Written by AbangNara | September 18th, 2012

Bersempena dengan perayaan pembukaan kedai keseratusnya di Malaysia, pakar penghantaran piza utama dunia mengumumkan komitmennya untuk usaha amal melalui kempenya, ‘100,000 Meals-for-the-Needy’. Pengumuman tersebut telah dikongsi bersama pada Majlis Iftar anjuran pelakon cilik Mia Sara Nasuha baru-baru ini, dimana Domino’s Pizza Malaysia telah bekerjasama menaja majlis tersebut.

mia

Mengikut kajian, hampir 5% daripada rakyat Malaysia tidak mendapat khasiat yang secukupnya. Menyedari hakikat itu, Domino’s Pizza Malaysia menghulurkan bantuan kepada golongan yang kurang bernasib baik ini melalui salah satu inisiatif ‘Corporate Social Responsibility (CSR)’ dengan menganjurkan program ‘Membungkus Makanan’ pada 13 Oktober 2012. Melalui program ini, seribu bungkus makanan bernilai RM 100,000.00 akan disediakan dan dibungkus dengan bantuan 240 orang sukarelawan.
mia
Makanan tersebut akan diagihkan kepada golongan tidak berumah dan juga keluarga-keluarga miskin yang menghadapi kebuluran di seluruh Malaysia. Kandungan bungkus makanan ini mengandungi makanan ruji yang boleh bertahan selama tiga tahun dan antaranya adalah beras, tepung, sayuran campuran dehidrasi dan pek vitamin.
mia
Bermula dari 6 Ogos hingga 12 Oktober 2012, para pelanggan Domino’s Pizza boleh menyertai pemacu program menangani masalah kebuluran ini dengan hanya membeli pizza kegemaran mereka. Dengan setiap pesanan, Domino’s akan menyumbangkan RM 0.10 untuk menjayakan program 100,000 Meals-for-the-Needy tanpa sebarang kos kepada pelanggan mereka.
mia
Hasfahlinda Hassan, Pengurus Pemasaran Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura turut hadir di Majlis Iftar adik Mia Sara Nasuha untuk memberi penjelasan kepada tetamu tentang program 100,000 Meals-for-the-Needy yang juga merupakan program CSR terbaru dan terbesar Domino’s.

Antara selebriti tempatan yang turut hadir di majlis tersebut ialah penyanyi Kaka Azraff dan pelakon remaja Elfira & Ezlisa Loy. Turut sama memberi sokongan untuk program 100,000 Meals-for-the-Needy ialah Lisa Surihani dan Fizo Omar.

Written by AbangNara | January 27th, 2012

Alololo comelnya 2 orang budak ini. Geram pulak Abang Nara dibuatnya. Tak perlu dibuat perbandingan mana satu yang lebih comel kerana kedua-duanya ada kelebihan masing-masing. Bagi Abang Nara, Nur Aisyah bukannya pesaing Mia Sara kerana Nur Aisyah lebih kepada menjadi model pakaian kanak-kanak berbanding lakonan.

aisyah mia sara

Tomei kan? Lama jugaklah Abang Nara merenung kedua-dua budak ini sambil berdoa anak Abang Nara nanti pun akan comel jugak. Lagi beberapa keping gambar mereka berdua untuk tatapan anda dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | December 12th, 2011

Bukan senang untuk membuat sebuah filem yang bertemakan hubungan kekeluargaan. Dan sebenarnya tak banyak filem Malaysia yang menyentuh hubungan antara seorang ayah dan seorang anak. Sebab itulah bila Abang Nara terbaca tentang kehadiran filem yang bertajuk Papa I Love You ini, Abang Nara agak teruja dibuatnya. Almaklumlah Abang Nara kan dah nak bergelar ayah tak lama lagi.

filem papa i love you

Menampilkan bekas awek Abang Nara, Lisa Surihani yang memegang watak Elly, Mia Sara Nasuha sebagai Mia yang merupakan anak kepada Baha lakonan Zalif Sidek, filem Papa I Love You ini mengisahkan tentang Elly yang mempunyai konflik dengan ayahnya, Datuk Kudin. Namun sejak Elly berkenalan dengan Mia, Datuk Kudin cuba untuk merapatkan kembali hubungan mereka menerusi Baha yang merupakah ayah Mia. Dapatkan Elly memaafkan ayahnya, Datuk Kudin dan sekaligus merapatkan kembali hubungan seorang ayah dan anak?

Jalan cerita memang simple tapi Abang Nara pasti filem Papa I Love You ini akan membuatkan Abang Nara touching. Bukan apa, ayah selalunya dikaitkan dengan jiwa seorang manusia yang kental, mampan dan tak mudah mengalirkan air mata. Dan jangan mimpilah untuk kita mendengar seorang ayah berkata “I Love You” kepada anak-anaknya. Diharap dengan kehadiran filem Papa I Love You dapat membuka mata ayah-ayah semua betapa pentingnya ucapan kasih sayang.

papa i love you

So pastikan anda membawa kaum keluarga anda terutamanya ayah anda untuk menonton filem Papa I Love You yang akan ditayangkan di pawagam bermula 29 Disember 2011 ini. Dan jangan lupa untuk turut serta pertandingan Papa I Love You yang memberikan anda hadiah yang sangat lumayan.

Beberapa keping gambar di sebalik tabir pembikinan filem Papa I Love You dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | August 5th, 2011

Memula rasa nak gelak tengok Pakcik Jalaludin Hassan pose macam penyimpan mohor-mohor besar di raja, sekali tue terburai plak perut ketawa di penghujungnya. Memang LOL.

Adakah Johan dan Saiful Apek akan menyelamatkan keadaan dan memastikan kita bakal beraya tahun ini?

Kalau betul raya tak jadi, confirm si Mia Sara yang comel menangis tak ingat punya.

Apa-apa pun, tahun nie raya kalau tak jadi memang Abang Nara terjun KBMall. Nak raya wei ~~~~~~~