Written by Bella | August 18th, 2016

Umum mengetahui Neelofa bakal menunaikan haji bersama ibu bapanya pada 5 September ini. Tentu sekali jika melangkah ke tanah suci Mekah, pasti pelbagai doa yang akan dimohon bukan?

Neelofa akui beliau mempunyai niat untuk berdoa agar cepat bertemu jodoh ketika berada di Mekah nanti kerana ia adalah peluang keemasan untuk memohon apa sahaja di depan Kaabah nanti.

Namun, bukan itu sahaja yang Neelofa mahu , apa yang penting ialah niat beliau untuk beribadah.

Sesiapa sahaja yang berpeluang ke sana mengerjakan haji, pasti pelbagai niat dipasang. Jodoh salah satunya. Rugi kalau saya lepaskan peluang yang sukar untuk kita peroleh, bukan senang kan?

Tapi tidaklah pasal jodoh semata-mata, kita doa untuk kelangsungan hidup. Perniagaan, kesihatan, keluarga dan semua benda kalau boleh kita nak doa dekat sana, tapi yang penting niat untuk beribadah.

Berbicara mengenai persepsi orang lain dari segi penampilan, percakapan dan segala tingkah lakunya selepas bergelar hajah kelak, Neelofa bagaimanapun tidak mahu memikirkan perkara itu.

Neelofa sudah bersedia untuk menerima segala kritikan kerana tidak boleh memuaskan hati semua orang.

Saya rasa itu tidak perlu difikirkan. Sekarang ini pun, banyak yang sudah mengkritik. Kita tidak akan dapat memuaskan hati semua orang. Apa pun yang kita lakukan, pasti ada mata yang memandangnya salah.

Jadi kenapa saya perlu bazir masa memikirkan tentang itu semua. Saya serah bulat-bulat kepada Allah. Tawakal dan saya tahu, Allah maha pengampun. Siapa kita mahu menghukum sesama manusia.

Doakan sahaja agar segala perancangan Neelofa dan keluarganya untuk menunaikan ibadah haji di Mekah berjalan dengan lancar dan janganlah fikir sesuatu yang buruk dan ingin mencari kesalahan beliau selepas bergelar hajah nanti. Setiap perubahan memerlukan masa dan kata-kata positif.

Sumber Berita : Utusan Online