Written by AbangNara | May 10th, 2010

nana mengandung

Kan kami dah cakap tahun 2010 nie tahun artis-artis wanita Malaysia mengandung dan beranak. Kali ini Nana, bekas deejay Era pulak yang disahkan telah mengandung 3 bulan. Jutaan tahniah kami ucapkan kepada Nana dan suaminya. Semoga anak yang bakal dilahirkan sihat-sihat dan cergas sahaja.

Nampaknya anak Nana sempat dilahirkan tahun 2010 nie. Bulan November nanti nie cukuplah 9 bulan. Semoga semuanya selamat sehingga time beranak nanti. Jangan buat kerja berat-berat sangat. Jaga kesihatan. Itu yang paling penting. Tahniah sekali lagi buat Nana dan suami.

p/s drpd KakNara: ButikNara kini sedang mengadakan promosi jualan Anak Tudung Nara .Shopping pon kena berhemah tau, kat sini.

Written by AbangNara | November 17th, 2009

nana era

Habis madu sepah dibuang. Akhirnya Nana telah ditamatkan khidmatnya di Era dan ditukarkan ke XFM. Tempatnya bakal digantikan oleh Dina yang dulunya jadi deejay di XFM (gambar atas sebelah kiri). Dengar-dengarnya Jumaat lepas ialah hari terakhir Nana di Era dan kini dia sedang cuti seminggu sebelum memulakan tugas baru di XFM.

Macam biasa pihak pengurusan AMP cakap benda nie semua untuk menaikkan rating radio-radio AMP. Mungkin kena marah kot sebab kalah ngan HOT FM masa kira rating baru-baru nie. Bagi kami tak guna pun tukar deejay sebab pendengar-pendengar pilih nak dengar radio bukan berdasarkan deejay. Tapi berdasarkan lagu yang dimainkan.

Pendapat kami, kalau nak naikkan rating Era masukkan la Abang Jem ke Era. Compem meletup. Hehehe. Lawak gile Salih Yaakob kat Sinar. Kalau masuk Era mesti gegak gempita punyalah nanti. Buat Nana dan Dina, semoga berjaya di tempat kerja baru. Berusahalah sebaik mungkin untuk menaikkan radio-radio anda selepas ini.

P.S: Kredit Xpax kitorang tak habis-habis semenjak Celcom buat program Double Bonus XXL nie. Leh dapat sampai 16% kredit dengan syarat guna minimum RM50. Memang berbaloi-baloi.

Written by AbangNara | June 7th, 2009

gambar kawin nana dan brian

Tak berkelip mata kami melihat kesucian dan kejernihan wajah Nana Era dalam gambar akad nikah dan gambar majlis perkahwinan antara dia dan Brian. Ke”cun”nan Nana nampak lebih dari biasa. Memang bak pinang dibelah dua dengan Brian yang maintain hensem dengan rambut panjang.

Tahniah kami ucapkan kepada pasangan pengantin baru ini iaitu Nana dan Brian. Meriah jugak majlis persandingan diorang nie. Paling gempak bila si Brian nie hadiahkan sebijik Mercedes kat mak Nana. Kayo betul mamat nie.

Lagi gambar sekitar majlis akad nikah, persandingan dan perkahwinan Nana Era dan Brian dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | March 26th, 2009

nana era fm

Kenapa ramai sangat artis-artis wanita kita suka bercinta dan berkahwin dengan lelaki bukan Melayu? Yang terbaru Nana Deejay Era nie pun khabarnya bakal kahwin tak lama lagi dengan lelaki bukan Melayu.

5 tahun bermanja dan bermesra, bakal suami Nana telah memilih nama Muhammad Raqeem Brian selepas memeluk Islam tahun lepas. Yang penting bakal suami Nana nie bukan calang-calang orang. Katanya pengurus Stesen Radio Hitz.Fm.

Apa-apa pun tahniah kepada Nana. Cepat-cepatlah kahwin ye sebelum bakal suami anda dapat melihat gambar di atas ye.

Buat pembaca blog kami, apakah pendapat anda tentang sebab ramai wanita Melayu yang tergila-gilakan lelaki asing? Adakah kerana saiz?(saiz apa fikir sendiri la ye). Atau sememangnya mereka lebih bijak mengayat berbanding lelaki Melayu?