Blog Hiburan Sensasi Dan Terkini Tentang Artis Malaysia

Maya Karin Tak Bercerai, Rumah Tangga Sekadar Dilanda Badai Sahaja

Thursday, February 25th, 2010

maya karin cerai

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pulak suami isteri. Aceh, berperibahasa pulak kami di situ. Itulah agaknya yang sedang berlaku kepada Maya Karin dan suaminya, Steven. Walaupun ada angin barat daya yang kencang bertiup membawak gosip Maya Karin sudah bercerai, tetapi Maya bagitau yang dia dan suami sekadar tergigit lidah je.

Sekarang nie kedua-duanya sedang cuba untuk membaiki balik hubungan masing-masing. Kalau tak silap kami, Maya dan suami tinggal asing-asing disebabkan kerjaya masing-masing. Mungkin betul kata orang tua-tua, jauh di mata maka jauhlah di hati. Itu yang dilanda badai sikit tue rumah tangga diorang berdua.

Buat Maya Karin dan suami, tabahlah menghadapi dugaan nie. Biasalah adat berumah tangga. Kalau tak ada halangan tak mencabarlah kan? Semoga berjaya melepasi dugaan ini dan bertambah mesra selepas itu.

P.S: Mintak dijauhkan Maya Karin bercerai dengan suaminya. Tapi kalaulah perkara tak elok ini terjadi, maka mungkin status janda terhangat Malaysia yang kini dipegang Rozita Che Wan akan dicabar. Harap-harap Maya dan suami akan terus kekal bahagia.

(REVIEW)Filem Pisau Cukur, Oh My Gucci ~~~

Wednesday, November 18th, 2009

Sedih beb. Bukan sedih sebab apa, tapi sedih sebab masa nak gi tengok filem Pisau Cukur nie minggu lepas cuma ada satu tayangan jer. Padahal baru dalam seminggu jer kuar kat wayang. Tambah panas bila filem 2012 ada dekat 10 tayangan. Selang sejam plak tue. Apa kejadahnya nie? Nie bukan tahap double standard, nie namanya triple standard. Macam mana la filem Malaysia nak maju. Kesian kat produser-produser filem. Compem tak balik modal punyalah.

Berbalik kepada review filem Pisau Cukur nie, kalau anda adalah peminat Fazura dan Maya Karin kami memang syorkan anda gi tengok cerita nie. Terutamanya kalau peminat Fazura. Sebab dia berjaya melakonkan watak dia dalam filem tue tersangatlah gediknya. Memang mantap beb lakonan dia. Sampai kami terfikir yang dia nie dalam real life pun memang gedik macam tue. Tapi ada ke perempuan yang segedik Fazura dan Maya Karin macam dalam filem Pisau Cukur nie ek?

Cuma yang kureng sikit dari segi effect CGI dia. Nampak sangat kapal tue kapal buatan guna komputer. Mungkin tak ada kepakaran takpun kurang bajet. Jalan cerita boleh diterima. Just a simple romantic comedy. Kalau nak pergi berjiwang ngan awek tersayang sangat disarankan tengok movie nie. Oh sebelum terlupa kepada awek-awek di luar sana, Aaron Aziz ada berlakon dalam filem nie. Kalau minat kat dia leh gak gi tengok.

Kesimpulannya, kami bagi 5/10 bintang kepada filem Pisau Cukur. Lupa nak bagitau kalau anda ada penyakit anti ataupun trauma kepada perempuan-perempuan gedik, dilarang keras melihat filem nie. Kang ada yang termuntah dalam wayang kang. Tahniah kepada mereka-mereka yang terlibat dalam filem Pisau Cukur sebab berjaya buat filem komedi romantik ala-ala Hollywood.

P.S: Xpax Every Month Bonus XXL nie memang mengancam betullah. Untuk bulan November ngan Disember nie, kalau korang guna minimum RM50, leh dapat sampai 6% kredit balik. Terus dapat pulak tue. Tak payah nak tunggu 3 4 bulan. Yang paling penting dia automatik terus kreditkan ke handphone korang. Tak payah nak gi redeem ke apa ke. Puas hati kan? Maklumat lanjut kat website XPAX.

(GOSIP)Diana Danielle Taknak Jadi Natrah, Bayaran Murah Sangat Ke?

Tuesday, October 20th, 2009

sofia jane maya karin

Spekulasi kenapa Diana Danielle tiba-tiba taknak teruskan berlakon teater jadi watak Natrah bertiup kencang semenjak dua nie. Mungkinkah sebab bayaran murah sangat? Cuba korang dengar apa orang Istana Budaya cakap:-

Apa yang boleh saya ulaskan, berlakon teater di Malaysia ini bayarannya memang sangat minima. Kita bayar pelakon mengikut peraturan yang ditetapkan kerajaan serta berdasarkan ’star rating’ artis itu. Paling tinggi IB pernah bayar kepada pelakon ialah RM10,000. Sebelum ini, kita tidak pernah ada masalah tentang bayaran. Tapi kami faham, ini adalah kali pertama Diana berlakon teater dan mungkin dia ‘terkejut’ sedikit dengan perkara ini

Ish. Takkanlah sikit lagi RM10,000 tue. Dah kira banyak dah tue kat kitorang. Tapi yang peliknya, pengganti Diana Danielle lagi hebat starnya. Maya Karin ngan Sofea Jane tue. Takkanlah Maya Karin ngan Sofea Jane boleh terima bayaran yang murah tapi Diana Danielle takleh? Padahal dua orang nie boleh dikatakan taraf lebih senior dan lebih power dari Diana Danielle.

Apa-apapun ini hanyalah gosip dan spekulasi sahaja. Kebenarannya kenalah tunggu Diana Danielle bagitau reason sebenar dia takmo teruskan berlakon jadi Natrah. Kita tunggu jer nanti.

(GAMBAR)Maya Karin Yang Sopan Menutup Peha

Monday, July 13th, 2009

maya karin

Lama tak dengar cerita terbaru tentang Maya Karin. Sejak jadi duta Nescafe nie, Maya Karin makin sibuk dengan kerja-kerja amal. Kami suka betul kat Maya Karin nie. Walaupun sibuk bergelar artis, dia masih tak lupa tanggungjawap kepada masyarakat. Banyak benda-benda kebajikan yang dia lakukan.

Gambar terbaru Maya Karin nie still menunjukkan Maya Karin maintain cun dan comel. Lama-lama tengok nampak macam makin muda lagi adalah. Mungkin gaya make up dia kot.

Tapi yang pasti Maya Karin nampak lagi kurus dalam gambar terkini dia nie. Tak cukup makan atau maybe terlebih telan Nescafe kot. Takpun maybe rindu sangat ngan husband dia kot. Maklumlah suami isteri jarak jauh. Sian plak kami.

Lagi gambar terbaru dan terkini Maya Karin dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

(more…)

(GAMBAR)Maya Karin Dan Suami

Thursday, April 30th, 2009

maya karin dan suami
Bukan senang nak tengok gambar Maya Karin dan suaminya. Memang sama cantik dan sama padan.

Lagi gambar Maya Karin dan suami dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

(more…)