Blog Hiburan Sensasi Dan Terkini Tentang Artis Malaysia

(GAMBAR)Comelnya Nasha Aziz, Rasa Nak Cubit Je Mata Dia!!!

Tuesday, February 23rd, 2010

gambar nasha aziz

Lama betul kan tak dengar cerita pasal Nasha Aziz nie? Paling last kami cerita pasal dia pun ialah pasal gambar makcik yang terharu dapat sain Nasha. Makin lama tak tengok Nasha nie, makin cute pulak nampaknya. Mata nampak makin bulat. Rasa nak cubit-cubit je mata dia tue. Bulat semacam jer. (boleh ke cubit mata?)

Bila agaknya si Nasha Aziz nie nak menamatkan zaman daranya ek? Dengar cerita asik bercinta pastue putus. Bercinta putus. Mungkin sebab jadi orang lawa menyebabkan lelaki-lelaki di luar sana takut nak mengorat kot. Tapi kami percaya hati Nasha sememangnya mahukan belaian kasih sayang seorang suami. Jadi kepada pembaca BeautifulNara yang masih single-mingle, kami cadangkan anda mengorat Nasha Aziz.

Lagi gambar terbaru Nasha Aziz dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada Budiey.

(more…)

Makcik Terharu Nasha, Nak Balik Bagitau Cucu Makcik

Monday, November 23rd, 2009

nasha aziz

Wahaha. Sumpah lawak gile gambar makcik kat atas tue. Nampak terharu gila macam dapat pergi haji pulak. Cuba tengok gambar makcik kat belakang Nasha tue. Macam body guard beb. Putih gile ngan muka tak ada perasaan. Sumpah lawak gile.

Nasib baik Nasha Aziz rileks jer. Rasanya makcik yang terharu gile tue dah beratur 3 4 jam kot nak dapatkan otograf Nasha Aziz. Tahniah makcik. Jangan lupa frame kan tau? Hehehe.

(PANAS)Kes Mahkamah Nasha Aziz Lawan Ayah Kandung

Thursday, October 8th, 2009

ayah nasha aziz

Ish,ish,ish. Sekali baca tajuk kat atas tue nampak macam betapa derhakanya Nasha Aziz kat ayah dia nie. Nie ayah betul tau. Ayah kandung. Bukannya ayah angkat ke, ayah sedara  ke, atau ayah Pin. Betul ke sampai hati si Nasha nie nak bergaduh ngan ayah dia kat mahkamah nie? Meh kami ceritakan apa yang terjadi sebenarnya.

#Sila baca dengan penuh penghayatan seperti membaca novel cinta Melayu

Suatu ketika dulu, selepas Nasha Aziz yang cun melecun ini dilahirkan di dunia, Nasha telah dibela oleh ayah saudaranya. Dari kecil sehinggalah besar panjang iaitu kira-kira selama 35 tahun, Aziz Hathim (nama bapa saudara Nasha) menatang Nasha seperti minyak yang penuh. Diberi kasih sayang, kemanjaan dan harta benda sehingga Nasha menjadi apa yang Nasha jadi sekarang ini.

Mengikut lumrah makhluk yang bergelar manusia, sudah tentulah Nasha memanggil pakciknya ini dengan gelaran ayah. Bersesuaian benar dengan pengorbanan dan curahan kasih sayang beliau terhadap Nasha. Malah sudah tentulah hubungan mereka benar-benar rapat kerana sejak kecil lagi dibela oleh Aziz Hathim. Mungkin tidak keterlaluan dikatakan yang hubungan mereka berdua seperti ayah dan anak walaupun secara benarnya Aziz Hathim adalah ayah saudaranya. Nasha telah diserahkan kepada Aziz Hathim oleh ayah kandungnya, Abdul Aziz setelah bercerai dengan isterinya.

Sayugia apabila ayah saudaranya, Aziz Hathim meninggal dunia, Nasha Aziz telah pun menyatakan kesedihannya kerana kehilangan ayah. Memang benar Nasha telah menggunakan perkataan “ayah”nya telah meninggal sedangkan ayah kandungnya, Abdul Aziz masih segar bernyawa. Maka sebab itulah, Abdul Aziz, si ayah kandung ini kecewa dan berang kerana dia masih hidup tapi telah dikatakan mati. Malah mungkin Abdul Aziz kecewa kerana Nasha tidak mengiktiraf dirinya sebagai ayah kandung.

Kesimpulannya, adakah wajar Nasha berbuat begitu? Atau adakah ini over-acting si ayah kandung, Abdul Aziz? Maklumlah, dia tak menjaga Nasha langsung tapi masih malu apabila Nasha menyatakan “ayah”nya (pakcik saudara) telah meninggal dunia. Mungkin mahu menjaga nama baik nya kot. Maklumlah, Abdul Aziz nie seorang guru silat. Jadi ada reputasi yang perlu dijaga.

Jadi adakah anda faham situasi apa yang sedang berlaku sekarang ini? Kalau tak faham pun buat-buatlah faham. Memang agak complicated tapi rasanya masih boleh diselesaikan di luar mahkamah. Masalah kecik jer nie. Takkanlah sedarah sedaging pun sampai nak naik court. Malu wei ~~~~~~~

Kalau nak baca keratan akhbar kisah Nasha Aziz dan kontoversinya bersama ayah kandungnya, sila baca artikel ini sepenuhnya.

(more…)

(GAMBAR)Nasha Aziz Yang Terbaru

Thursday, August 27th, 2009

nasha aziz

Cantik, manis, menarik, hot dan ayu. Semuanya ada pada si gadis yang bernama Nasha Aziz nie. Siapa yang memandang pasti tertawan. Yang laki-laki confirm ada niat nak mengorat kalau ada peluang sementara yang perempuan mungkin dalam diam mengkagumi kecantikan Nasha Aziz.

Kalaulah diberi peluang untuk berjumpa dan buat interview dengan Nasha Aziz, pastinya soalan pertama kami yang akan kami terjah dia ialah:-

“Kenapa you tak kawin-kawin lagi sampai sekarang? U tengah tunggu Abang Nara ke?”

Dulu meletup jugaklah gosip Nasha Aziz dengan pakwenya Nur Iman Tang. Tapi sekarang dah senyap balik. Tak tau apa dah jadi dengan Nur Iman tue. Mungkin tengah sibuk mencari cahaya keimanan yang sebenar kot. Rasa-rasanya mungkin Nasha masih tak bersedia (alasan standard) untuk bergelar seorang isteri kot. Harap-harap dapat bertemu jodoh. Almaklumlah kita nie makin lama makin tua. Bukannya makin muda.

Jadi adik-adik apakah pengajaran yang kita boleh ambil daripada kisah hidup Nasha Aziz ini? Kecantikan wajah tak semestinya menjamin anda kawin cepat. Itulah pengajarannya. Hehehe.

Lagi gambar terbaru dan terkini Nasha Aziz dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

(more…)

(GAMBAR LAMA)Nasha Aziz Dan Ning Baizura

Tuesday, March 17th, 2009

gambar sosial nasha aziz dan ning baizura

Takder idea nak tulis apa. Layan ajer 2 keping gambar Ning Baizura dan Nasha Aziz yang sedang bergembira.

Mungkin kesimpulan yang boleh dibuat ialah, tak kira kerja apa anda buat, hidup mesti GEMBIRA.

Sekeping lagi gambar Nasha Aziz dan Ning Baizura boleh dilihat dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

(more…)