Written by Bella | July 17th, 2017

Sudah bertunang pada 7 Julai lalu dalam sebuah majlis tertutup,  pasangan Mawar Rashid dan Raf Yaakob dikatakan sudah menghadiri kursus perkahwinan bersama sebagai salah satu persediaan mereka untuk mendirikan rumah tangga. Berita ini disampaikan menerusi ruangan Diva di akhbar Kosmo.

Minggu ini pula ada yang datang bisik kepada Diva yang pasangan tersebut kini sudah menjalani kursus perkahwinan bersama-sama. Wah, ini baru betul semangat nak berkahwin. Baguslah kalau boleh pergi kursus kahwin cepat-cepat.

Ramai yang tak sabar nak tunggu majlis mereka. Manakan tidak, kalau waktu melamar sahaja pun, Raf sikit punya romantis tabur kelopak Mawar sana sini di rumah yang bakal mereka dudul, ini kalau waktu majlis resepsi silap-silap boleh jadi kebun bunga agaknya.

Untuk anda yang tidak tahu, Raf merupakan seorang duda anak dua. Apa-apa pun, kami berharap segala perancangan pasangan ini untuk mendirikan rumah tangga berjalan lancar. Semoga kekal sehingga ke syurga.

Sumber Berita : Kosmo

Kredit Foto : kakifoto_

Written by Bella | July 10th, 2017

Saat Raf Yakoob mengumumkan Mawar Rashid sudah menerima lamarannya dan memuat naik foto sewaktu beliau melamar Mawar ala-ala filem Hollywood, ramai juga mengkritik dan mempertikaikan cara Raf yang kurang sesuai dengan budaya masyarakat Melayu.

Walaubagaimanapun, Raf menjelaskan ia adalah hasrat beliau untuk melamar Mawar dengan cara sebegitu kerana terbiasa menonton filem romantis.

Memang sudah lama saya ingin melamar seseorang dengan cara sebegitu (kelopak bunga ros merah bersama lilin yang tertulis ayat, Will U Marry Me?). Sejak kecil lagi, saya terbiasa menonton filem-filem yang melamar wanita dengan cara romantis dan ini kali pertama saya melamar seseorang (Mawar) dengan cara tersebut.

Hari Sabtu tanggal 7 Julai lepas, Raf dan Mawar mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis tertutup yang diakan di Roof Garden @ Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara. Pasangan ini merencana untuk bernikah pada penghujung tahun ini.

Sumber Berita : Astro Gempak

Kredit Foto : kakifoto_