Written by AbangNara | January 13th, 2014

Hebat!!! Siapa kata jadi artis tidak boleh jadi kaya? Kalau kena cara, gaya dan tekniknya, anda boleh memperolehi pendapatan melebihi angka juta setiap tahun. Terkejut juga Abang Nara membaca laporan mengenai perkara ini di Metro Ahad semalam. 5 selebriti wanita iaitu Yuna, Soo Wincci, Shila Amzah, Neelofa dan Najwa Latiff dikatakan memperolehi pendapatan bernilai jutaan ringgit setahun. Mantap bukan?
jelitawan jutaanWalaupun informasi ini tidak disahkan oleh empunya badan, namun sedikit sebanyak ia menunjukkan yang kita boleh berjaya di dalam bidang industri hiburan sekiranya berusaha keras dan berbakat. Berikut ialah senarai yang dikeluarkan oleh Metro Ahad semalam mengikut turutan.
yuna

1. Yuna – RM5 juta setahun. Dikatakan Yuna dibayar RM120,000 untuk menyanyikan lagu “Shine Your Way” bersama Owl City. Yuna turut menjadi duta Canon, Samsung Galaxy Note, Maybank, Astro, KakaoTalk, Malaysia Airlines dan Olay. Turut dikira ialah royalti lagu ciptaannya dan juga pulangan lumayan melebihi RM1 juta konsert orkestra Yuna di Istana Budaya. Terbaik!!!

shila amzah2. Shila Amzah – RM2.5 juta setahun. Dikatakan kontrak selam 6 tahunnya bersama Shanghai Media Group bernilai RM5 juta. Shila turut mengikat kontrak sebagai duta produk Safi Balqis selama 3 tahun. Selain itu Shila juga adalah duta Persahabatan Malaysia China dan duta 1Malaysia. Mantap bukan?

soo wincci

3. Soo Wincci- RM1.5 juta setahun. Pernah dilantik sebagai duta Samsung LED, Soo Wincci juga merupakan duta produk Avon dan kasut XES. Persembahannya di Taiwan dan beberapa negara Asia lain turut menyumbang kepada pendapatan bernilai jutaan ringgit. Tahniah Soo Wincci!!!
neelofa4. Neelofa – RM1 juta setahun. Merupakan duta buat produk LINE, Avon, Petronas, Fashion Valet, tilam King Koil dan banyak lagi, Neelofa turut mengeluarkan produk kecantikannya sendiri yang menyumbang kepada pendapatan jutaan ringgitnya. Awesome sungguh!!!

najwa latif

5. Najwa Latiff – RM1 juta setahun. Mnafikan pendapatannya mencecah angka juta, Najwa Latif memaklumkan ia mencecah angka RM500,000 setahun. Itu satu angka yang cukup tinggi pada pandangan Abang Nara. Najwa adalah duta UNITAR dan royalti daripada lagu ciptaannya turut menyumbang kepada pendapatan ini. Tahniah Najwa!!

Semoga kejayaan para jelitawan ini akan meningkatkan lagi semangat artis-artis lain untuk turut sama berjaya. Apa yang Abang Nara perhatikan, kebanyakan mereka mempunyai produk mereka sendiri sama ada lagu ciptaan atau produk kecantikan. Selain itu keberanian meneroka pasaran luar turut menyumbang kepada pendapatan tinggi. Tahniah dan semoga ia dicontohi oleh rakan-rakan artis yang lain.

Written by AbangNara | March 21st, 2013

Hari ini keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah pun diumumkan. Teringat kenangan Abang Nara menduduki SPM pada tahun 2000. Cepat sungguh masa berlalu. Salah seorang artis yang mengambil keputusannya pada hari ini ialah si kecil molek Najwa Latif.

najwa latif spm

Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Najwa Latif kerana mendapat 4A untuk SPM di samping lulus dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Matematik dan Agama Islam. Najwa Latif berhasrat untuk menyambung pelajarannya di dalam jurusan Bahasa Inggeris namun masih belum memilih mana-mana kolej atau universiti.

najwa latif

Tahniah kepada Najwa Latif atas keputusan ini. Semoga dapat menyambung pelajaran ke tempat yang diingini. Sementara itu, mungkin Najwa Latif boleh tumpukan perhatian terhadap bidang nyanyian sebelum membuat apa-apa keputusan. Tahniah sekali lagi. Info asal Astro Awani.

P.S: Sebab lelaki memilih wanita lain

Written by AbangNara | February 20th, 2013

Air dicincang tak akan putus. Syukur Abang Nara mendengar perkhabaran gembira mengenai hubungan Najwa Latif dengan ayahnya yang kini semakin pulih. Pasti orang yang paling gembira dengan perkembangan ini ialah Najwa dan keluarganya.

najwa latif

Sebelum ini, ayah Najwa Latif pernah menggelar anak-anaknya sebagai anak derhaka kerana melupakan dirinya. Pasti Najwa kini lega kerana dapat memberi 100% fokus terhadap kerjayanya sebagai penyanyi apabila mendapat restu daripada ayah sendiri. Kata Najwa kepada portal Murai:-

Alhamdulilah, hubungan saya serta ahli keluarganya yang lain dengan bapa sudah pun baik dan merekajuga sangat supportive terhadap kerjaya nyanyian saya. Saya anggap apa yang berlaku adalah dugaan dalam hidup saya yang telah menerima nikmat hidup yang senang lebih awal berbanding orang atau rakan lain yang sebaya dengan saya

najwa latif

Semoga hubungan baik ini akan terus berkekalan sehingga bila-bila. Abang Nara suka betul dengar lagu terbaru Najwa Latif yang bertajuk “Sahabat”. Memang catchy. Semoga selepas ini lebih banyak lagu menarik akan dikeluarkan oleh Najwa. Lebih-lebih lagi sekarang ini Najwa pun sudah tamat SPM.

Written by AbangNara | December 6th, 2012

Susulan langkah berdiam diri yang diambil oleh Najwa Latif mengenai isu keluarganya, Mynewshub melaporkan yang kakak Najwa iaitu Ika Latif memohon semua pihak untuk menghormati keputusan mereka berdiam diri.
ika latif

Bagi Ika, hal keluarga tidak sewajarnya dihebohkan kepada orang ramai. Katanya:-

Macam ni, ayah ada hak untuk bersuara. Najwa juga ada hak untuk bersuara, saya dan adik-adik yang lain juga ada hak untuk bersuara. Tapi, masalah keluarga kami tak rasa perlu digembar-gemburkan dan Najwa sendiri tak mahu hebohkan tentang hal ini. Jadi, jalan yang terbaik adalah kami berdiam diri. Apa yang boleh saya katakan, ayah tahu, mak saya tahu, Najwa tahu dan kami tahu apa yang berlaku. Itu sudah cukup. Hal keluarga, siapa yang suka diperbesarkan. Bukan berdiam diri itu maksudnya kami tak nak ‘defend’ diri kami, tapi, tindakan itu adalah untuk menjaga perasaan semua pihak termasuk mak saya, ayah saya dan ramai lagi.

ika latif
Abang Nara ada baca sepintas lalu ruangan komen entri “Mohon Anak-Anak Kembali Ke Pangkal Jalan“, Ada pihak yang mendakwa dirinya Abdul Latif dan memberikan penjelasan mengenai tindakannya di ruangan komen. Nasihat Abang Nara, baca boleh namun jangan percaya 100% kerana identiti pengkomen tersebut tidak dapat disahkan.

P/S : Ada plan nak gi korea next year?? Deal terbaik Abg Nara rasa so far… Lawati FB dan LIKE pelangibonda utk package terbaik dari ladang! SEGERA KERANA SEAT SEMAKIN BERKURANGAN.