Written by Bella | June 18th, 2017

Rasanya ramai pengikut Nora Danish di Instagram yang mengetahui beliau sering memuat naik foto ataupun video suaminya, Nedim Nazri yang suka memasak. Menurut Nora, beliau sememangnya seorang yang tidak suka memasak. Malah, sejak berkahwin beratnya sudah bertambah kerana sering memakan masakan yang sedap hasil air tangan suami sehingga ada yang menyangka beliau hamil.

Suami saya memang pakar dalam soal memasak. Jujur saya katakan, dia lebih banyak memasak di rumah berbanding saya dan masakannya boleh membuatkan saya tidak mahu makan di luar langsung.

Saya tidak gemar memasak tetapi Nedim yang lebih gemar berada di dapur. Saya lebih suka mengemas kerana bagi saya ia umpama terapi untuk menghilangkan tekanan setelah seharian penat bekerja. Berat saya naik beberapa kilogram sehingga ada menanyakan sama ada saya hamil atau belum.

Berbicara mengenai kehidupannya yang kembali bergelar isteri orang selepas lapan tahun hidup sebagai ibu tunggal, Nora mengakui kini beliau terasa dirinya lebih disayangi dan Ramadhan serta Aidilfitri memberikan makna yang cukup besar buat beliau dan anaknya, Rayqal.

Sumber Berita : Kosmo Online

Written by Bella | April 7th, 2017

Sah diijabkabulkan sebagai suami dan isteri pada 30 Mac lepas di Glasshouse at Seputeh, semalam pelakon Nora Danish dan Nedim Nazri telah melangsungkan satu majlis doa selamat.

Majlis itu dihadiri oleh ahli keluarga terdekat, rakan-rakan dan juga pelajar tahfiz.  Dengan tema warna putih, ia melambangkan lagi kesucian majlis tersebut dalam mencari keberkatan didalam rumah tangga yang baru dibina.

Kami juga turut mendoakan agar perkahwinan Nora dan Nedim dilimpahkan dengan kebahagiaan dan keberkatan. Semoga rumah tangga mereka kekal sehingga ke jannah.

Berikut beberapa lagi foto sekitar majlis doa selamat Nora dan Nedim dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Kredit Foto : kakifoto_

 
Written by Bella | March 15th, 2017

Masih lagi bertebaran berita bahawa Nora Danish dan Nedim Nazri bakal bernikah dalam waktu terdekat,  pelakon jelita dan comel ini setiap hari diasak dengan soalan tentang tarikh sebenar pernikahannya itu.

Enggan memberikan sebarang komen mengenai khabar angin pernikahannya itu, Nora bagaimanapun berjanji akan mengumumkan tarikh sebenar majlis raja seharinya itu.

Saya akan beritahu bila tiba waktunya. Jangan risau saya tidak akan berahsia soal ini.

Dalam pada itu, Nora mengakui beliau sudah bersedia untuk kembali bergelar isteri selepas beberapa tahun bergelar janda anak satu. Nora merencana untuk memperlahankan aktiviti seninya dan mahu memberikan fokus kepada keluarga dan rumah tangganya selepas berkahwin nanti.

Kami harap perancangan Nora dan Nedim untuk berkahwin berjalan dengan lancar. Benda baik apa salahnya dipercepatkan, mereka berdua pun sudah lama bercinta. Betul tak?

Sumber Berita : Utusan Online

Written by Bella | March 6th, 2017

Beberapa kali Nora Danish memberitahu beliau bakal mendirikan rumah tangga pada tahun ini. Terbaru, ada khabar angin mengatakan bahawa beliau akan bernikah dengan Nedim Nazri pada bulan ini.

Ketika ditemubual portal BH ONLINE, Nora nampaknya tidak menafikan berita tersebut.

Insya-Allah, itu saja.

Sebelum ini, Nora mengesahkan beliau sudah bersedia untuk bergelar isteri kepada Nedim tetapi masih enggan memberitahu tarikh sebenar majlis raja seharinya kerana bimbang ia tidak menjadi kenyataan.

Meskipun ada selebriti yang menginginkan majlis yang mewah dan eksklusif, Nora pula hanya mahu melakukan acara wajib sahaja.

Memang belum ada sebarang kepastian mengenai soal perkahwinan ketika ini. Namun, saya berharap ia akan tetap dapat dilangsungkan pada tahun ini. Cuma, saya tidak mahu memaklumkan tarikhnya kerana bimbang ia tidak menjadi kenyataan.

Nora sebelum ini pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli ataupun Jejai sebelum bercerai pada bulan Jun 2006. Mereka mempunyai seorang anak lelaki bersama yang diberi nama Putera Rayqal.

Sumber Berita : BH ONLINE