Written by Bella | May 19th, 2017

Dikecam teruk oleh rakyat Malaysia, David Teo telah tampil mempertahankan dirinya.  David memberitahu beliau tidak bertindak biadab kerana Perdana Menteri Malaysia sendiri yang sudah memberikan keizinan untuk beliau bercakap. Namun, Mat Over tiba-tiba datang menyerang beliau sebelum sempat untuk mengajukan sebarang soalan kepada PM.

Bukan niat saya untuk bersikap biadab kepada perdana menteri. Saya cuma beritahu Rosyam sebahagian peserta tidak diberikan peluang yang sama untuk bercakap. Saya belum bercakap dengan perdana menteri. Saya tiada masalah dengan sesiapa. Bagaimana saya dikatakan biadab dengan perdana menteri?

Terdahulu, beberapa pihak mendakwa kejadian itu berlaku kerana David bersikap “kurang ajar” di hadapan Datuk Seri Najib Razak. Kejadian berlaku ketika  David cuba bertanyakan soalan pada sesi program Dialog TN50 Bersama Perdana Menteri: Segmen Penggiat Seni.

Menurut beberapa sumber, David juga dikatakan tidak berpuas hati dengan cara Datuk Rosyam Nor sebagai moderator yang mengendalikan majlis tersebut. Mat Over yang tiba-tiba muncul dari tempat duduk penonton meluru ke arah David dan meminta David menghormati Datuk Seri Najib Razak sebelum bertindak menampar penerbit tersebut.

Sumber Berita : THE MALAY MAIL ONLINE

Written by Bella | May 19th, 2017

Menganggap tindakan David Teo yang biadap dan tidak menghormati majlis yang dianjurkan oleh Perdana Menteri Malaysia,Datuk Seri Najib Tun Razak, Presiden Gerakan Memartabatkan Pejuang Negara, Mejar (B) Razali Zakaria memohon agar David membuat permohonan maaf secara terbuka.

Bukan itu sahaja, beliau juga mahu Kementerian Komunikasi dan Multimedia mengambil tindakan tegas terhadap David supaya ia menjadi satu pengajaran agar insiden memalukan itu tidak berulang pada masa hadapan.

Kita gesa David mesti memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana telah biadab di dalam program Perdana Menteri. Permohonan maaf ini perlu dilakukan dalam tempoh tiga hari. Satu tindakan juga perlu diambil kepada David sebagai pengajaran terhadap semua orang tidak kira lapisan bangsa supaya jangan biadab kepada Perdana Menteri terutama dalam majlis rasmi.

Razali turut meminta Kementerian Pertahanan menarik semula pangkat Mejar yang diberikan kepada David kerana beliau mencemarkan pangkat terbabit.

Sumber Berita : BH ONLINE

Written by Bella | May 18th, 2017

Ditampar secara langsung di hadapan orang ramai termasuk Perdana Menteri Malaysia, adalah situasi yang agak memalukan buat David Teo. Impak daripada kejadian tersebut, beliau turut dikecam oleh sesetengah netizen.

David akui beliau tidak sangka Mat Over boleh bertindak sebegitu. Namun, David memberitahu beliau sudah memaafkan Mat Over dan tidak merencana untuk mengambil sebarang tindakan undang-undang berhubung insiden tersebut.

Tiba-tiba saja dia meluru serta menampar saya. Saya hanya mempersoalkan tindakan Rosyam tidak menggunakan pentas bulat itu dengan sepenuhnya dan hanya fokus satu arah di depan saja sedangkan saya juga mahu bertanyakan soalan kepada Perdana Menteri. Saya tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang dan sudah memaafkannya.

Apa yang berlaku tidak mungkin dapat di ubah. Kejadian memalukan dan mengecewakan ini sekaligus mencalar imej penggiat seni tanah air. Bak kata pepatah,  kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Harapnya dengan kejadian ini ia dapat menjadi pengajaran agar perkara yang sama tidak berulang lagi.

Sumber Berita : Harian Metro

Written by AbangNara | May 18th, 2017

Kecoh satu Malaysia apabila insiden Mat Over menampar David Teo di hadapan Perdana Menteri menjadi tular semalam. Ia sudah pasti satu insiden yang cukup mengaibkan bukan mereka yang terlibat di dalam bidang seni. Kejadian sebegini menunjukkan seolah-olah tiada rasa hormat dan respek kepada Perdana Menteri yang menjadi tuan rumah kepada sesi Dialog Transformasi Nasional TN50.
david teo mat over

Walaupun mereka berdua telah pun berpelukan dan bersalaman sambil disaksikan oleh Datuk Seri Najib dan Rosyam Nor, Mat Over menyatakan dirinya tidak menyesal dengan perbuatan tersebut. Bagi Mat Over, tindakan David Teo menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Rosyam Nor yang merupakan pengacara program adalah satu tindakan kurang ajar. Kata Mat Over atau nama sebenarnya Sulaiman Yassin:-

Saya tak rasa apa yang saya buat itu keterlaluan kerana tindakan berkenaan untuk mengajarnya cara beradab terutama di hadapan pemimpin yang menjadi tuan rumah pada acara ini.

Saya juga tidak kesal dengan tindakan ini kerana sikap David tidak menghormati Perdana Menteri dan Rosyam selaku moderator. Sepatutnya sebagai rakyat Malaysia perlu ada adab dan hormat-menghormati.

mat over david teo

Secara jujurnya, Abang Nara cukup kecewa, malu dan sedih dengan apa yang terjadi, tanpa mengira pihak mana yang bersalah. Sedikit sebanyak pasti ia memberikan tanggapan negatif kepada Datuk Seri Najib Razak tentang dunia hiburan tanah air sekaligus membuatkan para penggiat seni sukar mendapatkan bantuan dari kerajaan pada masa hadapan. Apa pula pendapat anda? Sumber Harian Metro.