Written by AbangNara | June 28th, 2012

Akhirnya berita gembira yang ditunggu-tunggu oleh Memey Suhaiza dan Norman kini sudah pun tiba. Memey akan bergelar seorang ibu dan kini sedang hamil selama 6 minggu. Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada pasangan pengantin ini. Pastinya mereka berdua sangat teruja sekarang.

memey suhaiza mengandung 6 minggu

Menerusi Media Hiburan, Memey memberitahu yang dia mengetahui tentang kehamilannya selepas menjalani ujian kit kehamilan di rumah. Kata Memey:-

Semalam, saya ada buat ujian kehamilan sendiri di rumah selepas balik dari lokasi penggambaran. Apabila melihat keputusan yang positif, saya masih tidak percaya, berdebar dan terus menangis. Selepas itu, abang Norman membawa saya ke klinik dan Alhamdulillah, doktor sahkan saya hamil enam minggu. Setakat ini saya tiada sebarang alahan, tapi sejak dua hari kebelakangan ini saya rasa mual dan suka makan asam dalam kuantiti yang banyak.

Abang Nara nasihatkan agar Memey kurangkan kerja dan banyak berehat terutamanya di trimester pertama ini. Semoga segalanya berjalan lancar buat Memey sehingga hari kelahiran nanti. Jutaan tahniah sekali lagi daripada Abang Nara kepada Memey dan Norman.

Written by AbangNara | May 25th, 2012

Lama tak mendengar cerita tentang Memey Suhaiza. Selepas perkahwinannya dengan Norman, sudah tidak ada kisah-kisah yang kurang enak didengar. Namun sudah pasti ramai yang tertanya-tanya bilakah pasangan bahagia ini akan menimang cahaya mata. Walaupun anak itu rezeki di tangan Tuhan, namun doktor mengesahkan yang Memey perlu berehat sekiranya dia mahu hamil.

memey norman

Abang Nara pun pernah dengar orang tua-tua berkata yang kalau sibuk sangat bekerja ditambah pula dengan stress, memang sukar sikit untuk menjadi bagi sesetengah orang. Kemungkinan besar Memey adalah sesetengah orang itu. Memey yang ditemui semasa majlis sambutan Hari Ibu di Rafflesia berkata:-

Alhamdulilah, sejak berkahwin rezeki saya murah dan saya tidak berhenti memenuhi tawaran berlakon. Oleh itu, sejak berkahwin kami kurang ada masa bersama disebabkan masing-masing sibuk dengan kerja. Saya akui memang tidak cukup rehat. Cuma minggu lalu sahaja saya dapat berehat selama dua minggu. Itu pun selama bercuti, saya ikut Norman pula pergi bekerja. Justeru, mungkin kerana kesibukan itu, saya sukar untuk hamil kerana menurut doktor, saya perlu banyak berehat dan tenangkan fikiran.

Ketika Memey berehat cuti 2 minggu, suaminya Norman telah meminta supaya Memey berhenti berlakon dan fokus menjadi pembantu peribadinya. Abang Nara rasa itu cadangan yang agak molek jugak. Kalau jadi pembantu peribadi, boleh luangkan masa bersama lebih banyak sedikit. Abang Nara pasti Norman pun sudah tidak sabar-sabar untuk menjadi ayah sekali lagi. Tak gitu? Kredit info Portal Murai.