Written by AbangNara | April 16th, 2012

Sejuk mata memandang Natasha Hudson yang nampak sungguh ayu di dalam baju pengantin lengkap bertudung semasa majlis pernikahannya baru-baru ini. Terserlah keanggunan Natasha Hudson. Semoga perkahwinan Natasha Hudson kali ketiga ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.

gambar natasha hudson nikah

Lagi 6 keping gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Masih ada banyak lagi gambar untuk dikongsi tapi buat masa ini layankan apa yang ada terlebih dahulu. Kredit gambar kepada Ryaniez Moments Photography.

 
Written by AbangNara | April 15th, 2012

Di kala Abang Nara sibuk menguruskan majlis aqiqah anak kesayangan, Natasha Hudson telah pun sah bergelar isteri kepada Carleed Khaza atau nama sebenarnya Khalid Kamal kira-kira jam 11.55 pagi dengan hanya sekali lafaz. Majlis pernikahan telah pun berlangsung di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta.

gambar perkahwinan natasha hudson

Pasangan ini dinikahkan oleh jurunikah, Shahirman Ahmad, berwalikan hakim dengan mas kahwin sebanyak RM80 dan tiada wang hantaran diterima. Natasha yang menggayakan persalinan rona coklat keemasan rekaan Shahida Shariff menerima lima dulang hantaran seperti Sirih Junjung, senaskah Al-Quran, sepersalinan pakaian, set wangian dan sebentuk cincin. Manakala pihak lelaki pula menerima tujuh dulang hantaran iaitu sirih junjung, sepersalinan pakaian, sejadah, kek, set wangian, senaskah Al-Quran dan sebentuk cincin.

Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Natasha Hudson dan Carleed atas pernikahan ini. Semoga perkahwinan Natasha kali ini berkekalan sehingga ke akhir hayat. Nanti esok Abang Nara uploadkan gambar sekitar majlis pernikahan mereka berdua. Kredit berita Mstar.

Written by AbangNara | April 8th, 2012

Seiring dengan perkhabaran gembira pernikahan Natasha Hudson dan Khalid Kamal pada 15 April ini, kini ada satu lagi berita gembira untuk peminat Natasha Hudson. Natasha Hudson kini sudah pun mengambil keputusan untuk bertudung. Keputusan ini telah pun dibuat semasa Natasha Hudson mengerjakan umrah baru-baru ini.

gambar natasha hudson bertudung

Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Natasha Hudson dengan keputusan untuk memakai tudung ini. Berkata kepada wartawan portal GUA, keputusan ini diambil tanpa desakan daripada sesiapa. Keputusan ini diambil kerana pintu hatinya telah terbuka. Kata Natasha:-

Memang ramai kawan-kawan yang tidak sangka dengan perubahan saya ini. Begitu juga dengan keluarga. Namun, mereka semua gembira untuk saya dan memberikan sokongan. Carleed juga gembira dengan imej baru ini. Saya akan teruskan karier lakonan dan nyanyian seperti biasa kerana saya tidak menganggap pemakaian hijab sebagai satu masalah besar. Kalau Yuna boleh melakukannya, saya juga boleh. Saya percaya perjalanan hidup kita ditentukan oleh Allah. Buat masa ini saya gembira dengan perubahan ini dan mendoakan ia berkekalan.

gambar natasha hudson bertudung

Abang Nara ingin mengucapkan tahniah kepada Natasha Hudson menerusi Twitter, namun Abang Nara dapati akaun Twitter Natasha Hudson tidak lagi aktif. Apa pun jutaan tahniah atas pernikahan yang bakal berlangsung dan atas hijrah ini.

Written by AbangNara | April 6th, 2012

Tahniah Abang Nara ucapkan kepada Natasha Hudson yang bakal berkahwin dengan Khalid Kamal pada 15 April ini. Khalid Kamal atau lebih dikenali dengan nama Carleed adalah seorang ahli perniagaan yang merupakan pemilik syarikat muzik, PhuturePhlow. Mereka berdua bakal dinikah di Masjid Wilayah, Jalan Duta sekitar jam 11 pagi.

gambar perkahwinan natasha hudson

Untuk makluman, ini adalah perkahwinan ketiga Natasha Hudson. Menerusi perkahwinan sebelum ini, Natasha Hudson dikurniakan seorang anak yang diberi nama Nessa Helena. Perkahwinan pertama Natasha Hudson dengan seorang ahli perniagaan hanya bertahan selama 5 bulan dan perkahwinan keduanya bersama ahli politik, Datuk Shahrin Zahari telah bertahan selama 2 tahun.

gambar perkahwinan natasha hudson

Abang Nara doakan agar perkahwinan ketiga Natasha Hudson akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Sama-samalah kita doakan kebahagiaan dan semoga majlis perkahwinan Natasha dan Carleed berjalan dengan lancar.