nara lihat Neelofa adalah salah seorang selebriti tempatan yang mempunyai cita-cita dan hala tuju di dalam kehidupannya. Walaupun masih muda, Neelofa sudah pun mempunyai produk kecantikannya sendiri iaitu Bellavita. Ini semua adalah persiapan untuk dirinya bersara daripada dunia hiburan apabila usia Neelofa mencecah 30 tahun.
neelofa bertudungKini berusia 24 tahun, Neelofa percaya dalam tempoh 5 tahun lagi bakatnya tidak lagi akan diperlukan kerana sudah ada bakat-bakat baru ketika itu. Kata Neelofa kepada Mstar Online:-

Terus-terang saya katakan, saya tidak pernah berhasrat untuk berlakon sampai bila-bila. Insya-Allah, dalam masa lima tahun ini saya akan kurangkan aktiviti seni dan seterusnya meninggalkan dunia glamor ini untuk beralih kepada bidang lain apabila usia saya 30 tahun.

Saya merancang selewat-lewatnya pada usia 29 tahun saya akan berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri. Pada waktu itu tumpuan saya adalah dalam perniagaan dan bukan lagi lakonan

neelofa

Bagus perancangan yang ada di dalam tangan Neelofa itu. Dunia lakonan sememangnya tidak mampu bertahan sampai bila-bila. Masa muda inilah pulun betul-betul sambil merancang perniagaan untuk masa depan. Dah tak popular nanti sekurang-kurangnya sudah ada backup plan. Tak adalah baru terkejar-kejar nak meniaga. Semoga perancangan Neelofa menjadi kenyataan suatu hari nanti. Kita tunggu sama-sama 5 tahun lagi.

Written by AbangNara | October 21st, 2013

Oh Maldives. Tempat yang sungguh indah. Mereka yang pernah melawatinya mengatakan keindahan Maldives seumpama syurga dunia. Bilakah masanya Abang Nara akan menjejakkan kaki ke sana? Jeles pula melihat Neelofa bersantai dengan penuh ketenangan mendengar deruan ombak. Mesti seronok!!!

neelofa di maldives

Tengok air laut yang kehijauan tue pun dah buat Abang Nara teruja. Rasa nak beli tiket terus terbang ke Maldives bersama keluarga tercinta. Suatu hari nanti pasti Abang Nara akan tiba jua. Nak tiru gaya posing Neelofa nanti. Tengok siapa yang lebih cute. Hehehe.

neelofa di maldives

Semoga Neelofa menikmati percutiannya di Maldives. Enjoy puas-puas. Rilekskan badan. Tenangkan fikiran. Balik Malaysia nanti pastikan lebih ceria dan bertenaga. Lagi beberapa keping gambar Neelofa di Maldives dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | September 30th, 2013

Lama tidak mendengar perkembangan terkini bekas awek Abang Nara ini. Semenjak dua menjak ini nampak seperti menyepi. Baguslah begitu. Sekurang-kurangnya tiada kontroversi dan boleh fokuskan untuk meningkatkan prestasi. Terbaru, Neelofa telah pun terbang ke kota Paris untuk rakaman episod Nona.

neelofa paris

Memang jeles jugak Abang Nara dibuatnya melihat gambar Neelofa di Eiffel Tower. Satu hari nanti, pasti Abang Nara akan sampai jua ke sana dan buat pose sebijik macam Neelofa buat di atas. Hehehe. Apa pun, kalau dah ke Paris dan tak membeli belah, bukan namanya ke Paris la kan?

neelofa paris

Fuh ~~ Banyak sungguh yang dibeli oleh Neelofa. Sekali sekala terapi diri apa salahnya kan? Yang penting kita happy. Lagi beberapa keping gambar Neelofa di Paris dengan membaca artikel ini sepenuhnya.