Written by Bella | May 24th, 2017

Semalam, pelakon Anis Al Idrus menerusi satu sidang media khas mengumumkan beliau bakal bernikah dengan Aiman Rafzan pada 7 Julai depan. Untuk pengetahuan anda, bakal suaminya itu sebenarnya seorang duda anak satu. Walaubagaimanapun, Anis sedikit pun tidak kisah dengan status bakal suaminya itu dan mengakui sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu kepada anak lelaki Aiman.

Saya tidak kisah dengan status dia sebagai duda dan sudah mempunyai seorang anak, malah anak dia juga sudah boleh menerima saya sebagai ibu. Saya terima dia seperti mana dia menerima saya seadanya. Lagi pula dia berjaya buka hati saya untuk memikirkan tentang masa depan.

Atas permintaan keluarga saya majlis ini berlangsung secara sederhana yang hanya dihadiri 350 orang tetamu. Keluarga juga tidak mahu ada perarakan atau persandingan.

Jadi, majlis itu nanti cuma akad nikah dan makan-makan sahaja, tapi ada pelamin untuk tetamu bergambar. Bukan apa, keluarga kami memang jenis yang tidak adakan majlis resepsi besar-besaran. Saya jemput kawan-kawan dan media yang rapat, serta beberapa rakan artis yang baik dengan saya sahaja.

Terdahulu, Anis dan Aiman mengikat tali pertunangan pada 24 Mac lepas dalam sebuah majlis tertutup. Semoga perancangan mereka untuk ke jinjang pelamin berjalan lancar.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | May 19th, 2017

Beberapa kali gagal dalam percintaan, pelakon Anis Al Idrus akhirnya mengumumkan beliau bakal bernikah dengan Mohd Rafzan pada Julai depan walaupun baru sahaja mengenali lelaki tersebut sekitar bulan Januari lepas. Anis juga memberitahu mereka sudah mengikat tali pertunangan pada bulan Mac dalam sebuah majlis yang sederhana sahaja.

Untuk makluman anda, Anis sebelum ini pernah bercinta dengan Sharnaaz Ahmad dan Raja Afiq.

Alhamdulillah, akhirnya saya ditemukan jodoh dengan lelaki yang menerima saya seadanya. Insya-Allah kami memilih Julai ini untuk diijabkabulkan. Pada Isnin ini saya akan umumkan tarikh sebenar majlis istimewa itu. Kami sudah bertunang pada Mac lalu dalam sebuah majlis yang dihadiri keluarga terdekat sahaja.

Sikap matang Mohd Rafzan membuatkan pintu hati Anis terbuka untuk berkahwin. Buat Anis, ini adalah jodoh yang sudah ditakdirkan oleh Allah SWT.

Saya selesa mengatakan ia adalah takdir pertemuan yang sudah ditentukan Allah. Namun kematangan dan penerimaannya terhadap diri saya yang membuatkan perjalanan hubungan ini lebih mudah.

Anis akan mengulas lanjut tentang perancangan majlis perkahwinannya dalam sebuah majlis sidang media yang bakal diadakan pada 23 Mei ini.

Sumber Berita : mStar Online