Written by AbangNara | September 19th, 2012

Setelah penghijrahan ke arah imej bertudung oleh Nurul Syuhada Nurul Ain, jarang dilihat penampilannya menghiasi suratkhabar atau majalah dengan imej tersebut. Baru-baru ini suratkhabar Kosmo berjaya mendapatkan Nurul Syuhada untuk tampil bergaya menghiasi ruangan hiburan HabHib. Memang anggun sungguh!

nurul syuhada

Cantik kan? Di mata Abang Nara, memang Nurul Syuhada semakin cantik selepas bertudung. Semoga dengan penghijrahan selebriti popular ini, ramai peminatnya akan turut mengambil jejak langkah yang serupa. 2 lagi gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

P.S: Abang Nara telah membeli 6 buah buku hasil karya Ramlee Awang Murshid menggunakan MPHOnline. Order hari Khamis malam, pagi Sabtu dah dapat. Memang pantas sungguh. Free delivery pulak tue. Yang paling best, buku-buku yang Abang Nara beli ada diskaun sehingga 30% sempena Hari Malaysia. Korang pun cubalah membeli beli di laman web MPHOnline sebelum promosi tamat pada 30 September 2012. Dan jangan lupa 20 orang akan dipilih oleh Abang Nara untuk memenangi 2 buah novel PERCUMA dengan memberi komen di entri sebelum ini mengenai novel terbaik yang pernah anda baca.

 
Written by AbangNara | September 13th, 2012

Hobi Abang Nara dari kecil sampai sekarang ialah membaca. Kadang-kadang sampai kena marah dengan ayah Abang Nara sebab membaca di atas meja makan. Mungkin sebab dari kecil ayah Abang Nara selalu belikan novel untuk dibaca, habit ini melekat sampai ke dewasa. Yang terbaru Abang Nara tengah cuba habiskan buku “Doktor Umum, Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad”.

mphonline

Secara jujur buku ini sangat menarik sebab ianya mengandungi banyak penerangan daripada Tun Mahathir tentang tindakan-tindakan tertentu yang telah diambilnya. Cara penulisan pun simple, mudah difahami dan tidak terlalu formal. Yang paling penting, Abang Nara beli buku ini dengan harga RM47.92 sahaja. Dapat 20% diskaun sebab beli secara online di laman web MPHOnline. Harga asalnya ialah RM59.90.
mphonline
Sejak MPH di Midvalley ditutup, Abang Nara memang beli buku secara online je di MPHOnline. Yang menariknya selain daripada buku, Abang Nara pun boleh order alat tulis, kad hari jadi dan cenderahati. Tambah menarik bila Abang Nara tahu ada satu section di MPH yang diberi nama Mutiara Minda. Mutiara Minda ini memang dikhususkan untuk semua buku dalam Bahasa Melayu.
mphonline

Sempena Hari Malaysia yang bakal tiba, Mutiara Minda sedang mengadakan promosi hebat daripada 13 hingga 30 September ini. Kesemua buku Bahasa Melayu akan diberi diskaun sebanyak 15% dan buku terpilih mendapat diskaun sehingga 25%. Paling penting, penghantaran ke seluruh negara adalah PERCUMA. Seriously memang banyak buku-buku yang best boleh dibeli di Mutiara Minda ini. Boleh kelabu mata dibuatnya.
mphonline
Dan khas kepada pembaca BeautifulNara, pihak Mutiara Minda nak bagi 2 novel PERCUMA kepada 20 pembaca bertuah. Anda hanya perlu tulis di ruangan komen apakah novel yang paling best anda pernah baca dan sebab musababnya. Contoh komen ialah “Saya suka gila baca novel Ombak Rindu sebab membuatkan dada saya berombak dengan kesedihan yang melampau. Berjujuran air mata ini”.
mphonlineUntuk maklumat lanjut, layari MPHOnline.com. Selamat mencuba!!!