Blog Hiburan Sensasi Dan Terkini Tentang Artis Malaysia

Nabil Masih Tahu Batas-Batas Agama

Friday, March 12th, 2010

nabil irma khalwat

Ish-ish. Tak baik betul suratkhabar yang keluarkan cerita Nabil Raja Lawak dan Irma Hasmie nie berkhalwat kat apartment Irma. Untuk pengetahuan, si Irma nie duduk kat area Mutiara Damansara. Ala, yang dekat-dekat dengan Ikea, Tesco ngan The Curve. Tempat orang-orang kaya tue.

Lepas cerita kantoi berkhalwat nie keluar, ada orang pergi check ngan JAIS sama ada betul ke diorang berdua nie kena tangkap. Orang JAIS pun terkejut macam mana boleh keluar cerita nie sebab tak ada rekod pun Nabil ngan Irma nie kena tangkap khalwat. Kiranya berita palsu la nie.

Nabil pun dah cakap yang dia sekadar tunggu Irma kat luar rumah je sambil tunggu Irma bersiap-siap nak keluar dating. Paling romantik bila Nabil pass kan makanan yang si Irma nie pesan. Tue pun tak masuk rumah jugak tau. Semuanya kat depan pintu rumah jer. Tak ada nak duduk berdua-duaan kat dalam.

Bak kata Nabil, dia masih tahu batas-batas agama. Kami rasa mesti ada yang tak puas hati dengan kepopularitian Nabil itu yang sampai terkeluar cerita camnie. Sabar jerlah Nabil  ye. Tak habis-habis ditimpa dengan nasib malang si Nabil nie. Kesian la pulak.

Tiada Maaf Bagimu Nabil, Kita Jumpa Di Mahkamah

Tuesday, March 2nd, 2010

nabil raja lawak

Terkedu lidah ini bila mendengar yang pengarah filem Lu Fikirlah Sendiri, Aminah Rhapor tetap akan meneruskan penyamanan ke atas Nabil Raja Lawak. Inilah akibat kenyataan tak sayang mulut Nabil pasal filem lakonan dia tue. Kami ingatkan kes ini akan berakhir tanpa aksi saman-menyaman, nampaknya kami silap.

Saya dan seorang lagi penerbit filem ini, Datuk Suhaimy Othman tetap akan menyaman Nabil kerana ramai yang enggan menonton LPSdM disebabkan kenyataannya semasa tayangan perdana filem itu. Saya mendapat tahu respons itu menerusi cakap-cakap orang di Internet. Itu pun sudah membuktikan yang penonton tidak mahu menontonnya.

Adakah Aminah Raphor membaca komen-komen anda semua di entri tentang filem Lu Fikirlah Sendiri yang pernah kami keluarkan dulu? Nampaknya ada impak jugak penulisan kami dan kata-kata anda semua. Siapa kata blog tak ada kuasa? Sedikit sebanyak mempengaruhi jugak orang seperti Aminah Rhapor nie.

Walaupun filem Lu Fikirlah Sendiri nie mengutip RM2.1 juta (not bad jugak tue), tapi nampaknya saman akan tetap diteruskan. Semoga perkara ini menjadi pengajaran buat Nabil dan juga artis-artis lain. Jangan main cakap lepas je. Sama-samalah kita mengambil pengajaran daripada peristiwa ini.

Nabil Raja Lawak – Terlajak Perahu Boleh Diundur, Terlajak Kata Jumpa Di Mahkamah

Sunday, February 14th, 2010

nabil raja lawak

Kami sendiri tak mampu nak bersimpati dengan si Nabil Raja Lawak nie. Bagi kami, kenyataan si Nabil mengutuk filem Lu Fikirlah Sendiri, memang tersangat-sangat bodoh. Satu kesilapan yang kini dah memakan diri sendiri. Mengikut BiPop hari nie, penerbit filem Lu Fikirlah Sendiri, Datuk Suhaimy Othman sekarang dalam proses menyemak kontrak untuk memastikan sama ada Nabil boleh dikenakan tindakan undang-undang akibat mengeluarkan kenyataan negatif terhadap filem lakonan dia.

Kami percaya yang filem nie takkan dapat mengutip kutipan box office seperti yang dijangkakan. Mula-mula tue kami sendiri memang teruja nak pergi tengok sebab ada si Nabil nie. Tapi lepas dengar kutukan dia sendiri, terus kami cancelkan hasrat di hati. Buat apa nak pergi tengok cerita yang kompem dah tak best kan? Baik pergi layan cerita My Name Is Khan. Lagi best!!!

Buat Nabil, berhati-hatilah time keluarkan kenyataan. Lu fikirlah sendiri sebelum cakap benda-benda mengarut nie. Secara logiknya, takkanlah tak boleh nak fikir impak kenyataan yang sebegini. Benda mudah jer nie. Orang dah bayar anda untuk berlakon filem, kalau filem tak best pun janganlah kutuk. Layankan ajer.

Nasihat kami untuk Nabil, kalau dalam industri perfileman Malaysia nie, anda tak boleh jujur sangat. Kalau jujur dan baik hati, akibatnya memakan diri. Berapa banyak filem sampah kat Malaysia nie (terutamanya arah seseorang yang bergelar Prof), tapi pernahkan anda dengar pelakon dia kutuk filem tue? Tak ada kan?

Akhir kata, Lu fikirlah sendiri ~~~~~~~~~~

(GAMBAR)Nabil Raja Lawak Bersosial Dengan Farah Alya

Thursday, February 11th, 2010

nabil raja lawak sosial

Persoalan pertama yang menerjah benak kepala kami time tengok gambar Nabil Raja Lawak bersosial nie ialah di manakah Irma Hasmie? Selalu 2 orang nie berkepit sentiasa tapi tak nampak plak kelibat Irma Hasmie dalam gambar-gambar nie. Tak jeles ke Irma tengok Nabil diapit dengan ntah berapa banyak awek dalam gambar-gambar nie?

Kami rasa gambar nie mungkin diambil sempena nak celebrate tamatnya shooting filem Lu Fikirlah Sendiri. Tapi tak nampak pulak Mila AF ngan Puteri Sarah. Misteri sungguh. Susah nak buat spekulasi tentang apa bila dan apa motif gambar ini diambil. Kan kami dah pesan banyak kali. Jangan amik gambar yang boleh timbulkan kontroversi macam nie. Degil betul artis Malaysia nie.

Anda boleh dimaafkan jika anda tak kenal siapa itu Farah Alya. Sebab kami pun tak kenal. Tapi kabarnya si Farah Alya nie salah seorang pelakon dalam Tari Tirana. Mungkin lepas keluar gambar yang agak kontoversi nie Farah dan Nabil akan lebih femes.

Lagi gambar Nabil Raja Lawak dan Farah Alya bersosial dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Untuk Nabil, Lu Fikirlah Sendiri ~~~~~~~

(more…)

Sila Jangan Tengok Filem Lu Fikirlah Sendiri, Nabil Pun Kutuk Filem Lakonan Dia

Monday, February 8th, 2010

review movie lu fikirlah sendiri

Pelik tapi benar. Nabil Raja Lawak, hero dalam filem Lu Fikirlah Sendiri terus terang mengakui kecewa dengan filem lakonan dia tue. Kalau pelakon utama pun dah kutuk filem lakonan sendiri, adakah wajar bagi kita untuk pergi tengok lagi cerita nie?

“Terus terang, saya kecewa dengan filem ini. Apa yang saya harapkan tidak kesampaian. Malah, ketika sesi pratonton baru-baru ini, saya tidak faham jalan ceritanya.

Tak tau la nak kata si Nabil nie jujur sangat atau memang tak reti nak buat promosi filem sendiri. Kalau dia sendiri dah cakap citer nie tak best, compemla tak ada orang nak gi tengok. Ataupun nie teknik promosi filem yang terbaru? Mungkin dengan mengutuk filem lakonan sendiri, para peminat teruja nak gi tengok betapa tak bestnya filem tue. Logik jugak kot teknik promosi macam nie?

Apa-apa pun kami dah compem takkan pergi tengok filem nie. Dulu beria jugak nak gi tengok. Tapi pas dengar si Nabil cakap camnie terus batalkan niat kami. Bukannya taknak sokong industri filem tempatan, tapi kami pentingkan kualiti. Kalau filem best macam Adnan Sempit, pergi tengok 10 kali pun kami ok jer.

Kalau anda tertengok filem nie nanti, bagitaulah kami camner cerita dia. Best ke tak.

P.S: Tak habis-habis lagi tayangan filem Avatar kat Cineleisure Damansara. Rasa-rasa dah dekat 2 bulan dah. Memang dasyat betul penangan Avatar nie.