Written by Bella | September 23rd, 2015

AF2015 dalam beberapa hari ini menjadi  topik hangat setiap orang, bermula daripada kes Rozita Che Wan dan Edry KRU kini ada pihak yang menuduh bahawa pengacara Diari AF2015 Nana Mahazan syok sendiri dan beraksi mengada keterlaluan sewaktu mengendalikan rancangan tersebut.

Malah, segelintir peminat beliau di Instagram berpendapat ada kalanya pakaian yang digayakan oleh Nana sama sekali tidak sesuai bagi program berkenaan.

Cara penyampaian saya untuk Diari AF mengikut arahan pihak produksi yang mahu saya jadi diri sendiri. Kalau saya syok sendiri atau over sudah tentu pihak produksi terlebih dahulu akan tegur dan minta saya perbaikinya.

Tambah Nana, mereka yang memberikan komen negatif itu sebenarnya tidak faham tentang cara kerja yang harus di lakukan disebalik sesuatu program. Ini kerana setiap perkara termasuklah cara berpakaian ditentukan oleh pihak produksi dan bukan atas kehendak pengacara.

Mereka komen sebab mereka tidak faham tentang cara kerja kita di belakang tabir yang mana sesuatu keputusan tentang pakaian dan konsep ditentukan mengikut perbincangan kumpulan produksi.

Kadang-kadang saya balas komen mereka supaya mereka faham tentang perkara itu. Saya berpakaian begitu adalah mengikut tema yang diberikan setiap minggu dan digayakan oleh perunding fesyen.

Nana berharap selepas ini tiada lagi peminat yang membandingkan beliau dengan pengacara lain kerana setiap orang mempunyai gaya mereka sendiri dalam bidang pengacara.

Mungkin peminat rasa annoying dengan gaya Nana yang kadang-kala memang jelas sedikit over, tetapi beliau cuma menjalankan arahan pihak produksi. Tidak mengapa, kita seharusnya bagi beliau sokongan untuk mengasah lagi bakatnya dalam bidang pengacaraan, kalau kita berada di tempatnya belum tentu kita yang mengkritik ni boleh jadi pengacara yang baik kan?

Sumber Berita : mStar Online

Written by serenity | October 24th, 2011

Kebelakangan ini, angin tak ada, ribut pun tak ada pun tiba-tiba boleh terkeluar cerita artis bercerai-berai. Nana adalah seorang lagi artis yang dikatakan telah bercerai dengan Brian oleh seorang kaunselor, seperti yang disampaikan oleh pengunjung Forum Cari yang menghadiri ceramah kaunselor itu. Menurut kaunselor yang disebutkan, Nana dan Brian bercerai kerana menjadikan gitar sebagai hantaran perkahwinan.

Walau bagaimanapun, Nana telah membuat satu entri agak panjang di blognya yang berita tersebut adalah satu fitnah. Nana menerangkan yang dia, Brian dan bayinya Althea sedang bahagia dan tiada apa-apa yang berlaku dalam rumahtangga mereka.

Kepada Nana, sabor je lah. Mungkin kaunselor tersebut tidak membuat homework dengan betul, hendak bercakap tentang Nana lain, Nana yang tidak kena mengena pula yang dikatakannya bercerai. Kredit foto Facebook Nana Mahazan.