Written by AbangNara | February 29th, 2012

Cahaya Malaika. Itulah nama anak puteri Mawi dan Ekin yang telah dilahirkan semalam. Sedap sungguh namanya. Maksud nama tersebut ialah “Cahaya Permaisuriku”. Nama tersebut telah dipilih dan dipersetujui oleh Mawi dan Ekin.

nama anak mawi dan ekin

Berkenaan dengan gambar anak sulungnya, Mawi berkata yang dia sedang menunggu masa yang sesuai untuk berkongsi wajah puterinya. Kata Mawi:-

Saya tahu ramai peminat yang ingin lihat anak saya, tapi tunggulah dahulu. Buat masa ini saya dan Ekin tidak selesa hendak berkongsi. wajah Bukan hendak sembunyikan selama-lamanya, tapi saya menunggu waktu yang sesuai. Mungkin saya benarkan pihak media rakamkan gambar anak ketika saya buat kenduri kesyukuran nanti.

Tak apa Mawi, Abang Nara faham. Bila dah bersedia nanti kongsikanlah gambar puteri sulung anda. Semua orang pun tak sabar nak melihat kecomelannya. Tak gitu? Kredit info sepenuhnya kepada portal GUA.

Written by AbangNara | October 5th, 2011

Ala berserinya muka Ekin yang kini sedang hamil 4 bulan. gambar terbaru Ekin ini diambil ketika jamuan hari raya Astro baru-baru ini. Untuk makluman, Ekin sebelum ini sudah keguguran sebanyak 2 kali.

ekin mengandung

Untuk kehamilan kali ketiga ini, Ekin dan Mawi mengambil langkah berjaga-jaga tahap tertinggi. Ekin dihantar pulang ke kampung untuk 3 bulan terawal untuk memastikan kandungan terjaga rapi. Malah Ekin dilarang untuk melakukan apa-apa kerja. Sekadar duduk berehat sepenuhnya.

Marilah kita sama-sama doakan agar kandungan Ekin kali ini tidak akan mengalami apa-apa masalah. Kalau anda ada petua untuk disharekan, sila tinggalkan di ruangan komen. Buat Ekin dan Mawi, semoga semuanya selamat.